Saturday, March 10, 2012

NASI TOMATO



inilah nasi tomato yang akak buat hari ni...kali ni akak masak banyak sebab keluarga bertambah hari ni.. esok semua anak akak akan balik jadi tinggallah kami berdua semua..
nasi tomato ni akak gandingkan bersama 2 jenis masakan.. iaitu daging masak hitam tanpa santan dan acar rampai my style yang pasti sedap.. set nasi yang begitu lengkap akak kira...


RESIPI NASI TOMATO

4 pot beras (akak guna beras biasa je) - di bersihkan campur air secukupnya untuk tanak nasi seperti biasa dalam rice cooker hanya kurangkan sikit air saja untuk masuk bahan penumisnya nanti.

penumis 4 sekawan:
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit kulit kayu manis

1/2 cawan mentega + sedikit minyak untuk menumis
beberapa helai daun pandan - di kerat 3 bahagian (akak x suka simpul)

2 biji bawang besar } di mayang
3 ulas bawang putih } halus
2" halia - tumbuk dan ambil airnya saja +- 1/4 cawan

3 sudu garam @ secukupnya

1/2 botol kecil tomato sos- akak guna life brand (akak x suka + tomato puri sebab warna nasi jadi gelap)
2 biji tomato segar - belah 4/6 tapi kali ni akak dadukan

hiasan:(pilihan sendiri)
kismis
bawang goreng - tabur
daun sup - hiris

panaskan minyak campurkan planta.
tumiskan bawang hiris bersama 4 sekawan, daun pandan masak hingga wangi dan masukkan garam secukupnya.
setelah itu angkat kuali dan tuangkan terus semua sekali ke dalam rice cooker (ketika nasi sedang di tanak)
masukkan tomato sos dan buah tomato segar. kacaukan nasi dan tutup periuk.
bila nasi hampir kering masukkan kismis, karat/sayur campur jk suka dan gaulkan sekali lagi nasi yang hampir masak.
tutup periuk dan tunggulah hingga masak.
ketika menghidang taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup di atas nasi.

*sedap di makan dengan ayam masak merah,dalca,jelatah, acar, daging masak hitam dll.

3 comments:

  1. Mlm2 npk en3 mcm ni lapo oooooo

    ReplyDelete
  2. salam kak norlie.. pepagi singgah sini terasa lapar pulak... kat vietnam pun ada nasi tomato

    ReplyDelete
  3. Lepasni nak try resepi akak lah.. ringkas je. Hari tu sy try resepi yg guna susu cair, rasa lemak sgt la pulak..

    ReplyDelete