Friday, June 14, 2013

DAGING GORENG SOS TIRAM CAMPUR


masakan main campak campak je.... masakan ni x pedas.. kanak kanak pun boleh makan.. x letak black pepper pun...

DAGING GORENG SOS TIRAM CAMPUR

1/2 kg daging - hiris / goreng dengan garam kunyit & goreng

bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

1 in halia - hiris mancis
sedikit karat - potong kasar dan panjang
4-5 untai kacang - potong 1"
2 sb sos tiram
sedikit air asam jawa
garam gula secukupnya
1 biji bawang besar - potong bulat
minyak menggoreng dan menumis

panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, masak seketika dan masukkan halia hiris masak hingga wangi.
masukkan daging yang telah digoreng tadi. gaul rata.
masukkan sos tiram dan air asam jawa. biarkan mendidih seketika.
bila dah sebati masukkan cili api, karat, kacang panjang, garam gula dan masukkan air (jika perlu).
akhir sekali masukkan bawang bulat. gaul rata tutup api.
sedia untuk dihidangkan

Thursday, June 13, 2013

PIZZA AYAM BLACK PEPPER


akak nak cuba resepi doh pizza yang akak jumpa hasil dari merayap hari ni... hehehe.. tapi akak telah gandakan resepinya sebab akak buat 5 pcs besar dan akak gunakan water roux dari resepi lain..
seperti biasalah jika akak buat pizza intinya memang akak olahkan sendiri.. akak lebih suka buat dengan cara bahan bahannya ditumis mesra barulah akak letakkan sebagai intinya.. sebab dengan cara ini rasanya lebih sedap dan rasa intinya lebih memikat selera sebab semuanya telah dimasak terlebih dahulu...x gitu..?


PIZZA AYAM BLACK PEPPER

Bahan Doh:

-400gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-20 gm gula
-12 gm yis basah + lebih kurang 40 gm air suam
-100-120gm air sejuk
-1 sudu makan mentega
-4 sudu makan water roux [ resepi water roux di sini]

Bahan Inti (resepi sendiri):

-5-6 batang sosej ayam - hiris
-300 g isi ayam - dadu / cincangkan
-1 tin cendawan butang - hiris
-sedikit sayur campur
-2 biji bawang holland - dadu kasar
-1 ulas bawang putih - cincang
-sos cili secukupnya
-sedikit black pepper hancur (beli jer) / tumbuk
-garam gula secukupnya
-sedikit minyak menumis
* sedikit air - jika perlu

Bahan sos:

-sos cili + sos tomato (gaul sekali)
-mayonis

Bahan hiasan:

-lada benggala hijau( itu je yg ada) * jika letak 3 warna lg menarik
2 biji tomato segar - hiris - bulat
-2 sudu teh oregano flakes
-2 sudu teh mix herbs
-250 g keju parmesan - pek siap hiris
-1 pek cheddar slice - potong

Cara-Cara:

panaskan minyak.tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga wangi.
masukkan ayam dan sosej hingga masak. masukkan sedikit air jika terlalu kering.
masukkan sayur campur dan cendawan tin. gaul rata.
masukkan cili sos dan taburkan black pepper.
perasakan dengan garam gula secukupnya.
angkat dan sejukkan.

adunan roti pizza:

Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
Masukkan gula, water roux dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Selepas direhatkan, tumbuk doh untuk membuang udara.
Bahagi doh kepada dua bahagian sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " pizza pan " [ aku guna tudung periuk je ]  dan ikut bentuk acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
cucuk cucukkan permukaan roti pizza dan bakar 5 minit dan keluarkan.
* Sapu permukaan doh dengan minyak(akak x buat)

Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
Letak sayur campur, lada benggala dan cendawan butang. Picit mayonis di atasnya.
Tabur parutan keju diikuti mix herbs dan oregano flakes.
Bakar 20 minit atau hingga masak.


LABU AIR TUMIS IKAN BILIS BERLADA HITAM



masak yang simple cam ni jika ada sambal belacan memang ngam sangat...

LABU AIR TUMIS IKAN BILIS BERLADA HITAM

Bahan-bahannya :
1 biji labu air sedang
sedikit suun rendam
sedikit fucuk - rendam
3 biji bwg merah,
1 ulas bwg putih,
2 sudu besar ikan bilis,
lada hitam sesedap rasa,
air ( utk kuah )
garam , gula n perasa.

Cara-caranya :
1. Kupas nipis kulit labu air dan belah dua. Kemudian potong kecil2.
2. Ketepikan dan rendam dalam air.
3. Tumbuk kasar bawang merag, bwg putih, ikan bilis n lada hitam.
4. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing dan isi air secukupnya.
5. Masukkan labu, sun dan fucuk
tadi beserta garam, gula dan perasa. Masak sehingga ia lembut, boleh la diangkat.

Tuesday, June 11, 2013

MURTABAK PRATHA


petang yang terajin.. hehehe.. wah.. bestnya dapat menyiapkan 5 keping roti pratha.. cukuplah untuk keluarga kecilku... tapi bila dah rasa sedap... rasa macam x cukup la pulak waakakaka... alahai... tapi x pe.. jika x cukup esok ada pasar malam.. beli je kat pasar malam hehehe... tapi di tempat akak ni bila tiba je waktu pasar malam.. ujan pun turun.. wp ujan turun sekejab tapi itu yang membuatkan akak terus jadi malas.. malas nak meredah jalan yang basah tu...
roti pratha ni akak masak dalam pan non stik je tapi akak guna dua pan ni...satu besar dan satu saiznya kecil sikit... mula mula akak bakar dalam pan yang besar sikit bila dah bubuh inti dan lipat akak alihkan ke pan yang kecil.. jadi dapatlah akak menyiapkan dengan cepat kannnn...

MURTABAK PRATHA
Resepi : sitimariam@MyResepi.com
Bahan :

2 keping Roti Paratha
Daging @ isi ayam - potong kecil-kecil @ cincang
2 biji Ubi Kentang - potong dadu
3 @ 4 sudu makan Rempah kari
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar  - potong dadu
Garam,Gula
Air
2 biji telur - 1 biji untuk 1 biji roti paratha

Cara membuatnya :

Masukkan daging ke dalam kuali, keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
Masukkan air, rempah dan kentang.
Masak hingga daging dan kentang empuk.
Masukkan bawang besar,garam dan gula. Masak sehingga kering.

Nipiskan roti paratha ( saya guna penggelek - sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat ).
Perlahan - lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..
Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu. Pastikan api perlahan
Letakkan 3 - 4 sudu makan inti dengan 1 biji telur ( pukul sikit telur tu ) - sebiji telur untuk sebiji roti...
Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak. Masak dengan api yang perlahan.




Kuah Bawang Merah
Resepi : Ros Jintan Manis
Bahan :
1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili maggi
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam

Cara :
 Hiris nipis bawang besar.
Kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam.
Simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

Sunday, June 9, 2013

UDANG GORENG NESTUM



dah lama betul x buat udang goreng nestum... kebetulan pula stok nestum banyak... di antara masakan yang tersedap... kalau makan di hotel memang mahal tapi bila buat sendiri boleh makan berulang kali...

UDANG GORENG NESTUM

20 ekor udang yang agak besar
10 helai daun kari
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar butter
3 biji cili api dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1/2 cawan nestum ( nak lebihkan pun, boleh juga tapi kena tambah butter)
minyak untuk menggoreng udang

Udang digaul dengan sedikit garam.  Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.
Masukkan pula nestum dan serbuk stok ayam. Gaul sehingga nestum nampak garing.  Matikan api. Masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali.  Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati.  Angkat dan hidangkan panas.

AYAM CILI API DAUN LIMAU PURUT


adaptasi dari resepi masakan sotong cili api daun limau purut.. oleh kerana masakan sotong dulu sedap.. akak pun mencuba masak dengan ayam pulak.. memang best.. sekali hidang santapan selesai... hehehe...

AYAM CILI API DAUN LIMAU PURUT

Bahan2 nya:

Ayam 1kilo - goreng 1/2 masak
Cili api 10 tangkai - Sy kurangkan 5 biji
Lada hijau besar 3 tangkai
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 2 ulas
Asam keping 1 keping,
Serai 2 btg - 1 btg blend dan1 btg serai dititik
Daun limau purut 4 helai - 2 blend 2 koyakkan
Kunyit,
halia 1 inci
Garam, gula,
serbuk pati ayam
Belacan 1 inci
minyak menggoreng

Caranya:

Sotong di bersihkan, toskan
Bawang, halia, kunyit, serai, daun limau, cili api, lada besar di bland, tumis, masukkan asam keping, belacan...tggu sampai wangi...masukkan garam, gula, perasa....tggu lg sampai btul2 kering...baru masukkan ayam....dah siap..tumis sampai btul2 kering,
resepi ni sungguh wangi..sb ada serai,daun limau purut...plus2 belacan....

BUNGA ROTI DAGING CINCANG


inilah akibatnya suka melihat master chef selebriti astro.. siap rakam lagi.. hehehe.. terus terpikat! x lama selepas tu nampak pulak friend kat fb buat.. apa lagi akak guna resepi dia je la.. senang keje akakkan...
nak tau kenapa akak punya kuning sangat.. x tambah pewarna pun tapi oleh kerana telur yang akak guna tu besar.. akak buanglah sikit putihnya.. bila siap.. fuuhh.. kuningnya egg toast akak ni... roti ni kena makan panas panas.. amat sesuailah untuk hidangan waktu petang..

BUNGA ROTI DAGING CINCANG
 zita ali fb

Bahan inti :

1 cawan isi ayam yg dicincang - (akak + sosej dipotong nipis kecil).
8 keping roti dibuang tepinya
8 biji telur size yang kecil - akak hanya stok a jadi akak buang sikit putih telur
1 st lada sulah
1 st serbuk lada hitam - akak x letak
3 sdb sos lada hitam
1 sdb kicap seasoning Maggi
1 sdb butter
1 biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit daun sup n oregano - akak guna oregano je
Sedikit gula, garam n serbuk perasa

Caranya :

Ambil roti n masukkan dlm acuan muffin n jadikan seperti mangkuk n ketepikan.
Panaskan kuali n masukkan butter serta bawang n tumis hingga layu. Setelah itu masukkan isi ayam n kacau sebati.
Masukkan lada sulah, lada hitam, sos lada hitam, kicap, gula, garam n serbuk perasa. Kacau sebati hingga kering n tutup api.
Masukkan inti kedlm mangkuk roti n pecahkan sebiji telur keatasnya n tabur daun sup n oregano...klw nk sedap, letaklah cheese kemudian bakar selama 15-20 minit pada suhu 180'C bergantung pada oven masing2...

Saturday, June 8, 2013

SAMBAL KENTANG IKAN BILIS



masak ala ala aje.. letih sangat...

RESIPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS GORENG

2 biji kentang - di kupas dan di potong wedges lalu di salutkan serbuk kunyit dan garam dan goreng. ketepikan.
1 cawan ikan bilis - bersihkan perut dan di goreng. ketepikan.
1 biji bawang besar - di tumbuk
1 ulas bawang putih - di tumbuk
5-10 biji cili api di hiris halus/di tumbuk kasar } ikut kepedasan sendiri
1 sudu sos tiram
1 st jus limau kasturi/asam jawa
garam gula
minyak menggoreng

panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan sos tiram, jus limau, garam gula. kacau sebatikan.
masukkan pula kentang, ikan bilis yang telah di gorengkan tadi dan tomato segar. gaulkan hingga rata.
sedia untuk di hidangkan.

MEE SIAM (BERKUAH)


menu dinner... mood nak makan mee hoon yang berkuah...  macam macam yang rakan fb syorkan tapi akak memilih untuk masak mee siam berkuah ni.. ermmmm.. sedapnya.. selalunya jika akak buat mee hoon singapore... mr hubby mesti request buatkan kuah sekali untuk dimakan dengan mee hoon singapore.. punsedap juga tau..

MEE SIAM (BERKUAH)

Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat/panas hingga lembut, toskan)
300 - 400 gm taugeh (bersihkan) - x de stok

Bahan-Bahan Utk Rencah Mee:

1 ¾ cawan lada kering kisar
4 biji bawang besar *
8-10 ulas bawang putih *
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
80 gm udang kering * (rendam)
sedikit belacan * (sikit jerr)
(Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
minyak utk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam (atau secukup rasa tp jgn bubuh terlalu byk krn belacan & udang kering juga memberi kemasinan pd bahan ini)

Cara

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini utk dibuat kuahnya.
2) Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dlm kuali tadi lalu digaul rata sebentar. Kemudian, masukkan pula udang yg telah digoreng sebentar tadi dan mee hoon lalu dikacau hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.

Bahan-Bahan Utk KUAH:

½ bahagian rencah mee siam
8 cawan air
¾ - 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yg lain dibiarkan kasar2)
180 gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
air asam secukup rasa (kira-kira 2-3 sudu makan)
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar2)

Cara Membuat Kuah:

Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa lagi yg perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sket je). Kemudian matikan api.

Bahan Taburan/Sampingan:

10 biji telur rebus
2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
daun kucai (dihiris)
limau kasturi (dibelah dua)
* sambal tumis

Sambal Tumis Ringkas:

1 cawan cili kering kisar }
1½ - 2 biji bawang besar }
sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar
2 sudu makan gula
1 sudu teh air asam (sket jer)
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional, saya tk taruk)
minyak secukupnya utk menumis

Cara:

Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan) sehingga garing. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.

Cara Menghidangkan Mee Siam Berkuah:

Bubuh secukup Mee Siam yg digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan mungkum. Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi. Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap disantap!!

PATI STRAWBERRY DAN MARINDA


rasa dulu pun akak dah sharekan di sini.. tapi kali ni akak letak kedua dua resepinya di sini.. akak guna esen star brand..

PATI STRAWBERRY 

3 kg gula pasir
1 botol oren sunquick (yg kecil)
1 botol esen pisang
1 botol esen pewarna merah
1 L air (+ 1/2 L jika suka cair sikit)

PATI MARINDA

3 kg gula pasir
1 botol esen oren
1 botol esen pisang
1 botol esen strawberry
1 botol pewarna merah 
1 L air (+ 1/2 L jika suka cair sikit)

cara:

- air dan gula dimasak hingga mendidih.
- masukkan pewarna hijau/merah dan oren sunquick/esen oren
- tunggu hingga mendidih kemudian masukkan esen pisang/strawberry dan biarkan mendidih selama 10-15minit

Friday, June 7, 2013

IBU SAMBAL


untuk pengetahuan pada yang bertanya dengan ibu sambal ni... gambar ni adalah sambal yang akak baru keluarkan dari sejuk beku...(sambal ni masih belum cair sepenuhnya ye...) kalau cair sepenuhnya.. rupanya agak cantik sikit.
cadangan akak sebaik saja sambal ni masak dan sejukkan dulu dan bahagikan dalam bekas sederhana yang sesuai untuk di frozenkan. sebekas lagi letaklah di ciller kerana memudahkan kerja memasak sebab ia tidak beku. sambal yang tahan 3 bulan jika di frozen dengan elok.
sambal yang memudahkan kerja memasak.. boleh masak apa saja yang diingini.. mee, mee hoon dll masakan.

IBU SAMBAL

Bahan A
500 g cili kisar
1 labu bawang putih
1 kg bawang besar
4 cawan minyak masak

Bahan B
250 g ikan bilis goreng *
500 g Gula pasir   } jk suka lebih manis boleh tambah
150 g Gula merah } nk guna gula putih semua pun x pe
200 g asam jawa (yang ini kena pandai agak-agak ya)

Cara menyediakannya:

Bahan A di kisar
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar
Masukkan bahan B
Masak sehingga secukupnya mendidih dan keluar minyak

** sejukkan betul betul baru disimpan

Thursday, June 6, 2013

MASAK LEMAK LABU + UDANG


lama x makan labu.. teringin la ni.. hehehe.. cuba resepi ini.. memang mabless... sedap sangat.

MASAK LEMAK LABU + UDANG

bahan2:

1/4 biji labu
udang- terpulang nak banyak mana
1 btg serai- dititik
2 keping asam gelugur
2 cawan santan
1 helai daun kunyit- hiris

bahan2 kisar / tumbuk lg sedap!

5 biji cili api (nak pedas leh tambah lg... kasi berasap!)
sedikit kunyit hidup
garam

cara:

labu disiang dan rebus sekejap
masukkan bahan tumbuk dlm kuali/periuk
masukkan santan, serai, asam keping dan didihkan
sentiasa dikacau, kalau x nnti pecah santan
masukkan udang dan labu td
didihkan sekali lagi dan kalau rasa dah ok boleh padam api.... dah siap!

NASI LEMAK TUMIS BAJET


teringin nak makan nasi lemak la pulak.... akak ikut cara kakak ipar akak jer... nasi lemak ni sebenarnya ringkas je tanpa santan.. jadi sesuailah akak namakan nasi lemak tumis bajet.. hehehe....
untuk sambalnya akak guna IBU Sambal yang telah akak pelajari di kelas masakan. oo.. memang mudah kerja memasak bila kita ada ibu sambal dah readymade.. tahan di simpan peti sejuk beku selama 3 bulan. jika ada masa.. nanti akak akan kongsikan resepinya ye..


NASI LEMAK TUMIS BAJET

Bahan : ( 5-6 orang )

3 cawan beras
3 cawan air (agak agak sendiri)
sedikit kayu manis dan bunga lawang
2 daun pandan -  kerat
1 cm halia - ketuk
1 batang serai - ketuk
2 biji bawang merah - hiris
sedikit pewarna hijau
garam secukup rasa
1 sb butter + 1 sb minyak

Cara memasak :

Panaskan kedua-dua minyak dan butter serentak, tumiskan bunga lawang dan kayu manis, bawang dan halia hingga garing di ikuti daun pandan
Masukkan air kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih tuang dalam rice cooker masukkan beras, serai dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa.

** Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis @ udang @ sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Utk nasi lemak hijau ni , tambah 1 sedikit pewarna

KIMCHAM GORENG TEPUNG


 sayur ni anak beli dari Cameron Highland. secara jujurnya akak tidak pandai masak dan makan sayur ni sehinggakan akak bertanya pada rakan kat fb... hehehe...  rupanya namanya Kimcham or Bunga Lily... segan bertanya sesat jalankan... namanya pun akak x tau.. hahaha... janganlah ketawa.. hehehe... salah seorang yang beri tunjuk ajar adalah IlahJY... terimakasih...  waa..memang sedap goreng tepung cicah bersama sos... x cukup sepeket...


KIMCHAM GORENG TEPUNG

sepeket kimcham
adunan tepung yang di bancuh seperti buat goreng pisang
minyak menggoreng

panaskan minyak
celup kimcham dan goreng. angkat dan toskan

** makan dengan cili sos

Wednesday, June 5, 2013

MASAK LEMAK LABU AIR FISH BALL


labu air ni pemberian dari rakan... katanya labu ni labu ni di bawa dari kampungnya d Jengka 11 Pahang.. besar sangat hingga boleh dikongsikan 4 orang.. akak pun dapat sepotong besar.. lantas akak terus x fikir panjang terus masak ni jer...

MASAK LEMAK LABU AIR FISH BALL

1/2 biji labu air - hiris ikut suka
1 labu bawang besar - hiris halus
2 batang lada merah - belah 2
5 biji fish ball besar - belah 2 (nak habiskan stok)
daun kunyit - siatkan
secukup santan
garam secukup rasa

Cara-cara

1.Mula-mula buangkn kulit labu air & potong ikut suka masing2 & bersihkn.
2.Kemudian,satukan kesemua bahan2 kecuali labu air @ timun di dalam periuk dan masak hingga mendidih dgn menggunakan api pelahan
3.Masukkan labu air dan gaul hingga rata.
4.Tambah santan jika perlu dan masak hingga labu air lembut...masukkan juga daun kunyit yg telah disiat sdkt.
5.kacau lg dlm 5 minit,isi garam