Thursday, January 19, 2012

ATVT KELAS JW - AYAM KATIK SOS BERLADA


resepi ni akak dapat dari kelas Jiran Wanita tapi masa sesi demo masakan akak x dapat hadir kerana g ke Penang berjumpa dengan anak di sana. kawan kawan ada yang cakap resepi ayam ni sedap. oleh kerana akak dah dapat resepinya jadi akak pun teruja sangat untuk mencuba masakan ni... kebetulan pula emak saudara ada memberikan akak seekor ayam katik yang comel tu sudah siap di sembelih dan bersihkan jadi akak pun x sabarlah nak mencuba masakan ni... fuhh.. memang sedap.. masakan mudah dan simple je.. rasanya kalau tgh di serang virus M pun memang boleh buat ni...
resepi ni telah di kongsikan oleh puan Sharifah Hajar Syed Hassan U33.. ape ape pun terima kasihlah pada kak Pah yang sudi berkongsi dengan JW masakan yang sedap ni.. kalau nak tau kak Pah ni pakar membuat Sup Langkawi yang pernah akak letakkan resepinya di sini.. panggilan cik Joi tu adalah suami dia.. suami isteri berasal dari kedah.
kalau nak tau mr hubby dan anak pun dah request lagi masakan ayam sos berlada ni.. sebb dorang x puas makan dengan ayam katik.. dapat sikit je.. sekali makan je dah habis..


tapi oleh kerana akak masak dengan ayam katik yang kecil ni.. jadi akak terpaksa merebusnya di dalam periuk pressure cooker dengan agak lama juga.. maklumlah kecil kecil pun ayam ni.. isinya liat cam ayam kampung.. jantan tua pulak tu.. huhuhu


RESIPI AYAM KATIK SOS BERLADA
k.Pah JW

1 ekor ayam katik (potong kecil) - rebus hingga lembut
1/3 cawan sos lada hitam
1/3 cawan sos tiram
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili besar - (x de stok) akak guna cili api - belah
sedikit bawang putih - kisar
sedikit halia - kisar
sedikit minyak menumis

ayam di potong dan di bersihkan lalu di toskan
panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.
masukkan ayam dan sos tiram dan sos lada hitam.
biarkan setika sehingga mendidih dan cukup masak ayam tadi.
masukkan bawang besar serta cili besar.
balik balikkan semuanya. tutup api.
sedia untuk di hidangkan

10 comments:

  1. mana la saya nak dapat ayam katik kat sini.

    ReplyDelete
  2. akak..saya ingatkan ayam katik tu buat hiasan je..rupanya boleh dimakan jugak...hahahhaha

    ReplyDelete
  3. norasikin... ayam bandar pun boleh...

    ReplyDelete
  4. quinnie.. ayam hutan pun orang boleh makan.. nikan pula ayam pelihara ni. emak sedara x sanggup nk makan sbb dia yang bela..

    ReplyDelete
  5. SAYA PUN INGAT AYAM KATEK WAT HIASAN .. TAPI WALAUAPA PUN RESEPI NI CAM BES... NAK DI COBA INI.... HAHAHAHAH...

    ReplyDelete
  6. ayam katik yg kecik2 kaler cantik tu ye? xpernah lg tun try.

    ReplyDelete
  7. salam, kunjung balas...

    sedapnya....TQ 4 sharing.

    ReplyDelete
  8. norlie,
    pirst time dengar ayam katik dimasak..hehehehe jakun kejap..

    ReplyDelete
  9. salam..ayam katik tu ayam serama ke?nmpak sedaapp ni..blhla cube..tp pkai-ayam biasa pon ok kn? :)

    ReplyDelete
  10. komen2 kat sini membuatkan ku tersenyum membaca ninya.... hehehe

    ReplyDelete