Sunday, September 23, 2012

PUDING TEMBIKAI


masih lagi buat untuk majlis besday JW... 4 jenis semuanya akak buat majlis JW ni termasuklah mee kari laksa udang geragau... tapi akak dah lupa ambil gambarnya dek kerana terlalu bizi... dah tualah katakan.. adoii.. tapi x pe.. resepinya kari laksa ada di sini... raya dulu pun akak dah buat 2-3kali.. dek kerana permintaan kata sedap terpaksalah ulang ulang memasaknya..kawan kawan akak x jemu jemu nak merasanya... ada yang kata boleh meniaga... hehehe... kalau berniaga sapa yang nak beli.... lama lama kawan kawan pun jemu...hehe

kali ni akak mencuba resipi dari Lina pula.. errmmmm sedapnya... Lina ni memang pakar membuat puding puding ni.. dulu akak pernah buat juga puding tembikai ni tapi rasanya resepi ni lagi ok... yang dulu tu agak lembut sikit berbanding dengan resepi dari Lina ni...

PUDING TEMBIKAI
By:Cendana Kasih 
sumber :linapg.blogspot.com 
Bahan-Bahan:
1 paket agar2 serbuk 10 gram
3 keping roti gardenia *
4 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil
sedikit pewarna ijo/merah
sedikit cincau (potong kiub kecil2)


cara caranya-

Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis dan telur.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah(yg dicamur dgn cincau dipotog kecil) curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

No comments:

Post a Comment