Monday, October 3, 2011

SAMBAL TEMPOYAK MASAK - PERAK


Salah satu sambal pebret akak...


 RESIPI SAMBAL TEMPOYAK MASAK VERSI PERAK



2 cawan tempoyak 
2 batang serai - di hiris halus dan di tumbuk
2 biji bawang merah - di tumbuk
2 helai daun kunyit - di mayang halus halus.
1/2 cawan udang - buang kulit
air secukupnya
serbuk kunyit
garam 
gula

masukkan ke semua bahan kecuali daun kunyit ke dalam periuk/ kuali.
masaklah dengan api yang sederhana hendaklah di kacau selalu takut hangit.
masaklah sehingga ia seakan meletup dan perlahankan api dan masukkan daun kunyit dan kacau sekejab lagi.
rasa masam manis masinnya.

*jika masam tambah lagi gula.
*boleh campur ikan bilis di tumbuk separuh lumat
*boleh juga diletak daun limau purut ketika memasak - jika suka


1 comment:

  1. sedapnya kak...saya pun suka makan sambal tempoyak ni dgn ulam2..aduiii...nasi memang bertambah....hehhehe

    ReplyDelete