Tuesday, May 15, 2012

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS


atas permintaan dari rakan rakan JW brownise ni akak buat untuk majlis sambutan hari ibu dulu.. sebenarnya kalau ikutkan akak x cukup masa nk sediakan semua ni tapi kesian dengan kawan kawan teringin nk merasa jadi akak buatkan 2 buah kek termasuk pandan layer cake wp agak kepenatan sikit..

untuk bahan choc.brownise akak guna resepi kak fida... oleh kerana akak guna loyang saiz 10x10" akak buat 2 adunan untuk 2 layer (bawah dan atas)
untuk cheese akak guna resepi mrsdayat(myr) combinekan kedua dua resepi ni

* jika nak guna 1 adunan choc.brownise maka gunalah saiz loyang yang kecil iaitu saiz 8x8" sesuai. 
* untuk lapisan cheese guna 1 adunan (tiada perubahan)

akak sempat makan sepotong je ni.. sedap

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
 olahan sweet vanila

CHOC.BROWNIES KUKUS
kak fida

bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )

200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
4 biji telur
170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)
Cara-cara

Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
Tepung dan koko diayak bersama.
Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
 Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
 Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
 Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.Lebih mudah lagi jika menggunakan cutter(seperti dlm gmbr) utk mendapatkan potongan size bownies yg sama.
Hias brownies ikut selera. Di sini saya bubuh topping dgn choc. cair(200g) dan juga badam hiris yg dipanggang.

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
mrsdayat

Untuk lapisan cheese:

250gm cream cheese (kalau kat malaysia cari brand philadelphia.. selalu jual kat supermarket bahagian cheese/marjerin/susu)
60gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A

**untuk inti**
campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
##cara lapis##
masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar


Then kita buat pula TOPPINGnya bila brownies dah sejuk....

bahan2 yang diperlukan :-
300gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

cairkan semua bahan2 di atas menggunakan kaedah double boil juga...
kacau sehingga menjadi likat dan licin...biarkan ia suam2....
Tuangkan choc ganache ke atas permukaan brownies...
Biarkan coklat ganache tadi meleleh secara semulajadi...
Biarkan choc ganache mengeras sedikit dan kemudian hiaskan dengan strawberry dan choc yang diparut

3 comments:

  1. wahhh...sedapnyaaa... mintak resepi yer..

    ReplyDelete
  2. tetiba plak terasa nak mkn brownies... sedapnyer...

    ReplyDelete
  3. nk gi join jugak laa, kelab ape tu kak? hihi... blh merasa kuih2 yg akak buat.

    ReplyDelete