Saturday, October 6, 2012

SAMBAL JERING TUA


jom kita beralih ke menu ala kampung.... waaaaa... bestnya sekali sekala dapat makan macam ni... memang suka sangat... tapi malangnya semua ahli umah ni x suka... pernah akak terfikir.. boleh habis ke x ni.... sebenarnya akak ni x boleh makan luar batasan.. alamatnya "hangin" satu badan... susah nanti semua orang melayan kerenah sakit nanti.. hehehe
semasa akak merebus jering ni.. alahaiiiii.... terasa pening pening dengan bau rebusannya... mungkin x bagi oranglain tapi akak ni x tahan sungguh la... rasa nak mabuk dibuatnya... anak akak bila akak masak baunya cam pelik mula la tnya mama masak ezotic ape ni... aduyai... budak budak sekarang jering dan petai pun x reti nk makan...
sedang akak menumis untuk mengeringkan sambal ni... memang rezeki kawan akak Norroshida... ia muncul di pintu belakang umah akak... hampir lebih dari separuh dari gambar yang akak ambil ni akak hulurkan padanya... Alhamdulillah mujur dia datang dapatlah dia rasa... rezeki diakan... tinggal untuk akak makan seorang sebanyak dalam gambar ni.. jadilah... akak pun x boleh makan banyak banyak... janji dapat rasa dah kira ok dah..
mana mana masakan ni seakan akan sama saja bahan dan cara caranya.. tapi akak berminat nk letak resepi anymz sebab memang sama..


RESIPI SAMBAL JERING TUA

Bahan2

1 piring kecil jering tua (kat pasar tani jual rm2)
8 tangkai cili merah*
15 tangkai cili padi-tak makan pedas kurangkan ya*
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1/2 kiub pati ikan bilis (akak x masuk)
1 piring kecil ikan bilis-anggaran segenggam-cuci bersih ketepikan
Minyak
Garam
1 sk Gula


Cara

Jering di rebus hingga empuk
Dah empuk,angkat dan rendam dengan air biasa sebentar
Toskan jering tadi-ketepikan
Panaskan minyak
Goreng ikan bilis hingga garing
Angkat dan ketepikan
Dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi tingalkan anggaran semangkuk kecil
Tumis bahan2 bertanda * yang telah di kisar kasar hingga terbit minyak
Masukkan garam,kiub ikan bilis dan gula
Masukkan ikan bilis goreng dan jering
kacau hingga sebati
Angkat dan boleh lah di hidangkan.

4 comments:

  1. Asslmkum kak.
    Akk rebus ya, sue dl2 tgk mak msk dihiris dan digoreng dl. Bau dia mmg klu x thn boleh pening. Lawak pulak bila dgr ank akk tanya mcm tu. . Kikikiii lauk eksotik ya. :D

    ReplyDelete
  2. sue... rebus dulu sebab nak hilangkan bau dan melembutkannya..serta dapat buang anginnya sikit...

    ReplyDelete
  3. sama mcm sue, mak saya kikis dulu kulit, *memang kerja kami la kene kikiskan kulit jering tu :-) lepas tu hiris nipis n goreng. wahh masa menggoreng tu wangii jek bau... memang giler la lauk gini.. buat sebakul pun habis.. mak ada pokok jering ni kat kampung, bila dah time kami akan amik buah dia, kopekkan dri kulit kerasnya tu, dan semai dlm pasir.. bila dah time baru la amik smula dan masak.. kalau dibuat mcm tu baru hilang angin n bau busuk jering tu kan.. wii sedappp.
    dimasak dengan tumis santan pun sedap, dimasak sambal pun sedap..di masak lemak pn sedap. hehe.. budak2 skrg ni mmg pelik kot kan kak.. kita2 ni suke laaa sangat :-)

    ReplyDelete
  4. izahdaut.. time rajin akak kikiskan dulu kulit dalamnya... time nak cepat boleh masak sekali kulit hitamnya... macam petai gak.. kita boleh masak sekali dengan kulitnya cuma jering ni kulit luarnya saja yang x boleh di gunakan

    ReplyDelete