Thursday, August 4, 2011

HENTI GUNA GOLDEN CHURN, TERDAPAT DNA BABI


Henti guna Golden Churn, terdapat DNA babi

Posted on July 29, 2011, Friday
KUCHING: Salah satu daripada sampel jenama mentega Golden Churn Creamery Butter di pasaran Sarawak dikesan mengandungi DNA babi.
Setiausaha Majlis Islam Sarawak Abang Shamshudin Abang Seruji dalam kenyataan akhbar berkata maka itu umat Islam di Sarawak khasnya diminta untuk meng-hentikan penggunaan mentega berjenama Golden Churn Creamery Butter dengan serta-merta.
“Ia ekoran daripada satu sampel jenama mentega berkenaan di pasaran Sarawak telah dikesan mengandungi DNA babi.
“Pengesanan sampel itu di- terima melalui laporan yang daripada Jabatan Kimia Malaysia bertarikh pada 19 Julai 2011,” katanya lagi.
Maklumat dan perkembangan lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa atau boleh melayari laman sesawang www.jais.sarawak.gov.my.

1 comment:

  1. Salam perkenalan n terima kasih byk2 sudi ziarah blog akk yg x seberapa. Ni lawatan balas n intai2 menu kt sini.

    ReplyDelete