Thursday, November 1, 2012

SALAD DAGING ALA THAI


masyaallah..... sedapnya makan tengahari ni... salad ni amat sesuai sangat dengan selera akak yang mengemari masakan thai... ia sangat sedap.. x percaya cubalah.. ianya amat berbeza dengan resepi resepi yang kak pernah jumpa di tenet ni... memang ada kelainannya. mungkin kerana bahan A yang membezakan resepi ni...


* edisi daging kurban

SALAD DAGING ALA THAI
chef Zainab

300 g daging batang pinang 

bahan A - perap:

1 1/2 sb jus limau nipis tapi * akak guna lemon 2 sb
1 sb gula melaka * akak guna gula pasir sebab terlupa!
1 sb sos ikan / sotong
2 sb minyak bijan 
1 sb kicap cair
2 sb halia - sagat / kisar halus
1 ulas bawang putih - cincang lumat


bahan B:

200 g tomato segar - hiris
200 g timun segar (buang biji) hiris
1 biji  bawang besar - mayang halus
1 biji cili merah - mayang halus
6-8 biji cili api - hiris
2 tangkai daun pudina * akak dah cari tp x jumpa
1 tangkai daun selasih * akak x jumpa jg
1 tangkai daun ketumbar - hiris
4 helai daun limau purut - buang tulang tengah dan hiris halus
60 g kacang tanah - goring dan tumbuk kasar kasar
garam gula secukup rasa (hati hati sebab bahan perap dah ada perasa)


gaul rata bahan A dan tuang sikit pada daging, gaulkan dan simpan dalam peti ais 2 jam. nak perap lama pun x pe.
panggangkan daging dalam oven hingga masak.
keluarkan daging dan hiris halus daging tadi dan campurkan dengan bahan B dalam mangkuk besar dan masukkan lebihan bahan A dan gaul pada daging serta bahan salad tadi. perasakan garam dan gula secukup rasa

5 comments:

  1. nampak mcm sedap salad daging nie...

    ReplyDelete
  2. ~ nnt nk cuba lah..mst sedap ada rs masam2 gitew..stok daging korban pun byk lg ^_^

    ReplyDelete
  3. terima kasih follow yan....
    sedap2 sangat.....yan pernah makan masa pergi rumah sedara kat thai......yan meratah macam tu je.......

    ReplyDelete
  4. rasanya Radio Ipoh FM pun ada siarkan resepi ni dua hari sudah dlm siaran Moh Ke Dapur...

    ReplyDelete
  5. Salam..akak boleh bagi adress rumah akak tak?Maaf, sebab kelewatan utk hadiah GA Silaturrahim yg akak menang.Minta maaf, emel saya ada technical problem tak dpt trace emel yg akak hantar dulu ..maaf ye..
    alamat emel saya

    saaleika2000@yahoo.com

    timekasih, dan maaf sekali lagi


    ReplyDelete