Saturday, August 6, 2011

IFTAR 4: SADIN TOMYAM


sebenarnya akak balik ke kampung g menziarahi emak saudara di sebelah suami iaitu nurnieza.blogspot.com. keadaan emaknya yang semakin lemah dan x mampu berkata... rasanya emaknya kenal kami tapi tiada kata kata yang dapat di ucapkan selain dari memandang tepat ke wajah kami, mungkin dari raut wajah yang suram itu menandakan dia mengenali dan mengingati kami... sebab setelah akak cium tangan dan wajahnya dia mengalirkan air mata... sedih akak rasakan..
sempat juga akak berjumpa dengan nieza yang keletihan.. (setelah di kejutkan dari tidur oleh kakak ipar) nieza pun agak lemah dan letih kerana berjaga sepanjang malam.. nasib baik dia bergilir dengan kakak iparnya . bersabarlah nieza menjaga emak yang sakit dan uzur.. bukannya kerja mudah tapi di pandang mulia di sisi Allah SWT.. 
sepintas mengimbau kembali kenangan akak bersama dengan keluarga nieza suatu ketika dulu.. emak dan ayah niezalah yang datang melamar akak bagi pihak keluarga mertuaku dulu. masa tu akak muda remaja lagi.. sehingga kini kami di satukan menjadi sepasang suami isteri.. selama 25 th yang lalu



RESIPI SADIN IKAN

1 tin besar ikan sadin
1/2 biji bawang besar - di potong bulat
1/2 biji bawang besar - di mayang
3 ulas bawang putih -       "
1" halia - di hiris panjang
2 batang serai -dititik
8 tangkai cili api - dihiris kasar
1 tangkai cili merah - di potong serong
1 cawan air
2 sb cili sos
1/2 kiub perisa tomyam
2 helai daun limau purut
2 biji limau dibuat jus 
garam gula secukup rasa
minyak untuk menumis

panaskan minyak. tumiskan bawang yang di mayang, halia dan serai hingga wangi.
kemudian masukkan perasa tomyam.
masukkan ikan sadin ke semuanya. masukkan air. biarkan mendidih.
masukkan semua sos, cili api, cili merah, bawang, daun limau purut dan jus limau serta garam gula. didihkan sekali lagi. tutup api. sedia untuk di hidangkan.

2 comments:

  1. semoga nieza tabah menjalani ujian ini..tak sangka akak ni besaudara pupu dgn nieza..

    ReplyDelete
  2. moga moga begitulah yang di harapkan agar nieza tabah.. nieza ni sepupu suami saya..

    ReplyDelete