followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, March 9, 2012

DAGING MASAK HITAM TANPA SANTAN


masakan ini juga di gandingkan dengan nasi tomato hari ni... hari ni akak masak ala set nasi kenduri.. masak demi  kesukaan anak anak.. daging masak hitam ni adalah peberet dorang... yang mana masa dorang tiada akak jarang buat pun masakan ni... makan untuk kami berdua dengan Mr hubby biasanya simple simple jer...
kali ni akak masak ikut kata hati... dengan kata lain ikut selera akak dan anak anak..


RESIPI DAGING MASA HITAM TANPA SANTAN
moh weh ke dapur

1/2 kg daging batang pinang hiris nipis dan lebar 2" - bersihkan dan toskan
1/2 cawan kicap manis (boleh lebihkan jika perlu)
sedikit renjisan cuka
1 sb gula
* perap 1/2 jam @ lebih / semalaman lagi baik

Bahan goreng dengan minyak, sejukkan sekejab dan blend :-
15 tangkai cili kering - rendam dengan air panas - buang biji
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
2- 3 batang serai - hiris

penumis:
kulit kayu manis
bunga lawang
2 biji pelaga
1 sd jintan manis } disangai &
1 sd jintan putih  } di blend kering


1-2 sb gula merah
2 sb kerisek
sedikit garam
sedikit minyak menumis


panaskan minyak tumiskan bahan penumis.
masukkan bahan blend yang digoreng tadi. masaklah sehingga wangi dan nampak sedikit kering.
masukkan serbuk jintan. gaul lagi.
masukkan perapan daging tadi dan gula merah.
masaklah sehingga daging empuk dan ia nampak mendidih dan sedikit kering
bila hampir kering barulah masukkan kerisek, garam.
masaklah sehingga daging kering ikut kemahuan sendiri.
sedia untuk dihidangkan bersama nasi tomato dan acar rampai tadi.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...