Thursday, July 30, 2015

CORGO BAR CHOCOLATE SEDAP


congo bar chocolate ni berbeza sikit dengan adunan congo bar yang berwarna brown tu.. sebenarnya mengikut citarasa akak laaa kannn.. akak kurang minat sikit dengan congo warna brown tu kerana teksturnya agak padat berbeza dengan brownies lebih sedap rasanya..
secara jujurnya akak lebih suka congo bar chocolate yang ini lagi.. ianya lebih lembut sikit x padat x berderai dari congo biasa. ia seakan bukan rasa kek dan lebih mirip kepada biskut kata testimoni akak.. x taulah akak nak kata.. yang penting uolls kena cuba sendiri baru tahu... hehehe

CORGO BAR CHOCOLATE SEDAP
resepi homemade NORLIE

280 g Tepung Gandum              }
2 1/2 sudu kecik Baking Powder } gaul sebati
30 g serbuk koko                      }
250 g butter - cair / 1 cawan minyak
300 g gula caster
3 biji telur B
1 sudu kecik  Esen Vanilla
1 cawan coklat chip - jk suka

Pukul telur dan gula caster. Pukul sekadar sebati je.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup balikkan adunan dengan spatula
Masukkan minyak dan gaul hingga sebati
Masukkan Coklat Chip (jk suka).** akak x bubuh sebab ia hilang dalam adunan berwarna coklat
tuangkan dalam loyang yang sesuai.
Ratakan kesemua bahagian.
Taburkan coklat cip (jk suka) * akak gantikan dengan badam cincang, koci hijau dan boleh juga tabur dengan badam slice, potongan badam dan juga halwa betik pun boleh(semua akak dh cuba)
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven.

*Congo Bar Chocolate yang belum di hias*

 <-- ada campuran halwa betik

                           badam coklat chip -->


Wednesday, July 29, 2015

AYAM SWEET SOUR PLUM


sedap masakan ayam ni tau.. rasanya berbeza dengan ayam masak merah.. jika ada tetamu nak berkunjung akak syorkan masakan ni.. tetamu anda sure ada yang bertanyakan resepi ni.. sebab dah berlaku pada tetamu kami bertanyakan rahsia resepi ni... apa maknanya tu...?? hehe
resepi yang simple tapi memikat selera.. jom terjah resepinya...

AYAM SWEET SOUR PLUM

1/2 ekor ayam - tabur serbuk kunyit dan garam - goreng 1/2 masak
2 biji bawang besar          }
3 ulas bawang putih          } blend
10 - 12 tangkai cili kering }
1 senduk kecil cili sos
1 senduk kecil sos tiram
2 senduk kecil sos sour plum
garam gula secukup rasa

hiasan:
bawang besar - hiris bulat
cili api - belah x putus
daun ketumbar - hiris
3 helai daun limau purut

Tuesday, July 28, 2015

MEE COUSIN

               
asalnya makan mee ni di umah saudara sepupu suami ketika datang beraya baru baru ni.. dah 2, 3 kali makan mee ni setiap kali berkunjung ke umah mereka.. tapi bila ditanya resepi mereka kata mee senang 5 minit pun boleh siap.. puas juga nak korek resepinya tapi dorang kata akak pun tau resepi.. dan kata akak lagi pandai dari mereka... adoii.. sampai ke sudah x dapat resepinya...
akak cuba mengamati "Rasa" dalam mee ni.. dan sebelum balik akak meneka bahan dan cara memasak mee ni... dan mereka kata betul apa yang akak cakap tu dan bila balik ke umah akak x sabar rasanya nak mencuba resepi ni.. kompom ternyata bila akak buat memang sama rasanya... ahaksss
maka lahirlah nama resepi mee cousin sebab resepi ni asal dari mereka..
jom tengok resepi yang very simple ni..

MEE COUSIN

1 kg daging beku yang ada urat -
step 1: cuci bersih dan rebus hingga empuk. bila sejuk barulah dihiris ikut suka dan masukkan semula dalam air rebusan tadi *(untuk lebih sedap guna tulang dan isi+ urat daging fresh). ketepikan
2 kg mee kuning

kuah : 
3 biji bawang besar    }
4 ulas bawang putih   } blend
12 tangkai cili kering }
sejemput udang geragau } blend berasingan
2 sm tepung jagung + sdkt air
sedikit minyak tumis
1 pcs sup bunjut
cili sos (letak hingga warna bertukar kemerahan) *Tanpa had
seketul kiub ayam
garam gula secukup rasa
air secukupnya - jk perlu

hiasan : daun sup dan bawang goreng

step 2: kuah
panaskan minyak dan tumiskan bawang blend hingga wangi dan masukkan cili dan udang geragau blend masak hingga garing. 
setelah itu tuangkan bahan tumisan ini ke dalam periuk stok rebusan daging tadi.
panaskan api dan masak semula daging bersama tulang sup tadi bersama sup bunjut.
bila mendidih masukkan cili sos hingga warna bertukar dari warna gelap ke merah merahan.
masukkan kiub, bancuhan tepung jagung, garam dan gula secukup rasa. 
tutup api. ketepikan.

* jk perlu nk kuah banyak boleh tambah air dan adjust dengan air tepung jagung dan cili sos je.
rasa garam gulanya secukup rasa.

step 3:
masukkan kuah 2-3 senduk bersama daging dan tulangnya ke dalam periuk lain (yang sesuai utk berapa orang nak makan @ hidangkan) bila kuah didih masukkan mee untuk anggaran yang sesuai. 
tuangkan mee bersama kuahnya ke dalam mangkuk hidangan tabur daun sup dan bawang goreng.
jamu ketika panas panas pada tetamu

** masak sekejab sahaja sebab kuah dah panas, jk lama takut mee kembang.

selamat mencuba...

Thursday, July 9, 2015

LAKSA VIETNAMESE


semasa akak g ke Pasar Kemboja d Parit Buntar sedikit masa dulu.. ternampak seorang peniaga sedang makan laksa vietnamese ni.. pada mulanya akak x heran sangat apa yang dimakan tapi dengan tiba tiba peramahnya dia mengesyorkan pada akak jika datang sini akak x sah sekiranya akak x mencuba laksa ni.. sambil menunjukkan ibu jarinya tanda "best ~ sedap".
akak pun gugel cari resepi tapi kebanyakkan yang akak lihat seakan kuah sup je.. yang sebenar akak lihat tu kuahnya kuning jer.. akak jumpa resepi ni tapi akak buat ikut citarasa akak tersendiri.. lepas dh masak akak hantar pada kawan akak.. esoknya dia datang kata laksa ni sedap sangat.. anak anaknya suka sangat dan nak belajar resepinya.. hehehe biar betul.. akak baru je pestime cuba ni.. takut jugak nak hulur resepinya... sebab akak ni tau akak bukannya seorang pakar tapi seorang yang suka mencuba pelbagai resepi baru.. tujuan akak beri orang rasa untuk mengetahui komennya.. dapat komen positif.. Alhamdulillah... hehehe
selamat mencuba ye...

LAKSA VIETNAMESE

laksanya akak guna ketiau kering - rebus hingga lembut dan toskan

Resepi daging :

500 g daging cincang. ( akak cincang sendiri sz kecil).
3 biji bawang merah.
3 ulas bawang putih.
Sikit garam,
gula,
lada hitam.

Cara masak :

Bawang tu tumbuk lumat pastu tumis sampai naik bau. Daging tu tos sampai kering pastu masuk dalam kuali sekali ngan bawang td. Tumis sampai kering air daging pastu letak la lada hitam, garam ngan sikit gula secukup rasa. Dah masak, tutup api. ketepikan.

Resepi kuah Bansong :

2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Kacang tanah - akak x letak / terpulang pada uoll
Sos ikan
Cuka - akak jus limau
Air
Garam
gula.
Santan yg dah dipanaskan sekejap.
Cili padi - ikut suka nak pedas yg dikehendakki
santan pekat + air + serbuk kunyit - akak letak sbb pestime akak tgk kuanya kuning berlemak
kiub ayam - akak letak

Cara sediakan kuah :

Tumbuk lumat bawang merah ngan putih tu, letak air, sos ikan, garam ngan gula sikit dan cuka. Kuahnya ada yg suka manis tu boleh letak gula banyak, macam aku suka masin ni letak gula sikit je la. Pastu letak kacang tanah yg di blend kasar(x letak). setelah mendidih akak masukkan santan dan juga serbuk kunyit. Nak pedas, tambah cili jk suka pedas.

Sayur :

Daun salad - akak gantikan daun bawang
Timun - akak x de stok
Taugeh (kalau suka)
Daun pudina atau daun selasih.- akak x letak sbb x jmpa
telur rebus

Cara hidang :

Letak laksa ngan sayur dalam pinggan, kalau suka telur boleh tambah telur rebus. Kacang tanah sikit, lepas tu letak la kuah laksa td tu. Kuah takyah banyak sangat macam makan laksa utara tu, kuah letak sikit jer agak agak basah laksa n sedap. Kalau banyak takut masin pulak kan. Pastu dah boleh makan.

KEK MARBLE SUSU BAKAR


mencuba resepi dari blog fiza ni memang x mengecewakan.. terima kasih berkongsi resepi yang sedap moist gitu..
tapiiii agak buat sedikit kelam kabut.. sebab akak buat dua resepi pada masa yang sama.. lastnya akak terlupa nak marblekan kek ni.. dh tuang semua serbuk koko baru teringat... adessssss... akak try juga marblekan dengan warna lain tapi x boleh nak kurangkan juga warna coklat pada keseluruhan kek ni... nampak x bayang bayang marble pada kek tu.. tapi x jelas sangat.. pujuk hati... x pe la janji sedappp dan lembut!

 KEK MARBLE SUSU BAKAR

Bahan-bahan :

250 gm mentega ( saya guna marjerin je, mentega habis!)
150 gm gula perang ( boleh gantikan dengan gula pasir halus. Gula perang tu dikisar supaya halus)
2 sdt ovellate
4 biji telur (Gred AA)
225 gm tepung gandum
1 sdt baking powder
60 gm susu pekat manis
2 sdb serbuk koko - diayak
2 sdb susu cair
1 sdt cappucino emulco (nak guna coklat emulco pun boleh)
130 ml susu cair

Cara-cara membuatnya :

~ Pukul mentega, ovallete dan gula sehingga kembang dan putih.

~ Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga kembang dan berkrim.

~ Masukkan pula susu pekat dan gaul rata.

~ Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi   sedikit. Gaul rata.

~ Tambahkan susu cair (130 ml ) ke dalam adunan, dan gaul sehingga sebati.

~ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, (setiap bahagian beratnya 550 gm):
   1. biarkan pada warna asal
   2. dicampurkan dengan susu cair ( 2 sdb), serbuk koko dan cappucino emulco. Gaul rata.

~ Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dengan adunan berwarna dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan kertas surih. (Saya hanya sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung). Hentak2kan loyang yang telah berisi adunan dengan lembut supaya adunan rata.

~ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 60 minit, atau sehingga masak.

~ Nak tahu kek sudah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah2 kek. Kalau lidi bersih bermakna kek sudah masak.

SERAWA TIMUN BETIK


timun betik ni memang susah nk jumpa. kalau ada pun time bulan puasa je.. ada musim juga buah ni.. sama dengan buah ngaku ia banyak time perayaan cina sahaja..

SERAWA TIMUN BETIK

sebiji timun betik - potong kiub
1 tin susu cair
Air gula secukupnya
ais batu kiub

masukkan semua sekali dan simpan sekejab dalam peti sejuk
bolehlah d nikmati sejuk

Wednesday, July 8, 2015

MASAK LEMAK NANGKA MUDA IKAN MASIN KURAU


masak lemak nangka ni ada beza sikit dari masak lemak yang biasa akak masak sebelum ni.. akak ambil style masak rakan dalam grop Rakan Kenduri akak.. setiap kali dia masak lemak namgka untuk kenduri kendara grop kami dia pasti masukkan sedikit belacan untuk beri rasa kelainan lemak yang ummpphh.. dan lada hitam sebagai penghalang dri angin masuk badan..
jom lihat resepinya...

MASAK LEMAK CILI API NANGKA MUDA & IKAN TALANG MASIN

Bahan-bahan:-

1/2 kilo nangka muda
100 gm ikan masin kurau - dipotong dan direndam sekejap
10 biji cili padi          }
1/2 biji bawang besar } tumbuk
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Garam (hati sebab ada ikan masin)
secubit garam
sedikit lada hitam tumbuk halus (petua nak buang angin)
1 sudu besar gula
1 keping asam gelugor

Cara-cara membuatnya:-

Nangka muda dipotong ikut suka,kemudian dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk.
Masukkan air asam keping dan 1 sudu besar gula...tujuan memasukkan gula adalah untuk mempercepatkan proses merebus nangka...(ni petua orang2 tua..nanti nangka cepat empuk dan sedap) Biarkan nangka empuk dan toskan airnya
Kemudian,masukkan semua bahan ke dalam periuk termasuklah nangka yang direbus tadi. 
Kacau sentiasa agar santan x pecah minyak...garam ikan masin serta secubit belacan (jangan banyak)
Bila kuah dah mendidih dan ikan masin tadi pun dah masak, taburkan lada hitam. didihkan sekejab je
bolehlah ditutup api..emm sedappp nyee...

TERIYAKI AYAM HOMEMADE


harini akak nak ajak rakan rakan ke Jepun.. nak x...Jommm..
akak nak pomot ayam teriyaki yang sedap dan mables... 
memang tersangat sedap..
jom buat..

AYAM TERIYAKI HOMEMADE

4 ketul peha ayam tanpa tulang * kulit jangan buang (suka hatilah nak guna bhgn apa pun)

 perapan sos teriyaki:

1 cm halia                        }
2 ulas besar bawang putih  } tumbuk halus
2 sb kicap cair
2 sb cuka
6 sb gula perang
sedikit garam
sdkt serbuk lada putih

gaul semua bahan hingga rata
* mesti ada rasa masin manis dan juga rasa bawang putih serta halia kemudian campur sedikit kicap manis
kemudian perap pada ayam paling kurang 20 mnt hgga setengah jam.paling ok perap 2 jam dalam peti sejuk
bakar dalm ketuhar 220'C selama 20 minit

* bahan lebihan sos teriyaki masukkan dalam periuk.. tapi tambah lg bahan sosnya sama seperti di atas (ulang proses yang sama) masak hingga mendidih
* tip: jk sos kurang pekat tambah sedikit bancuhan tepung jagung dan kacau sebati.

bila ayam teriyaki dah masak boleh la d kerat ayam tadi.
tuanglah sos teriyaki ke atas ayam tadi


MEE REBUS homemade


buat mee ni tanpa dirancang.. tiba tiba je rasa nk menjamu selera hubby yang kebetulan cuti MC.. dia xde selera makan jadi tiba tiba tergerak hati nak buat mee.. kebetulan bahan bahan pun ada..
terus pikup...

MEE REBUS homemade

Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning, dicelur
Limau kasturi
Bawang goreng
3 biji telur, direbus
1 tangkai daun sup, hiris halus
Cili merah, hiris nipis
Cili hijau, hiris nipis
hirisan daun bawang
3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis

Bahan untuk kuah:

1 senduk minyak masak
500 g ayam, hiris nipis
500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering yang direndam*
2 sudu besar serbuk kari daging
6 cawan air
tepung jagung dibancuh dgn air
Garam dan gula secukup rasa

Cara untuk memasak kuah:

Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
Kisar halus bahan bertanda (*)
Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didhkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Cara untuk menghidang:

Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh jk ada. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'


rasanya sebelum ni pernah buat brownies ni...tp cuma x di pamerkan d blog ni je
tapiiii kali ini adalah brownies airtangan anak teruna kita.. buat masa balik bercuti.. hasil dari tumjuk ajar akak juga...

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
juice cafe

400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..

1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.