Tuesday, July 15, 2014

TALAM DURIAN


bestnya makan talam durian ni.. sedap.. kebetulan di bulan puasa ni ada seorang rakan setaman hubby beri kami durian yang dibawa dari kampungnya di Baling Kedah.. akak x berani nak makan fresh di bulan puasa ni.. sebab x dapat banyak minum lagipun takut darah naik mengejut.. huhuhu..
sebelum tarikh luputnya menjadi tempoyak inilah hasilnya...

TALAM DURIAN
Source : Kak Hanieliza @ Kak Liza (Talam Pisang)
By: http://nurniezza.blogspot.com

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan Durian [di lecek]

1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning -akak tukar warna hijau

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
2 s/b tepung jagung (nieza tambah)
1 s/k garam
pewarna kuning - akak tambah

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


2 comments: