Wednesday, April 17, 2013

FLAN MANGGA


sejak kebelakangan ni akak agak sukar nak updatekan gambar kat tenet ni... masalah tenet di tempat akak ni dari hari jumaat lepas hinggalah sekarang.. kejab Ok.. kejab Ko.. kadang tu nak masukkan gambar pun sampai 1/2 jam.. tu pun belum tentu boleh..
inilah baru pertama kali akak buat flan mangga.. tu pun kerana anak saudara datang dari Penang sebab nak ambil adiknya yang bercuti Sem di UiTM Seri Iskandar.. jadi akak jamulah mereka flan mangga ni yang dorang kata sedap sangat..
akak pun rasa sedap sebab atas bawah semuanya ada rasa mangga... memang bestla resepi...


FLAN MANGGA
chef Norlida


Bahan-bahan:
(Untuk lapisan bawah)

125 gm mentega
125 gm gula
150 gm tepung naik sendiri
150 gm isi mangga yang sudah dicincang
2 biji telur
1 sudu kecil esen mangga
Sedikit pewarna kuning

(Untuk lapisan atas):

250 gm isi mangga - dipotong dadu
100 gm tepung ubi
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil esen mangga
90 gm serbuk jeli (1 kotak akak guna)
3/4 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 cawan air panas
1 cawan air

Cara Menyediakan:

1. Untuk membuat lapisan bawah, putarkan gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga sebati.

2. Masukkan isi mangga, esen dan pewarna kuning, kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.

3. Tuang adunan di dalam loyang bulat dan bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan.

4. Untuk lapisan atas, campurkan serbuk jeli dengan air panas kemudian kacau hingga larut.

5. Bancuh tepung ubi dan tepung beras dengan air hingga sebati, kemudian tuangkan ke dalam larutan jeli. Masukkan isi mangga, esen mangga, santan pekat dan gula kemudian kacau hingga sebati.

6. Masak Selama 8 minit, kacau adunan di atas api perlahan hingga sedikit likat, dan pastikan adunan tidak bergentel. Tuangkan adunan di atas lapisan kek dan dinginkan dalam peti sejuk.

adunan bawah (sebelum bakar)

2 comments:

  1. salam norlie, sdp lh kak ruby nampak.....boleh bg sikit.....hehehe

    ReplyDelete
  2. as salam.. nampak sedap..
    boleh simpan resepi ni.. kalau gi kedai bakery nanti leh cari bahan2..

    ReplyDelete