Monday, March 14, 2011

MASAK LEMAK LABU


hari ni akak masak ala kampung je..sebab sewaktu di kampung semalam suami akak dah request suruh akak masak ayam dan nasi tomato.. akak buat ayam goreng berempah dan masak ayam maliah. (dulu akak dah try  guna daging) makan berkelah ramai ramai (dalam umah je!)di kampung my laling..emmm sedap tau. semua menu akak yang masak. kakak ipar cuma membantu dan goreng apa apa yang patut je..ayam semua dah akak perap dari umah dan bawa ke kampung.
sayangnya akak terlupa ambil gambar hidangan kami uat kenangan huhuhu...


berbalik tentang masakan ni sebenarnya bukanlah peberat akak sangat..tapi wp begitu akak boleh makan. oleh kerana dah lama x makan sedap jugak tau. akak banyak ambil kuahnya saja.. labunya..makan banyak takut angin! harini dah la pening pening kepala.. kalau makan banyak takut x bangun lak weh..hihihi. dah tua tua ni badan kena jaga..


apa apa pun jom tengok resipi masakan kampung ni.

RESIPI MASAK LEMAK LABU 

1/4 biji labu di buang kulit/biji dan di bersihkan dalamannya
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah - di potong serong
sedikit ikan bilis/isi ikan masin/akak guna ikan bilis yang jenis besar (x tau panggil ape)
1 cawan santan pekat
sedikit air
daun kunyit - di carik carik (sedap bau masakan nanti)
garam secukup rasa

campur semua sekali dan jerang atas api sambil di kacau selalu hingga mendidih.
rasa garamnya sebab kalau guna ikan masin memang dah sedia masin. sesuaikan rasanya.
siap.
sekali sekala makan memang sedap!

No comments:

Post a Comment