Sunday, January 1, 2012

NASI GORENG IKAN MASIN THAI STYLYE

sedapnya akak makan nasi sytlye che'iza ni..  terimakasih kerana berkongsi resipi yang sedap ni... 

nilah resipi sempena tahun baru ni.. oleh kerana semalam hingga esok adalah cuti selama 3 hari jadi dapur akak pun bercuti jugaklah... hanya nasi ni saja yang sempat akak masak untuk hari minggu begini... heheheh...

NASI GORENG IKAN MASIN THAI STYLYE

che'iza

han-bahan ( 2 org )

  • 3 mangkuk nasi
  • 1/2 labu bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 8 biji cili padi diketuk
  • Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
  • sedikit ikan bilis goreng - akak masukkan
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb nampla (sos ikan)
  • 2 helai kailan(akak tukar kobis purple)
  • 1 btg kacang panjang dipotong kecil
  • lobak merah di potong kecil
  • sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara

  1. Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.
  2. Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.
  3. Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

No comments:

Post a Comment