MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE


x lama lagi semua umat islam akan berpuasa.. di sini juga akak nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa pada rakan rakan blogger khasnya..

sebenarnya akak ni risau sebab takut pada permulaan berpuasa ni akak menghadapi dugaan.. bukalah dugaan ape.. tapi sebenarnya.. sejak akak berhenti mengambil supplement gastrik menjadi jadi pulak.. baru lepas makan sejam dua perut dah mula rasa lapar sedangkan akak memang dah makan dan kenyang.. bila keadaan begitu terjadi.. kalau akak menahan makan juga akak terus jadi letih dan nak terloya.. risau benar akak sebab  puasa pun sehari je lagi..


atas permintaan oder kek serupa dengan bentuk yang pernah akak buatkan dulu..





CENCARU SUMBAT


lama benar akak x buat ikan sumbat ni... kali ni akak buat ikan sumbat simple. akak hanya buat sambal belacan je..


RESIPI IKAN CENCARU SUMBAT

2 ekor ikan cencaru (kembung, mabong dll)
10 tangkai cili kering (blend)
1/2 sb belacan
1 sb air asam jawa pekat
gula (secukup rasa)
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

  1. ikan dibersihkan dan dibelah di belakangnya.buat kedua- dua belah. lumur garam kunyit.
  2. satukan semua bahan- bahan sambal tadi.biar sambal rasa manis sikit.
  3. masukkan sambal tadi ke dalam ikan.nanti mesti ada sambal yg lebih.jangan bimbang.nanti kita buat kuah dari sambal tu
  4. goreng ikan tadi sampai masak.angkat dan hidangkan
  5. sambal yang lebih tadi, kita goreng dgn minyak sikit.ala- ala macam dah mendidih , tutup api dan tuang atas ikan yang sudah digoreng tadi.
  6. sedap dimakan dengan nasi putih masa masih panas- panas


RENDANG PEDAS AYAM PERAK


Dah lama rasanya akak x buat rendang ayam ni.. makan berdua agak malas sikit nak masak yang guna bahan banyak ni tapiii.. kerana dah teringin kenalah merajinkan diri jugak.. sebenarnya masak rendang ni memang pebret akak..


RESIPI RENDANG PEDAS AYAM PERAK

1 kg ayam - dipotong besar2

15 - 20 biji cili kering - rendam dengan air panas selama 20 minit (**)
5 batang serai - dihiris (**)
2 inci halia - dihiris (**)
1 cawan kelapa parut
10 biji bawang merah - dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
300 ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  4. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  6. Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak.
  7. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

set PULUT DURIAN


setiap kali musim durian di Perak Tengah khasnya pasti ada yang membuat kenduri pulut durian.. tapi jika musim durian tu terlalu banyaklah.. jemput semua sedara mare dan buat doa selamat di dusun durian.. salah satu sebab boleh makan durian fresh. huh sedapnya.. teringat zaman dulu keluarga dulu rajin buat doa selamat kat dusun durian tapi kini x lagi...
sekarang ni terlebih makan durian 2-3 hari kemudian tumbang x bangun! sakit kepala!! durian ni sebenar angin. pada yang x tahan jangan makan banyak silap hari bulan darah tinggi pun naik mendadaklah jawabnya.. tapi biasalah bak kata orang "pantang nampak" kalau jumpa mesti x kuat imam.. baunya alamak mengancam... mana tahan menahan imam!!


RESIPI PULUT DURIAN

isi durian fresh
pulut putih
santan pekat + garam

KUAH DURIAN



tengah musim durian ni ape lagi jom lah layan pemanis mulut ni...

RESIPI KUAH DURIAN

10 ulas durian manis - buang biji dan ramas sedikit
1 tin susu sejat/santan pekat
gula secukup rasa
sedikit garam
1sb tepung gandum (jika nak pekat)
2 helai daun pandan

campurkan ke semua bahan dan masukkan ke dalam periuk lalu di masak di atas api sambil di kacau selalu. masaklah sehingga mendidih.

* boleh di makan dengan roti jala/ roti/ pulut juga..

Tuesday, July 26, 2011

SEMPENA HARI LAHIR KU...



spaggeti yang sedap


aiskrim


aiskrim


perasa black paper yang sedap


perasa orignal yang sedap


perasa BBQ


perisa BBQ


perisa orignal


perisa BBQ

sempena lahir lahir akak.. kami sekeluarga makan dinner Kenny Rogger Roaster bersama keluarga tercinta

Saturday, July 23, 2011

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE


Kek yang di tempah khas untuk isteri tersayang.. 
terimakasih ye.. harap berpuas hati..