Wednesday, April 23, 2014

KACANG BOTAK



tak lama lagi kita akan menyambut ramadan dan seterusnya menyambut hari lebaran.. apa kata kita buat kacang botak sebagai kudapan di hari raya nanti.. sebenarnya nak makan x perlu tunggu perayaan pun.. hehe.. 
akak ni secara sepontan je tetiba merajinkan diri membuat kacang botak ni kerana suami suka sangat beli kekacang sebagai kudapan.. ketika buat ni pun jam dah 5.30 petang.. suami ketika itu baru balik dari kerja hairan apa yang akak tumbuk tu... bukan apa kacang pun ada stok yang x gunakan.. jadi lebih baik akak buat sebagai kudapan lebih lebih lagi ada saja siaran bola d tv.

KACANG BOTAK
Resepi rakan setaman Bandar Universiti
Sharifah Hajar Syed Hassan

2 kg kacang tanah - basuh dan jemur hingga kering
20 sudu gula
2 biji telur
2 labu bawang putih } tumbuk halus
3 peket lada hitam    }  
garam secukupnya
1 kg tepung gandum
minyak menggoreng

kacau gula dan telur hingga hancur
masukkan bawang putih, garam serta lada hitam


gaulkan sekali kacang tanah hingga sebati.
masukkan tepung kedalam bekas lain
masukkan kacang dan goncang goncangkan sehingga tepung sebati dan menyaluti kacang dengan sebati.
masukkan kacang yang bersalut tepung ke dalam penapis jarang untuk memisahkan baki tepung yang ada bersama kacang (ayak)
goreng hingga masak dengan api yang sederhana.

No comments:

Post a Comment