followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, November 10, 2012

DURIAN MILLE CREPE


sebenarnya akak buat adunan crepe ni malam tadi.. tu pun sambil tengok tv... setelah siap mencrepe tiba tiba mood 'M' nk adunkan fillingnya sebab jam dah dekat jam 11.30 mlm.. adoii... akak pulak sebenarnya belum update blog akak lagi ketika tu.. akak pun ambil keputusan stop.. crepe yang akak buat akak biarkan sejuk sekejab kemudian akak pun simpan je dalam peti ais.. dah tahap 90% malas nk siapkan!
keesokkannnya awal pagi akak bangun, buka peti ais... adunan keras sikit di sebabkan dah kesejukkan.. akak pun ambil bahan bahan filling terus adunkan adunannya...
dalam hati samada akak nak buat durian crepe atau durian mille crepe... setelah siap mengadun akak rasa adunannya sedikit masam... (dalam hati akak sebenarnya dah suspen..!! rasa berbelah bagi.. samada nk teruskan atau pun buat filling lain... huhuhu.. nak tau kenapa hati akak berdebar debar... sebab biasanya durian yang ada rasa masam ni kompom mirip rasa Tempoyak luu... ekekeke.. korang jangan ketawa ye.. biar akak sorang je ketawa...) jangan salah sangka yee.. akak memang guna durian fresh.. akak ni risau orang makan nanti takut komplen durian tempoyak ke yang akak buat ni.. berkali kali akak rasa.. hehehe
tapiiiii.. bila dah siap...setelah di sejukkan, akak x sabar nak operate... waaaa... menepati selera.. sedap betul..!!!! hilang rasa masam seakan tempoyak tu... waahahaha... kompom sedap! yang beri rasa masam tu sebenarnya dari rasa cheese tu...


citer tentang crepe pula... mulanya akak risau.. sebab guna 4 biji telur takut berbau hanyir... ikutkan resepinya guna esen durian tapi x de stok.. akak tukar esen vanila je.. memang xde langsung berbau telur.. ikutkan adunan asal x letak garam tapi akak letak garam untuk memberi rasa lemak sikit..sebanyak yang akak letak.. sure x masin.. sesedap rasa.. 
sebenarnya akak juga risau crepe ni.. sebab malam tadi akak x terus letak fillingnya.. akak terus simpan dalam peti ais.. Alhamdulillah.. crepe akak ok wp masa akak simpan keadaannya yang berlapis lapis..
ok.... akak pun sebenarnya bukan suka nk berceloteh panjang... akak ni jenis simple.. bercakap pun nak gaya simple... hehehe... ape lagi jom kita jenguk resepinya yang Alhamdulillah cantik..lembut.. x mudah koyak time melipat..


DURIAN MILLE CREPE

Bahan2..

500 gm susu segar
6 sdb F&N aiskrim soda
4 sdb gula kastor
4 biji telur
1 sdk esen durian * akak guna esen vanila
60 gm butter - cairkan
1 sdk pewarna kuning
270 gm tepung gandum - ayakkan
1/2 st garam * akak letak


Cara2nya..

1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 kecuali tepung gandum, pukul sehingga adunan sebati dan gula larut.

2. Masukkan tepung dan pukul sehingga tepung sebati, nak guna 'blender' juga boleh.

3. Tapiskan adunan dan biarkan adunan berehat selama 30 - 40 minit.

4. Panaskan kuali kalis melekat, sapu minyak sedikit, letak 'ring cake' bersaiz 7 inci dan tuang 1 senduk sederhana ke dalam 'ring cake' tersebut, ratakan. (**akak x buat cara ni.., akak terus masuk dalam kuali non stick) Tidak perlu diterbalikkan. Angkat sesudah masak. Masak sehingga adunan habis.

5. Teruskan dengan pilihan anda, sama ada untuk sebijik kek atau seperti ketayap.

6. Sapu adunan durian cheese (resepi dibawah) pada setiap lapisan 'crepe' (jika untuk sebiji kek). Begitu juga dengan lapisan yang lain diakhiri dengan sapuan durian cheese pada keseluruhan 'crepe'.

7. Sejukkan 'durian mille crepe' sehingga adunan keras baru dihias mengikut kreativiti masing-masing.



Bahan2 durian cheese..

250 gm cream cheese - suhu bilik
60 gm gula aising - ayakkan
200 gm isi durian - dilenyek
80 gm non-dairy whipping cream - pukul sehingga bertanduk (boleh di abaikan jika tidak mahu)

Cara2nya..

1. Dalam bekas, satukan cream cheese dan gula aising, pukul sehingga adunan sebati.
2. Masukkan isi durian dan pukul sebati lagi.
3. Tambahkan non-dairy whipping cream dan pukul sehingga adunan sebati. Boleh abaikan non-dairy whipping cream jika tidak mahu.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...