Thursday, August 11, 2011

IFTAR 10: SAMOSA ROTI



sedap samosa roti ni... akak dapat resepi dari chef Syed Brunai. menurutnya.. ketika bekerja di Brunai dulu dia selalu masakkan samosa roti ni untuk Sultan Brunai. Sultan selalu request samosa roti ni dan pastinya amat digemarinya untuk hidangan petang.
sekarang ni akak buat untuk berbuka bersama kawan kawan di surau. sebenarnya akak agak terlewat nak masukkan gambar di sini kerana bila di bulan Ramadhan ni di sebelah malam akak habiskan masa di surau jadi langsung kekurangan masa nak updatekan gambar di blog.. dan di samping itu juga akak sibuk menyiapkan tempahan biskut raya..

RESIPI SAMOSA ROTI

1 buku roti gardenia - di buang tepi dan di gelek nipis
putih telur sebagai pelekat roti

INTI SAMOSA ROTI (yang ni akak ada ubah bahannya)

300 g daging - di cincang
2 biji bawang besar - dadu
1 ulas bawang putih -cincang
1 biji kentang - dadu
2 sb rempah cajun + sedikit air
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
sedikit sos seasoning
sedikit kicap
air secukupnya - untuk melembutkan daging/ubi
sedikit serbuk knorr
sedikit garam
2 biji cili merah - cincang
hirisan daun sup
sedikit minyak tumis
minyak goreng terendam

panaskan minyak tumiskan tumiskan bawang dan bawang merah dan masukkan daging, diikuti kentang masaklah sehingga daging agak lembut. jika kering masukkan air.
bila kering dan daging lembut masukkan rempah cajun. kacau sehingga naik bau.
masukkan bahan bahan lain seperti sos cili, sos tiram, sos seasoning, kicap, serbuk knorr dan masaklah sehingga kering.
baru masukkan garam, cili cincang dan hirisan daun sup.
tutup api.

pastikan roti yang digelek sama besar.
masukkan 1 sudu inti ke atas roti.
ambil bucu roti dan cantumkan dengan putih telur.
kepitkan juga di sekeliling roti tadi

panaskan minyak
pastikan api tidak terlalu kuat.
gorenglah samosa tadi sehingga kekuningan
angkat dan toskan di atas tisu.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak Norlie..wah,ni lain sikit samosanya kan!sedap intinya tu siap ada cajun lagi.. :)

    ReplyDelete