Friday, April 15, 2011

IKAN STEAM ASAM BOI

ASSALAMUALAIKUM..


tadi x sempat nak update resepi di sini.. banyak keje tadi. akak ni dok umah pun hari hari bizi memanjang.. ada je keje yang nak di buat.. entah ape apelahkan... petang pulak kuar mbik anak nak balik ke umah.. sapa kata dok umah ni xda keje.. macam macam keje nak di uat wei.. malam pulak sebelum tidur wp dah berehat akak suka belek buku buku tapi dalam pada tu.. pikiran tetap berjalan gak... hahaha...  pikir... esok nak masak ape erkk...!! kekeke...


berbalik dengan resepi ni...suka hatilah nak buat ikan yang seangkatan dengannya. sebaiknya ikan berkukus ni sesuai ikan jenis bersisik sahaja seperti siakap, talapia dll... akak guna ikan talapia merah. jadi boleh la kasi nama ikan talapia kukus asam boi.. kalau korang masak suka hati korang nak kasi namanyakan! tapi cara memasak ikan ini ada kelainannya.. jom kita lihat resepinya ada 2 step A- ikan & B- kuah sosnya.

kalau ada yang tertanya2 bagaimana rasanya... dan nak tau rasanya.. Ooo mesti la ada rasa masam manis sedikit... baru ada ummmph!! tapi x pedas sebab sengaja nak bangkitkan rasa asam boi, barulah di namakan resipi ikan steam asam boi... bukannya ikan steam pedas!

RESIPI IKAN STEAM ASAM BOI

A)
600g ikan talapia - bersihkan dan lumurkan garam bersama jus limau

bahan dihiris halus:
3 batang serai
3" halia muda
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili padi

6 biji limau kasturi(ambil jusnya)
6 helai daun limau purut - koyak sikit
sedikit daun bawang - akak lupa masukkan!
5-10 biji asam boi(pecahkan sikit) - akak guna 5 biji asam boi dan 5 biji buah asam(jeruk dalam botol)

B)
1 ketul kiub ikan bilis
sedikit minyak carotino
1/2 botol kecil sos tomato- akak x bubuh
2 sd serbuk asam boi
secubit gula
sedikit garam

C)
1/2 sd tepung jagung- dibancuh
daun pisang/aluminium foil

* akak tambah karat, calery, tomato - potong kiub dan bawang besar - belah 4/6


A)
letak ikan di atas daun pisang/aluminium foil.
letakkan bahan bahan hiris setengah di bawah ikan dan setengah lagi di atas ikan.
kukus ikan 10-15 minit.
*setelah masak baru dituangkan sos atas ikan kukus.

B)
gaul semua bahan B termasuk minyak dan masak di atas kuali hingga mendidih baru campurkan bancuhan tepung jagung. kacau sebati. tutup api.
kemudian di tuangkan ke atas ikan kukus tadi.

* buah asam(jeruk dalam botol kecil) - sapa yang penah makan ikan steam di kedai siam mesti kadang kadang ada jumpa buah ni dalam masakan ikan steam/buahnya bewarna coklat

10 comments:

  1. Assalamualaikum..
    ringkas tapi sedap

    ReplyDelete
  2. kak sam..ringkas je.. ikan di kukus berasingan. boleh di kukus ikan dulu, kemudian time nak makan baru panaskan sosnya dan siram atas ikan.ringkas tapi memikat selera ni kak..

    ReplyDelete
  3. Salam Norlie, kak rose penah wat gak ikan asam boi ni... terbanyak letak asam boi jd manis lak! hissshhhh!

    ReplyDelete
  4. salam kenal,

    sedap nampak tu..

    leh kita cuba nanti..

    ati sini :)

    ReplyDelete
  5. salam kak ros,kenapa jadi manis ye..selain dari asam boi tp sy ada tambah buah asam dlm botol dan serbuk asam boi..rasa masam masam manis gitu..

    ReplyDelete
  6. salam kenal...
    apa saja yang di udarakan di sini memang untuk di sharekan bersama.. cubalah..

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak...memang my fav ni suka msk cam gini...:)

    ReplyDelete
  8. nieza... masak ni sesuai untuk orang yang diet huhuhu

    ReplyDelete
  9. nampak sedappp...sedappp tuuu....

    ReplyDelete