followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, April 16, 2011

PUDING TAPAI PULUT


pernah buat puding tapai ni dulu tapi masa tu x da blog lagi. akak suka puding ni. kalau makan tapai begitu saja memang sedap tapi badan x boleh terima.. paling banyak pun 2 tupperware yang kecil tu.. cukup  membuatkan akak rasa panas cam nak demam. jadik kalau teringin sangat nak makan tapai akak buatlah cara begini.. tapi dah x real la.. rasa tapainya... kalau camni orang x da gigi pun boleh makan huhuhu.. sebab semua bahan di blend je.

kalau x silap akak jumpa resipi ni dalam madiha fotopages.. sekali cuba terus terpikat. untuk kali ini akak dah tokok tambahkan lagi bahannya.. saja nak lihat hasilnya.. ok juga..

RESIPI PUDING TAPAI

2 cawan tapai pulut manis
7 sb gula pasir
1 cawan susu cair
2 biji telur
2 s mentega
6g serbuk agar agar
beberapa titis esen vanila

campurkan semua bahan dan blend hingga halus.
kemudian tuangkan ke dalam cup yang tahan panas. bolehlah di kukus hingga masak. ia seakan beku seperti taufufar.
biarkan sejuk baru di simpan dalam peti ais. sedap makan sejuk @ bersama icecream

* tapai ni hanya sesuai di isi dalam bekas kecil untuk memudahkan makan. gunakan sudu sebab tidak boleh di potong.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...