ayam grill akak buat untuk dibawa ke kampung suamiku.. dah jadi kelaziman kami setiap kali berpuasa mesti wajib sekali dalam bulan puasa suami akan ajak berbuka puasa bersama adik beradiknya di kampung halamannya.. akak dah x da sesiapa di kampung jadi akak ikut dan suka je.. nilah rutin tahunan yang suami akak akan buat setiap kali berpuasa sejak dari kami mula berumahtangga lagi. salah satu makan berdamai bersama adikberadik suami
berbalik dengan masakan ayam ni.. memang sedap.. tapi jika ada yang nak mencuba terpulanglah pada citarasa sendiri nak lebihkan black paper @ kurangkannya..
RESIPI AYAM GRILL n BLACKPEPER
myresipi
Bahan-bahan ( 10 orang )
1 ekor ayam,potong kecil2 (supaya rasa perapan dapat dirasa setiap bhg isi ayam)
bahan perapan ayam:
4 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar
3 sb balck peper / lada hitam yang ditumbuk kasar
1 sb black pepper / lada hitam blend halus
4 sb sos tiram
5 sb kicap pekat
6 sb madu
1 kiub ayam maggie
1/4 st garam
BAHAN UNTUK BLACK PEPPER GRAVY:
3 cawan air
1/2 tin susu cair
1senduk tepung jagung
2 sb black pepper / lada hitam ditumbuk kasar
1 sb black pepper / lada hitam diblend halus
3 sb madu
1/6 st garam
1 sb butter
Bahan2 optional utk menambahkan lagi rasa:
1/4 capsicum hijau
1/4 capsicum merah
1 labu bawang besar (kuning)
- Untuk perapan ayam, tumbuk kasar2 black pepper, diikuti bawang putih, bawang besar.
- di dalam periuk, tambahkan blended black pepper, madu, kicap pekat, sos tiram, bahan2 tumbuk (1), garam dan kiub ayam (hancurkan terlebih dahulu). sebelum dimasukkan ayam, RASA dahulu bahan perapan ini. Ubah ikut selera anda. bahan ini penentu sedap atau tidak ayam anda
- Perap ayam selama 1 jam (lagi lama lagi best, letak dlm peti sejuk lagi best gak). Sementara menunggu ayam diperap, boleh la teruskan dengan penyediaan black pepper gravy.
- Didihkan air bersama susu cair. Kemudian, masukkan black pepper halus dan kasar, madu dan garam. kacau hingga sebati
- Di dalam cawan/ mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air suam (sikit je, sekadar utk melarutkan tepung jagung). kemudian masukkan di dalam periuk (4). kacau sebati.. adjustkan mengikut selera anda.
- Sekiranya mahu lagi pedas, boleh lah ditambah dengan capsicum hijau, merah dan bawang. kacau2 hingga bhn2 ini layu sedikit. Tutup api, dan boleh la tambah butter dan kacau sebati. Fungsi butter adalah utk menaikkan seri gravy agar lebih berkilat.
- Panaskan oven selama 10 minit, 180 darjah. Masukkan ayam yg telah diperap. Suhu 180 darjah, 30 minit, api atas bawah. sekiranya anda suka ayam grill yg lembap dan basah sikit, letakkan ayam atas bekas yg dilapik dengan aluminium foil. Sekiranya suka ayam yg garing, letak atas para (supaya air perapan dan air ayam, jatuh atas bekas)
- utk menambahkan lagi nikmat dan kelazatan ayam, bila ayam sudah separuh masak (minit ke 15), buka oven dan lesetkan ayam dengan black pepper gravy. teruskan grill. kemudian, lesetkan lagi gravy di belah belakang ayam (minit ke 20). Tunggu hingga selesai.
- Setelah selesai, tuang gravy atas ayam yg telah masak.. mmmmm, tak sabar nya!!!!
No comments:
Post a Comment