Thursday, June 16, 2011

KERANG GORENG BERCILI


sedapnya masak kerang ni.. bila akak tengok kerang ni bersih tanpa ada lumpur akak pun teringin nak masak dengan kulitnya sekali.. selalunya akak rebus jer.. semalam akak terjumpa resepi ni dalam majalah SAJI. bila akak lihat gambarnya nampak cam sedap je.. dah x sabar sabar nak cuba..!


 Ikutkan resepi asalnya 1/2 kilo tapi akak buat sekilo jadi akak segandakan bahannya.

RESIPI KERANG GORENG BERCILI

1/2 kg kerang - dibersihkan
2 ulas bawang putih - ketuk
1 cm halia - diketuk
1 batang serai - di ketuk
5 tangkai cili padi - diketuk
2 biji cili merah - ditumbuk (akak tambah)
1 biji bawang besar - ditumbuk (akak tambah)
1 biji bawang besar - potong bulat
1 st taucu - basuh dan tumbuk lumat
1 sb cili sos (akak tambah)
2 helai daun limau purut (akak tambah)
sedikit air (akak tambah)
garam secukup rasa


tumis bawang putih, halia, serai, bawang dan cili tumbuk.
setelah naik baunya, masukkan taucu tumbuk, kerang, sedikit air bersama cili padi.
taburkan sedikit garam. gaul rata dan tutup seketika. buka dan masukkan bawang bulat dan daun limau purut.
angkat apabila kerang sudah masak. sedia untuk dihidangkan.

** masakan ni x perlu cicah sosnya kerana dah sememangnya sedap!

No comments:

Post a Comment