Wednesday, May 25, 2011

ATVT KELAS JW - TAPAI PULUT


sapa suka makan tapai pulut ni..  beri isyarat "best" dan katakan best!! hehehe

cara membuat tapai ni telah di kongsi resepinya oleh rakan kami puan Siti Rokiah dalam kelas JW. dia telah membuat demo sebanyak 2 kilogram pulut. sedap sangat tapai pulut ni.. cukup manis seperti dicampurkan gula walhal x da pun.. 
nak membuat tapai setengah orang banyak sangat pantang larangnya... tapi kawan ni cakap ia x da pantang apa pun.. pagi hari ni buat tengahari esok dah boleh makan dan rasanya memang manis.


RESIPI TAPAI PULUT

1 kg beras pulut - di basuh bersih bersih hingga pulut putih bersih(dengan cara berulang kali)
1 ketul ragi sebesar 20 sen
air secukupnya

peralatan:
rice cooker 1.8L

setelah pulut di bersihkan dan toskan. 
kemudian masukkan dalam rice cooker.
masukkan air hingga setakat no 7.(ada sukatan no dalam piuk tu) kemudian terus panaskan rice cooker dan masaklah sehingga pulut masak.
* ketika memasak pulut ambil ragi dan letakkan di atas tutup periuk rice cooker sekejab sehingga suam sahaja dan angkat.
kikiskan ragi yang di bahagian luar hingga nampak putih dan kemudian hancurkan ragi tadi hingga betul betul halus.
setelah pulut masak keluarkan pulut dari rice cooker dan ratakan di atas dulang sehingga pulut benar benar sejuk.
masukkan serbuk ragi di dalam penapis kemudian ayakkan di atas pulut. gaulkan pulut sehingga rata dan sebati.
setelah itu bolehlah pulut ini di masukkan dalam bekas yang di sukai seperti bekas kecil @ bekas taufufar.
simpanlah pulut di dalam bekas seperti tupperware besar @ plus nasi besar @ bungkus dengan kain.
* sekiranya kita membuat tapai ni sebelah pagi dan tengahari keesokkannya bolehla di makan.
kemudian bolehlah di simpan dalam peti ais.

* sedap di makan sejuk sejuk/dengan ais krim vanila/buat puding tapai yang amat sedap!

6 comments:

  1. Salam...sedapnya tapai pulut makan sejok2..

    ReplyDelete
  2. buat tapai ni kena sabar dan pembersih...kalo bekas kotor tak jadik...

    ReplyDelete
  3. salam azatie.. mai la tumpang sekaki...hehehe

    ReplyDelete
  4. cik puan zan.. masa buat tu jangan banyak cakap..bersihkan diri dan hati sekali... tp kawan buat ni dia xde pantang2 lgsg..kami siap pok pek pok pek sekali..

    ReplyDelete