Wednesday, May 30, 2012

IKAN BAKAR ALA RENDANG


sedap makan tengahari ni... akak bakar dalam oven je... mudah keje.. dapur pun x berkecah.. masa nak tunggu masak akak dapat buat keje lain...
bakar cara begini isi ikannya lembut dan gebu


RESIPI IKAN TALAPIA BAKAR ALA RENDANG

1 ekor ikan saiz besar  bersihkan, kelar dan lumurkan dengan garam kunyit hingga rata

bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
5- 8 tangkai cili api
2 batang serai

1/2 st serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit jus limau
3-4 helai daun limau purut - hiris halus
kertas foil - balut ikan (sapu dengan sedikit planta sebelum letak ikan)

bentangkan foil dan letakkan ikan yang telah digaul sebati dengan bahan tumbuk, garam dan jus limau terlebih dahulu. kemudian taburkan daun limau purut dan bungkus ikan tapi jangan terlalu padat
bakar api atas bawah 200-230 30 minit @ hingga masak. boleh di balikkan ikan untuk masak sekata


Tuesday, May 29, 2012

ASAM REBUS NENAS


pestime cuba masakan ni .. suka... sedap.. buat pun x susah.. sesimple simplenya... rebus  rebus je ... tapi memikat... 
jika kita x sihat rasanya memang dapat membuka selera waktu demam...betul!! 
kuahnya yang seakan pekat dan rasanya yang masam manis memang kecur lidah...


RESIPI ASAM REBUS NENAS

secukup ikan selar / kembung dll
1/2 biji nenas yg setengah masak
1 sdm lada kisar *
4-5 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1/2 " halia *
sedikit kunyit serbuk / kunyit basah *
sedikit belacan *
kisar bahan2 bertanda *
1 btg serai di titik
1/2 kepal asam jawa diperah bersama 2-3 mangkok air
gula , garam secukup nye


nenas di bersihkan dan di hiris kecil..
 masokkan semua bahan kedlm periuk..kecuali ikan & gula..masak hingga mendideh..
 kecilkan api..biarkan ia mendideh perlahan2 sehingga nenas lembut..
cukupkan rasa nye..apa yg kurang boleh di tambah..mengikut selera memasing..
last sekali masukkan ikan..setelah ikan masak boleh la matikan api...dah boleh dihidangkan.. :)

TOMYAM AYAM PUTIH


kali ni akak mencuba pek serbuk tomyam putih,, saja nak ngetest... hehehe
akak x pernah mencuba pek segera perisa tomyam putih ni... rasanya kalau time kita malas atau x tau nak pikir apa nak masak memang patut simpan satu pek kat umahkan... dapat juga menyelamatkan menu hidangan kita untuk hari yang "blur".. heheheh..


RESIPI TOMYAM PUTIH

Daun limau purut setangkai (jgn banyak2 nnt pahit)
Lengkuas dua potong (wajib!)
Stok ayam atau kiub ayam (kalau stok ayam, guna la 3 4 sudu , kalau guna kiub, guna la empat kiub ayam) ** tapi akak guna pek serbuk tomyam putih segera
Serai sebtg dua(ketuk)
Limau Nipis 6-8biji (Perah airnya)
Cili Padi 10biji (tumbuk jgn sampai hancur)
1 biji bawang besar - potong baji
Air dalam dua mangkuk tiga mangkuk
garam secubit dua(secukup rasa)
Daun Sup
Ayam beberapa ketul (kalau guna sotong dan lain2 tambah je)
Susu segar satu sudu besar(ramuan rahsia)


Mula2 rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk guna lesung batu. Masukkan ayam . Rebus hingga mendidih. Masukkan garam jugak
Selepas tu, masukkan stok ayam atau serbuk tomyam putih (jangan guna kiub tomyam putih,tak sedap) ke dalam periuk
Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tunggu air merebus. Sambil tu, tumbuk2 cili padi , dan siap2 perahkan air limau nipis Daun sup pun potong2 kecil (1cm )
Next, masukkan air perahan limau nipis, cili padi, tunggu mendidih kemudian masukkan susu segar(guna santan pun boleh)
Siap! hidang guna daun sup. Boleh jugak tambah 3 titik minyak ikan(tapi ada orang xsuka)

Saturday, May 26, 2012

AYAM GORENG KICAP KENTANG


masak masak simple je hari ni.. 
sebab sekarang ni dah mula cuti sekolah.. jadi bila hari sabtu ahad semua padat dengan aktiviti memenuhi jemputan kenduri di sana sini.. akak juga tidak ketinggallan... jadual terpaksa di atur untuk semua jemputan yang mana harus di tuju dulu.. hehehe.. x pergi x patutlahkan..
sepatutnya hari ni dapur akak "off" tapi oleh kerana kawan classmate anak masa form 5 dulu datang ke rumah dari Melaka untuk menghadiri sessi perjumpaan bekas bekas pelajar sekolah di SMKSI.. anak dan beberapa kawannya terlibat membuat persembahan band sendiri...


RESIPI AYAM GORENG KICAP KENTANG

1/2 ekor ayam -              }tabur garam kunyit dan goreng 1/2 masak
1- 2biji kentang - potong }

1/2 biji bawang besar - }
2 ulas bawang putih -    }tumbuk
1 sb biji lada hitam -     }
5 tangkai kacang panjang - potong pendik
10 tangkai cili api - potong x putus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji tomato  - potong baji
2 sb kicap manis
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit air * jika perlu
sedikit minyak menumis

panaskan sedikit minyak
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi
masukkan ayam bersama kentang yang telah digoreng
jika di dapati terlalu kering masukkan sedikit air
masukkan kicap dan air asam jawa, kacang panjang, cili api, bawang besar dan tomato
balik balikkan masukkan sedikit garam
siap untuk dihidangkan

TAU FAU FA


resepi paling simple yang senang dan sedap...
hasil dari sekodeng umah sha..  terus tergoda..


RESIPI TAU FAU FA


TAU FU FA

Bahan:
tahu lembut
air gula melaka

Cara
kukus sebentar tahu lembut
angkat dan ketepikan
sediakan air gula merah
hidang dgn sirap air gula merah

*** BAHAN B (Air gula)
3 ketul gula melaka }
1/2 cawan gula putih
3 cawan air }
2 helai daun pandan }masak semua bahan hingga jd air gula
1 s/b tepung jagung }

*** gula merah, gula putih di masak dgn air, masukan jg daun pandan. masak hingga semuanya larut , bila dah sejuk tapiskan dan ketepikan.

Friday, May 25, 2012

TERUBUK MASIN



ikan ni pemberian dari kawan baik suami yang baru balik dari berkursus di Serawak.. x sangka pulak dia ingat belikan untuk kami... memang dah lama x makan.... apa lagi sedaplah makan tengahari tadi..
hehehe


RESIPI TERUBUK MASIN

 1 ekor ikan masin
1 biji bawang besar
3 biji cili merah
sedikit jus limau 

panaskan minyak goreng ikan masin terubuk.
bila hampir masak ketepikan sekejab
masukkan pula bawang serta cili goreng hingga separuh garing dan masukkan pula ikan terubuk masin kemudian masukkan sedikit jus limau. sebatikan dan angkat
sedap makan ketika masih panas panas

Wednesday, May 23, 2012

AYAM MERAH PES TOMATO


mesti ade yang tanya kenapa sejak kebelakangan ini akak asyik masak ayam je... heheheh.. sebenarnya anak akak masih bercuti sem jadi dorang ada di umah.. biasalah ayam jugaklah menjadi pilihan mereka.. akak ni pula suka memasak mengikut selera anak... sebenarnya akak ni memang kurang sangat makan ayam ayam ni.. tapi bukan bererti akak x suka..


semasa akak g demo masakan bersama chef ismail dan florence tan baru baru ni.. chef ismail ade g tau untuk buat puree tomato... senang je.. blend tomato dan masak bersama sedikit tepung jagung untuk jadikan pes kental... jadi akak test la kat masakan ayam merah ni.. ermmm pasti x mengecewakan.. memang sedap sangat.. warna masakan akak jadi merah terang sangat..



RESIPI AYAM MERAH PES TOMATO

1/2 ekor ayam - goreng 1/2 masak

bahan blend:
8 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia

2-3 biji tomato segar (blend bersama 1sm tepung jagung) - puree/pes
1-2 sb sos cili
1-2 batang serai - ketuk
1/2 biji tomato - hiris
1-2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang holland - potong kasar
1 biji tomato - potong baji
sedikit asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak menumis


panaskan sedikit minyak baki dari goreng ayam.
tumiskan bahan penumis dan di ikuti bahan blend hingga wangi
masukkan serai titik, ayam goreng, pes tomato dan sos cili, air asam jawa, gula dan garam.
kacau hingga rata dan masukkan bawang holland serta tomato. kacau dan angkat.


Monday, May 21, 2012

MASAK TUMIS UDANG BERKACANG

hari ni cukup mencabar rasanya.. x tahan sungguh dengan cuaca yang membahang kepanasan.. malam ni dah mula rasa nak sakit tekak.. cane ni cadang nak puasa esok... tapi x taulah..bila dah rasa tekak sakit suhu badan pun dah macam naik je....  dah setengah botol telan 100plus ni..
cuaca yang panas ni menyebabkan akak kurang nak memasak ni sebab badan rasa cepat letih je.. tapi wp macamana pun dapur akak ni tetap jugak berasap..


RESIPI MASAK TUMIS UDANG BERKACANG

250 g udang tajam
1/2 ikat kacang panjang - potong pendik 
2 biji cili merah - tumbuk
5 tangkai cili api - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1/2 biji bawang besar - potong bulat 
1-2 biji tomato - potong baji (jika suka)
sedikit serbuk kunyit
garam secukup garam
1/2 cawan santan
sedikit air
2-3 sudu minyak tumis


panaskan minyak.
tumiskan bawang tumbuk hingga wangi masukkan santan da sedikit air
biarkan mendidih sebentar
masukkan udang, balik balikkan dan masukkan kacang panjang, serbuk kunyit, bawang besar tomato dan garam
secukup rasa
didihkan sekali lagi hingga semua masak
sedia untuk dihidangkan

Friday, May 18, 2012

AYAM GORENG PERCIK


sedap masakan ni... ala ala ayam percik tapi digoreng...

siapa sudi nak cuba ayam goreng percik ni memang x rugi.. sedaaaaapppp... dan sempoy


ini contoh ayam yang telah dimasak didalam kuah kemudian di toskan dan di goreng sekejab..


ayam yang telah di goreng kemudian di siram kuah percik


RESIPI AYAM GORENG PERCIK

1 ekor ayam - potong beberapa bahagian

bahan blend:
20 biji cili api
10 ulas bawang kecil
5 ulas cili merah
2 batang serai
2" halia 
1/2" kunyit hidup
sepotong lengkuas

1/2 biji kelapa (ambil santan anggaran semangkuk sedang)
2 helai daun kunyit
5 helai daun salad - akak x masukkan
serbuk perasa secukup rasa
garam secukupnya

ayam dibersihkan dan potong mengikut suka hati.
cili padi, bawang kecil, cili merah, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup dan lengkuas di blend halus, kelapa diperah dan di ambil semangkuk santan
panaskan kuali dan masukkan bahan bahan yang di blend halus td, santan dan ayam.
kacau hingga sebati
kemudian masukkan daun  kunyit, salad, serbuk perasa dan garam.
biarkan ayam mendidih seketika 
angkat ayam yang sudah sedikit empuk tadi dan toskan kuahnya
kuah tadi di biarkan mendidih hingga pekat sambil terus dikacau.
gorengkan ayam yang di toskan sampai kuning dan toskan kembali
tuang kuah pada ayam ketika masa menghidang
siap dan sedia untuk di makan...

Thursday, May 17, 2012

KEROPOK LEKOR


Keropok lekor pemberian seorang kawan.. ia beri akak sebungkus jadi akak buat sebagai minum petang.. hari ni x de acara memasak sebab dapur akak ada masalah kat singki tersumbat sedang dalam baik pulih.. huhuhu.. hari ni masak lauk tunjuk je...


keropok ni akak makan dengan cili sos je.. jemput semua kengkawan...

Wednesday, May 16, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH WANGI


ayam goreng  ni akak hemtam je taruh bahan bahan serbuknya... ikut citarasa sendiri... masa menggoreng baunya amat mengancam.. 'rasa'nya belum tau lagikan... sesudah habis menggoreng barulah akak ambil seketul kecil.. errmmm sedap.. ambil lagi seketul... errrmm enaknya... lastnya banyak juga akak meratah.. hehehe.. kalau dah mulakan makan memang x mau berhenti...


ayam goreng berempah... errm sedapnya..
jom kita lihat bahan bahannya...


RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH WANGI

1/2 ekor ayam - potong kecil
2 sb serbuk kari ikan
1 sb serbuk cili
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 sb serbuk kunyit
1 sb pewarna merah sirap
sedikit garam
sedikit tepung gandum
2 tangkai daun kari
3 helai daun pandan - kerat
minyak untuk menggoreng


gaulkan semua bahan serbuk pada ayam hingga rata dan sebati
taburkan tepung garam danpewarna sirap
panaskan minyak terus goreng ayam dengan api sederhana
sambil menggoreng masukkan sikit sikit daun kari dan daun pandan
balik balikkan hingga masak dan angkat serta toskan.
sedia untuk dihidangkan

NASI GORENG UDANG KERTAS


Sarapan pagi ni makan nasi goreng.. udang kertas je.. 


masih berasap lagi ni....

NASI GORENG UDANG KERTAS

1 mangkuk sedang nasi goreng - gaulkan dengan sedikit garam
5-6 biji cili api - pecahkan
udang kertas secukupnya
1 ulas bawang putih - ketuk
1/2 biji bawang besar - potong melintang
2 kelopak sayur  - hiris
sedikit belacan
1-2 sb sos tiram 
sedikit minyak tumis

panaskan minyak tumis bawang bersama cili 
kemudian masukkan udang, sos tiram, belacan, nasi dan sayur.
gaulkan nasi hingga sebati dan rata.
siap untuk dihidangkan

HARI GURU


selamat hari guru buat guru guru... yang bergelar pendidik anak anak bangsa..


SELAMAT HARI GURU!!

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jiwamu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang


Tuesday, May 15, 2012

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS


atas permintaan dari rakan rakan JW brownise ni akak buat untuk majlis sambutan hari ibu dulu.. sebenarnya kalau ikutkan akak x cukup masa nk sediakan semua ni tapi kesian dengan kawan kawan teringin nk merasa jadi akak buatkan 2 buah kek termasuk pandan layer cake wp agak kepenatan sikit..

untuk bahan choc.brownise akak guna resepi kak fida... oleh kerana akak guna loyang saiz 10x10" akak buat 2 adunan untuk 2 layer (bawah dan atas)
untuk cheese akak guna resepi mrsdayat(myr) combinekan kedua dua resepi ni

* jika nak guna 1 adunan choc.brownise maka gunalah saiz loyang yang kecil iaitu saiz 8x8" sesuai. 
* untuk lapisan cheese guna 1 adunan (tiada perubahan)

akak sempat makan sepotong je ni.. sedap

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
 olahan sweet vanila

CHOC.BROWNIES KUKUS
kak fida

bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )

200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
4 biji telur
170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)
Cara-cara

Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
Tepung dan koko diayak bersama.
Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
 Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
 Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
 Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.Lebih mudah lagi jika menggunakan cutter(seperti dlm gmbr) utk mendapatkan potongan size bownies yg sama.
Hias brownies ikut selera. Di sini saya bubuh topping dgn choc. cair(200g) dan juga badam hiris yg dipanggang.

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
mrsdayat

Untuk lapisan cheese:

250gm cream cheese (kalau kat malaysia cari brand philadelphia.. selalu jual kat supermarket bahagian cheese/marjerin/susu)
60gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A

**untuk inti**
campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
##cara lapis##
masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar


Then kita buat pula TOPPINGnya bila brownies dah sejuk....

bahan2 yang diperlukan :-
300gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

cairkan semua bahan2 di atas menggunakan kaedah double boil juga...
kacau sehingga menjadi likat dan licin...biarkan ia suam2....
Tuangkan choc ganache ke atas permukaan brownies...
Biarkan coklat ganache tadi meleleh secara semulajadi...
Biarkan choc ganache mengeras sedikit dan kemudian hiaskan dengan strawberry dan choc yang diparut