Tuesday, November 13, 2012

DURIAN CREPE


baru baru ni buat durian mille crepe... sekarang durian crepe pula.. x mau ketinggalanlah jugakkan... hehehe...


akak buat ikut resepi durian mille crepe di sini (teramat sedap tu..) cuma tukarkan intinya saja....
jika nak di bandingkan kedua duanya.. akak lebih suka durian mille crepe lagi.. kerana ia lebih serasi dengan tekak... ramai orang kata durian crepe ni sedap.. tapi bagi akak durian crepe rasanya dapat makan satu pun dah cukup.. x mau ulang dah... selera kurang terima sikit untuk makan banyak... rasa muak sikit...


DURIAN CREPE

Bahan2..

500 gm susu segar
6 sdb F&N aiskrim soda
4 sdb gula kastor
4 biji telur
1 sdk esen durian * akak guna esen vanila
60 gm butter - cairkan
1 sdk pewarna kuning
270 gm tepung gandum - ayakkan
1/2 st garam * akak letak


Cara2nya..

1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 kecuali tepung gandum, pukul sehingga adunan sebati dan gula larut.

2. Masukkan tepung dan pukul sehingga tepung sebati, nak guna 'blender' juga boleh.

3. Tapiskan adunan dan biarkan adunan berehat selama 30 - 40 minit.

4. Panaskan kuali kalis melekat, sapu minyak sedikit, letak 'ring cake' bersaiz 7 inci dan tuang 1 senduk sederhana ke dalam 'ring cake' tersebut, ratakan. (**akak x buat cara ni.., akak terus masuk dalam kuali non stick) Tidak perlu diterbalikkan. Angkat sesudah masak. Masak sehingga adunan habis.

5. Teruskan dengan pilihan anda, sama ada untuk sebijik kek atau seperti ketayap.

6. Letakkan sesudu durian cheese di tengah-tengah 'crepe' dan balut dengan sempurna (jika inginkan 'durian crepe'). Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam dan hidangkan ketika sejuk.


Filling**

1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.

4 comments:

  1. mmg sana sini dok tayang durian crepe...umah adda jer belum tentu lgi ada..sbbnya mmg tak reti betul nk membuatnya..kurang yakin..huhuuhu

    ReplyDelete
  2. As salam kak Norlie,durian crepe ini telah membuat hati saya teruja untuk mengikuti blog ini.harap kak Norlie sudi pula menjadi kawan dapur baru saya ini.

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum..

    sana sini org dok buat durian crepe ni. Nadz juga yg tak terbuat2 lg...

    ReplyDelete
  4. yum yummmss... sedap nampak kak... sy pun tak terbuat2 lagi.. tunggu durian kat kg mertua gugur baru buat kot.. hehe..

    ReplyDelete