n3 yang lepas akak x de masa nak updatekan di sini. sebenarnya akak sibuk sikit kerana telah balik ke kampung dan pada malamnya giliran moreh akak di surau.
akak sampai ke rumah dari Penang dah 6.30 petang jadi layan sajalah gambar masakan yang simple ni ye..
RESIPI SAYUR GORENG IKAN MASIN
2-3 pokok sayur
sehiris kecil ikan tenggiri masin - his kecil2kan lagi
5 tangkai cili api - ketuk
1 biji bawang putih - ketuk
1/2 biji bawang besar - potong melintang
1-2 sd sos tiram
sedikit air
sedikit garam
minyak menumis
panaskan minyak goreng ikan tenggiri sebentar dan ketepikan dihujung kuali.
terus masukkan bawang putih, bawang besar kacau sekejab dan masukkan cili api lalu gaulkan sekali dengan ikan masin tadi hingga rata.
masukkan sos tiram, air biarkan didih sekejab.
terus masukkan sayur dan sedikit garam(hati2 sebab sos tiram dan ikan masin dah sememangnya masin)
tutup api.siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment