Friday, February 24, 2012

NASI WANGI SAYUR CAMPUR yang sempoi


beginilah kalau hari jumaat.. memang terlebih rajin sikit nak masak nasi pelbagai.. heheheh
nasi ni memang nampak putih je... sempoi tapi sedap tau.. akak gandingkan dengan ikan rebus goreng dan ayam kicap bercili memang sodapppp.. akak ambil resepi dari majalah RASA 11/06.. 


RESIPI NASI WANGI SAYUR CAMPUR
RASA 11/06

600 g beras
600 ml air
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
sedikit garam
3 helai daun pandan - kerat 2
2 sm minyak masak - akak guna planta
sedikit sayur campur - akak tambah


panaskan minyak dalam periuk nasi elektrik. tumiskan bawang, kayu manis dan bunga lawang serta daun pandan hingga wangi.
masukkan sedikit garam. kacau sekejab.
kemudian masukkan beras. gaul rata.
masukkan pula air dan gaul rata. tutup periuk nasi.
bila nasi hampir kering masukkan sayur campur dan gemburkan nasi.
tutup semula periuk dan biarlah sehingga masak.

** x nampak pulak sayur campur kat nasi tu..

1 comment:

  1. Salam akak.. wah. nasi sedap + + macam2 lauk ader wat lapo lah kak..nasi berperisani kalau makan panas2 camtu jek kadang dah sedap kan kak.. rajinnya..

    ReplyDelete