Sunday, October 2, 2011

KARI BERIANI AYAM

Waduh... lamanya akak beraya.. hihihi..sebulan lamanya akak x masukkan resepi di sini.. tapi bukanlah bererti dapur akak pun turut sama cuti.. dapur akak memang x pernah cuti kecuali akak keluar @ berjalan kemana2...
ape ape pun jom layan resepi yang sememangnya sedap sangat..


  • 1 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 6 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu lada hitam - dikisar
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 3 sudu besar rempah beriani
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar sos tomato
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis :
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 helai daun pandan
  • 6 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 4 sekawan bahan tumis
  • Sedikit minyak





 Cara-cara :
  1. Tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, kacau sebati.
  3. Masukkan rempah kari, rempah beriani, cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau sebati
  4. Masukkan 2 cawan air, kacau dan biar mendidih.
  5. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa, kacau dan masak hingga ayam empuk dan pecah minyak.
  6. Masukkan susu segar dan tomato, biar mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. salam kaknorlis..lama betul saya tak makan briani sejak rempah kegemaran saya tu dah tak jual lagi..huhuhu..sedapnya.....

    ReplyDelete
  2. alahai kesiannya.. rempah yang sepatut wajib ada di rumah ni..

    ReplyDelete