Tuesday, November 12, 2013

MEE KARI KERANG



nak tau x.. akak ni sebenarnya bukan pandai memasak... dah habis belajar baru tercuba cuba resepi masakan ni... wp minat ada tapi sikap malas menguasai diri maklumlah... akak ni anak tunggal... semuanya dah terhidang di depan mata.. akak ni tau makan je...x perlu susah susah...hehehe... tapi disebalik kemalasan tu sebenarnya akak ni minat mengumpul resepi sejak darjah 6 lagi (tapi x penah cuba pun..)
 akak nak cerita sikit... mee kari ni sebenarnya ada nostagia yang tersendiri.. akak mula belajar memasak dengan menu masakan rendang daging dan mee kari..(ni je yang akak tau ketika tu...yang lain hampehhh...) masa tu ahli keluarga terdekat sangat memuji masakan akak terutama opah akak... ayah akak pula sanggup beli bahan mee kari hanya kerana nak suruh akak buat... waa..mendorong semangat ni... setelah beberapa kali mencuba demi mencuba akhirnya akak memberanikan diri menghantarkan resepi mee kari ke mingguan malaysia tahun 80 rasanya.. ketika itu akak masih bersekolah lagi... kebetulan masa tersiarnya resepi tu akak x beli surat khabar berkenaan.. habis satu kampung akak duk cerita resepi akak masuk paper.. wahhh.. malunya akak ketika itu sebab ramai saudara mara suruh beri tunjuk ajar resepi mee kari... ada yang suh buatlah... masa tu budak budak lagi... bila ada permintaan begitu.. ngerinya akak rasa... malulah nak ajar orang yang dah pandai memasak.. akak cuma tau masak 2 jenis masakan jer.. mee kari dan rendang daging je ketika tu...
untuk kali ni akak letakkan resepi dalam simpanan peti karun akak tu...
selamat mencuba...

MEE KARI KERANG

100gm udang kering ( rendam dan blend )
1 bawang besar*
6 bawang putih*
1 kulit kayu manis saiz kecil
1 bunga lawang saiz kecil
seketul lengkuas - ketuk
seketul halia - ketuk
3-5 batang serai - ketuk
1 kg kerang - rebus ambil isinya
300 g isi ayam
tulang rangka ayam - jika suka
3 tangkai daun kari
5-6 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili kering
1- 2 ketul stok ikan bilis
santan secukupnya
garam dan gula
sedikit minyak utk menumis

1kg mee kuning

Hiasan:

sawi - celur diikuti celur taugeh (gaul sekali)
daun sup dan bawang
bawang goreng
cili merah dipotong2 jika suka pedas letak cili api hiris
hirisan limau nipis / kasturi - jika suka
telur rebus - jika suka
* tauhu goreng  - boleh masuk dlm kuah (setelah masak kuah)
* tauhupuk - boleh masuk dlm kuah (setelah masak kuah)
* fishcake dan fishball - boleh masuk dlm kuah (x masuk pun x pe)

* sedap jika dimakan bersama cili hijau jeruk (jika ada)
(cara: cili hihau hiris rendam dalam cuka letak dalam botol)

Cara cara:

1. panaskan minyak dalam periuk. masukkan lengkuas ketuk, halia ketuk dan serai ketuk.
masukkan bahan penumis dan tumiskan bahan blend hingga naik bau serta daun kari kacau rata dan masukkan udang kering blender kacau sekejab. masukkan rempah kari dan serbuk cili yg telah dicampur dgn sedikit air. masak hingga wangi serta pecah minyak.

2. bila dah pecah minyak masukkan santan dan masukkan tulang rangka ayam, isi yam serta isi kerang, stok ikan bilis, garam dan gula. masak hingga didih serta kuah masak akhir sekali masukkan tauhupok dan tauhu goreng. didih sekejab boleh tutup api.

3. hidangkan mee bersama ramuannya daun bawang dan sup, cili hiris, bawang goreng, hirisan limau, pelbagai fishcake dan ball (boleh letak dalam kuah - jika suka) serta bawang goreng. kalau suka nak letak telor rebus pun boleh.

** jika kuah anda kurang pekat masukkan sedikit tepung gandum

5 comments:

  1. bila nampak mee kari kt sini,teringin pulak nk mkn...tahun nie,belum lg mkn mee kari

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum...jomsss lawat blog sy jomss...

    http://farihaabdul.blogspot.com/2013/11/syoknya-bvsm-kutu-cash.html

    ReplyDelete