Monday, June 4, 2012

BIHUN GORENG


hari ni ada tetamu datang berkunjung.... family kakak ipar datang dari Penang.. tujuan dorang datang kerana hantar anak bongsu mereka untuk melapurkan diri belajar di Uitm Seri Iskandar.. jurusan BM.  


pagi ni akak masak menu simple untuk tetamu akak.. bihun goreng je.. sebab selepas ini kami semua nk hantar anak saudara untuk melapurkan diri.. dan cop katil yang mana dia nak.. oleh kerana umah akak x jauh jadi akak ajak dorang balik untuk masak makan tengahri.. setelah rehat rehat jam 3 petang barulah kami hantar anak saudara ke Uitm semula.. mulalah dia menjalani sessi suai kenal dan berdikari.. selama ini ia x pernah berjauhan langsung dari keluarga.. anak bongsu dan manja pulak tu.. 


RESIPI BIHUN GORENG

1/2 peket bihun - direndam lembut/bilas

BAHAN BLEND:
1 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih

1 peket kecil perencah adabi bihun goreng
1/2 cawan udang kertas
10 ekor udang sederhana
sedikit kobis - hiris halus
1/2 biji karat - dipotong halus dan panjang
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
sedikit air
sedikit minyak tumis
sedikit garam

HIASAN:
daun sup/bawang
bawang goreng

panaskan minyak tumis bahan blend hingga wangi dan sedikit garing masukkan udang dan karat. gaul rata. masukkan semua sos dan perencah bihun goreng, air, garam. didihkan sekejab.
masukkan bihun gaul rata hingga bihun lembut.
tutup api. sedia untuk di hidangkan bersama daun sup/bawang serta bawang goreng.

1 comment:

  1. asslm...bile mlm2 cmni...sedap pula tgk mihun goreng tu...mula la trasa mcm dh lama xmkn...hihi...nmpk myelerakan...

    ReplyDelete