asal kek ni dibuat kerana nk jamu kawan jauh yang datang berkunjung dah x jumpa lebih dari 20th.. tapi x payahlah akak dok cerita tentang tetamu akak tu..
meh.. dengar cerita tentang kek yang sedap dan gebu ni... kek ini teramatlah lembutnya.. rasanya kek ni ada harapan membuatnya untuk seterusnya di masa akan datang Insyaallah..
RESIPI KEK VELVET PELANGI / MARBLE KUKUS
bahan bahan (loyang 8")
4 biji telur A - yang sejuk dari peti ais
3/4 cawan gula halus / perang (180g)
1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - di ayak
3/4 sk baking powder
1/2 sb penuh ovallete
1/4 sk garam
7 1/2 sb susu sejat (120g)
1 sk esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair (80g) - akak guna minyak masak je
3 @ 4 pewarna pilihan - akak buat 3 warna
- Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.
-
Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.
-
Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.
-
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.
-
Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.
-
Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
-
Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.
- Setelah sejuk,potong dan hidangkan.
campur sekali ngan tepung ke? atau pukul kembang dulu baru campur tepung?
ReplyDeletesemua sekali, minyak kemudian hnya di gaulkan je
ReplyDeletekak....nk trylah resepi nie...
ReplyDeletetq ye share resepi ni...
ReplyDeletesya dah cuba sgt sedap
Assalam... Dah cuba & menjadi... Sedap2..
ReplyDelete