harini akak nak kongsikan resepi puding yang akak belajar sebelum puasa tempuhari.. akak baru je buat ramadhan yang ke 4 baru baru ni... Alhamdulillah.. puding yang sedap membasahi tekak..
gambar di dalam bekas kecil sahaja akak sediakan untuk diberi pada rakan akak.. mereka pun memuji puding yang akak buat sedap.. rasa lemak lemak gitu..
PUDING LAPIS PANDAN CINCAU
kelas saidah ipoh
Bahan bawah:
A)
15 g serbuk agar agar
1400 ml air
200 g gula pasir
secubit garam
B)
1/2 tin susu cair
pewarna hijau apple
cara:
didihkan bahan A dan masukkan Bahan B
- asingkan 1 cawan masukkan ke dalam bekas kecil (tambah warna ikut suka) * bila telah beku potong dadu#### (untuk tabur ke bahagian atas)
-selebihnya tuang ke dalam loyang.
Bahan atas:
A)
15 g serbuk agar agar
1100 ml air
200 g gula
1/2 st garam
B)
300 ml santan
1 sb tepung hongkong
C)
2 cawan cincau dadu
1 cawan (agar agar dadu)####
cara:
masak bahan A hingga mendidih
masukkan B dan masak lagi hingga mendidih
tuang ke dalam loyang dan tabur tabur bahan C
No comments:
Post a Comment