Tuesday, June 5, 2012

AYAM MASAK KURMA


sekali sekala perkena ayam masak kurma.. bestkan... setengah orang panggil masak putih.. gelaran tu mungkin kerana kuahnya nampak putih.. entahlah.. no komen!
masakan ni memang x rasa pedas.. untuk rasa pedas mesti ada sambal kat sebelahnya.. baru layan...


RESIPI AYAM MASAK KURMA

1/2 ekor ayam - potong kecil

bahan tumbuk:
1/2 biji bawang
2 ulas bawang putih
sedikit halia

penumis:
kulit kayu manis
bunga lawang
2 tangkai daun kari (akak tambah)

3 sb serbuk rempah kurma
sedikit air untuk (sebatikan rempah kurma)
2-3 sb jus limau
2 cawan santan
sedikit minyak menumis dan sedikit planta
garam secukup rasa

bahan hiasan:
2 biji cili merah - patah patahkan
2 biji cili hijau - patah patahkan
1 biji kentang - potong ikut suka
1/2 biji karat - potong panjang
1 biji bawang besar - potong baji/kasar
beberapa tangkai cili api - potong x putus ( akak tambah)
1-2 biji tomato - potong baji


panaskann planta dan minyak tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan tumbuk kacau hingga berbau harum.
setelah itu masukkan rempah kurma yang di campur sedikit air hingga terbit minyak.
masukkan ayam, kacau rata.
di ikuti santan dan semua bahan hiasan dalam masakan. masaklah sehingga mendidih.
akhir sekali masukkan jus limau dan garam secukup rasa
siap sedia untuk dihidangkan

4 comments:

  1. sedap tgk ayam kurma tu...xperlu kta ape2 lg dh...nyum2

    ReplyDelete
  2. As'Kum sedapnya ayam masak kurma.. makan dengan nasi atau roti nan sedap ni.. ehh makan gitu aje pun sedap ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam kak norlie..mmmm sedapnyer bau ayam masak kurma ni..ppsstt kak erma ader perangai sikit.. kalau masak kurma mesti nak makan ngan kicap pastu kuah banyak2 he he he memang suker masak kurma he he he

    ReplyDelete