Monday, May 16, 2011

GULAI TEMPOYAK


orang Perak mesti x boleh di pisahkan dengan masak gulai tempoyak ni.. kadang ada sampai hirup kuahnya gitu.. tapi akak x laratlah nak buat cam gitu.. setakat kuah dalam nasi kira oklah.. masakan ni sedap kalau gunakan tempoyak yang masih baru. sekiranya tempoyak tu masam kenalah di masukkan gula untuk mengimbangi rasa masam manisnya.


RESIPI GULAI TEMPOYAK

2 ekor ikan keli - di kelar2 dan di kerat 2
1 biji bawang merah kecil - tumbuk
8-10 tangkai cili api          - tumbuk
1 batang serai - titik
1 senduk tempoyak baru
1" kunyit hidup 
1 sk serbuk kunyit
air setakat ikan tenggelam
garam (akak x masuk gula sebab guna tempoyak baru)
1/2 biji timun - jgn di buang kulit/kerat panjang

masukkan semua dan masaklah sehingga mendidih.siap.

No comments:

Post a Comment