Monday, June 20, 2011

IKAN BAKAR


ikan talapia merah ni didatangkan khas dari Sungai Pahang.. kawan Mr Hubby yang beri ikan ni.. terima kasih kerana sudi memberikan ikan ni pada kami... jauhnya ikan ni datang dan kami bawa pula ikan siap dibakar ni ke  Pahang kembali... makan di puncak Cameron Highland Pahang...
ni juga salah satu makanan yang akak bawa..

RESIPI IKAN BAKAR

1 ekor ikan talapia merah
1 batang serai - ketuk - jika suka
air asam jawa
daun pisang @ aluminium foil

bahan kisar :-
3 - 5 biji cili merah
3 - 5 tangkai cicli kering
3 - 5 cili api - jika suka tapi akak x letak
3 - 5 bawang merah
1- 3 ulas bawang putih
1 -2 batang serai
sedikit garam

  1. panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
  2. letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
  3. bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
  4. ** hidangkan dengan air asam atau cili berkicap (akak x buat)
  5. ** sepatutnya bubuh daun limau purut @ daun kunyit tapi akak terlupa letak.

No comments:

Post a Comment