Thursday, June 16, 2011

MASAK LEMAK LABU SAYUR MANIS


selera akak teringin nak makan yang simple2 jer.. kalau boleh nak makan sayur sayur kampung je..


RESIPI MASAK LEMAK LABU 

1/4 biji labu di buang kulit/biji dan di bersihkan dalamannya
1 ikat sayur manis/sayur asin asin - rebus dan perah airnya
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah - di potong serong
sedikit ikan bilis
2 cawan santan pekat
sedikit air
daun kunyit - di carik carik (sedap bau masakan nanti)
garam secukup rasa

campur semua sekali dan jerang atas api sambil di kacau selalu hingga mendidih.
rasa garamnya sebab kalau guna ikan masin memang dah sedia masin. sesuaikan rasanya.
siap.

** sayur manis/asin asin bagi orang yang x tahan kerana ia boleh menyebabkan kita terasa pening eloklah di rebus dulu buang air hijaunya.. perah sedikit daun tu barulah dimasak mengikut menu kita.

4 comments: