Monday, March 31, 2014

MASAK LEMAK SAYUR MERANTI BERSAMA KELEDEK


MASAK LEMAK SAYUR MERANTI BERSAMA KELEDEK

secara jujurnya akak baru pertama kali makan sayur meranti ni.. bukan x suka atau memilih tapi akak x pernah nampak orang berjual sayur ni.. entah macam mana terjumpa kat pasar malam tempat jual sayur kampung.. akak tanya sayur apa dan masak apa sedap sayur ni.. dia kata sayur meranti.. dan sedap masak lemak.. terus x fikir panjang.. beli RM2 cukuplah untuk kami makan berduakan..
x sangka pulak mr hubby akak cukup suka.. mulanya dia komplen x yah beli banyak banyak... bila dah masak ada pulak sambal belacan.. ermm memng memikat seleranyooo

BAHAN-BAHAN:

200gm pucuk meranti - akak celur sekejab
100gm ubi keledek - rebus sekejab
4 biji bawang merah | ditumbuk
10gm ikan bilis | ditumbuk
2 biji lada merah | dihiris kasar
10gm udang basah
sedikit karat - hiris halus *(akak tambah)
500ml santan
1 helai daun kunyit | disiat-siat kasar
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan yang ditumbuk, ubi keledek dan santan ke dalam periuk. Didihkan.
2. Apabila ubi keledek separuh lembut, barulah dimasukkan pucuk meranti, lada merah, daun kunyit dan udang basah. Kacau seketika.
3. Akhir sekali perasakan dengan garam.
4. Sedia untuk dinikmati.

AYAM GORENG 65


atas permintaan anak katanya balik nak makan sedap sedap.. rindu masakan mama la tu ye.. akhirnya akak buat sekali lagi resepi ni.. di sini.. dan siap pesan dalam mesej FB nanti dia balik tolong masak ayam goreng merah ni lagi.. huhuhu.. insyaallah adik.. nama gelaran di umah.. 

AYAM GORENG 65


Bahan A:

1 ekor ayam potong 10/12, bersihkan
1/4 cawan tepung jagung
1/4 sudu teh warna merah
1/4 sudu teh warna kuning
1 biji bawang besar }
4 ulas bawang putih} kisar
1 cm halia }
daun kari pulai
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:( kali ni akak letak sos)- hanya goreng saja

1/4 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
Minyak secukupnya

Cara

Gaul semua bahan A dan perap selama 4 jam atau lebih baik semalaman dalam peti ais. Goreng hingga masak, angkat dan sejukkan.
Panaskan kuali dengan api kecil, tuang sedikit minyak dan goreng ayam yang di perap tadi

 * (yang ni akak x buat..) - Masukkan cili dan tomato sos. Biarkan panas baru masukkan ayam goreng. Balik-balikkan hingga rata dan kering. Angkat. [jangan lelama]

KARI IKAN NYOK NYOK


kari ini juga adalah antara hidangan yang akak hidang pada tetamu rakan anak.. dari Kazaza Klang Selangor

KARI IKAN NYOK NYOK

BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ikan nyok-nyok ( 700 grm-1kg ) * akak beli ikan besar dapat 3X masak
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
4 biji tomato
2-3 cawan santan pekat
Garam dan air asam jawa secukup rasa

* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus .
   Buah tomato di cincang kecil-kecil .
   Boleh tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.

CARA MEMASAK:

-Bersihkan ikan nyok-nyok dan potong menjadi beberapa bahagian kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari kemudian masukkan cili kering kisar tadi dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra.
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan dimasukkan buah tomato tadi dan kacau sehingga buah tomato layu kemudian masukkan semua santan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan nyok-nyok tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa . Biar kuah masak dan mendidih , bila ikan dah masak boleh la ditutup api dapur .

RENDANG TOK


baru baru ni anak anak balik dan rakan sekerjanya pun ikut bersama kebetulan ada salah seorang rakan sejawat mereka mendirikan rumahtangga jadi di samping dorang g kenduri di Manjung dan berkelah di Teluk Batik sempat jugalah mereka singgah ke rumah..
harap jangan serik dengan juadah yang cik sediakan.. serba ringkas juadahnya ayam goreng 65, rendang tok, rendang Pulau Pinang, kari ikan nyok nyok, sayur khailan ikan masin, sambal belacan dan ulam..



RENDANG TOK tradisi Perak

A


500gram daging (diptg 2 inci)

10sudu makan kerisik
6 sudu makan gula merah
2setengah kilogram 
santan
Garam secukup rasa

BAHAN B (DIHIRIS)
2 helai daun kunyit
12 biji bwg merah
5 ulas bwg pth
1 inci halia
Setengah biji kelapa-tdk terlalu tua. (Dibakar dan diptg 2 inci memanjang)pu3 x boh bda ni.

BAHAN C(DIKISAR)


2 inci kunyit hdp

10 biji bwg merah
6 ulas bwg pth
2 inci halia
6 btg serai
2 inci lengkuas
1 sudu biji rempah
150 gram cili kering
Setengah sudu makan jintan manis
Setengah sudu makan jintan pth
Setengah sudu teh lada htm
2 inci kulit kayu manis
8 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
6 biji bunga lawang.

CARA MEMBUATNYA

1. GAUL DAGING DGN BAHAN YG SDH DIKISAR.

2.BIARKAN SEKETIKA,PALING ELOK SEMALAMAN.
3.MASUKKAN KE DLM KUALI ATAU PUN PERIUK DAN MASAK HINGGA DAGING LEMBUT.
4.MASUKKAN BAHAN2 YG DIHIRIS DAN BIARKAN HINGGA MENDIDIH.
KEMUDIAN,MASUKKAN KERISIK,SANTAN,GULA MERAH DAN GARAM SECUKUP RASA.
KACAU RENDANG HINGGA SEBATI DAN ANGKAT SELEPAS KUAH AGAK KERING.

Friday, March 21, 2014

AIR RENDAMAN HALUA KUNDUR


AIR RENDAMAN HALUA KUNDUR 

 petua yang di kongsikan oleh Dsy Haya Aimy.. rakan FB mekaseh.. sejak diberi ilmu ini hari hari akak minum terima kasih Haya...

tujuannya untuk sejukkan badan... rendam 5 ketul dalam air panas didih dan sejukkan 3-4jam (betul betul sejuk) dan minum.. makan sekali isi halwa kundur tu..

SOTO SINGAPORE


dengan resepi yang sama di sini.. tapi kali ni akak guna nasi impit pula.. dulu akak guna bihun je.. bihun lagi mudah kerjanya.. tapi itu sesuai untuk makan ramai ramai.. jika untuk 1 family je akak suka lagi makan dengan nasi impit.. sebab x payah nak masak nasi dan lauk pauk lain.. makan soto ni pun dah cukup kenyang.. Alhamdulillah.. dan bila guna nasi impit ni nama resepi ni soto ni yang sebenarnya adalah Soto Singaporelah ye...

RESIPI SOTO SINGAPORE

1 peket nasi impit - direbus kembang dan di toskan

1 ekor ayam(akak guna ayam berat hampir 2kg) - di potong 4 bhgn/bersihkan/rebus sekejab - untuk dapat stok/angkat dan toskan.
lumur garam kunyit dan goreng. angkat dan biarkan sejuk kemudian di hiris halus. ketepikan untuk hiasan.
* tulang ayam jangan di buang.

KUAH SOTO

BAHAN BLEND:
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1" halia

 PENUMIS:
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
1 biji bawang besar - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang

2 sb serbuk rempah soto(akak beli yang jenis timbang/bukan rempah mak siti-x suka!)
1" lengkuas - di ketuk
3 batang serai - di ketuk
sebungkus sup bunjut
sedikit minyak menumis
garam secukup rasa
air stok secukupnya/jangan cair sangat
1/2 kg santan

panaskan minyak. tumiskan bahan penumis, lengkuas, serai hingga wangi.
masukkan bahan blend, rempah soto dan tumis sehingga kering dan terbit minyak serta berbau harum.
masukkan stok ayam secukupnya sup bunjut dan tulang ayam serta garam serta santan. biarkan mendidih sepenuhnya. sebaiknya sehingga tulang ayam tu lembut.

BAHAN RAMUAN/HIASAN:

bawang goreng
taugeh - di celur @ di goreng tanpa minyak sekejab saja
kacang tanah - di goreng/akak beli siap yang bergaram sebab kacang tanah timbang kurang cantik
daun sup - di hiris halus
daun bawang - hiris halus
soun - di goreng
ayam goreng/siat

SOS KICAP:
segengam cili api secukupnya - di bersihkan dan di goreng dengan sedikit minyak dan angkat.
2 biji bawang putih cucuk garpu dan bakar dengan api dapo
5 biji limau kasturi/2 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit bawang goreng
1/2-1 cawan kicap manis
garam(opt)

campurkan semua sekali dan masukkan ke dalam blender.
siap untuk di hidangan ke semuanya..

AYAM GORENG 65


ayam ni akak pernah buat kat sini dulu.. tapi yang tu resepinya akak buat semua ikut resepi sosnya sekali tapi kali ini akak halfkan rsepinya.. akak hanya buat untuk ayam gorengnya saja tanpa sos.. rasanya lebih sedap.. terasa ayam mamak yang jual di restoren mamak tu

AYAM GORENG 65

Bahan A:

1 ekor ayam potong 10/12, bersihkan
1/4 cawan tepung jagung
1/4 sudu teh warna merah
1/4 sudu teh warna kuning
1 biji bawang besar }
4 ulas bawang putih} kisar
1 cm halia }

daun kari pulai - akak tambah
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:( kali ni akak letak sos)- hanya goreng saja

1/4 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
Minyak secukupnya

Cara

Gaul semua bahan A dan perap selama 4 jam atau lebih baik semalaman dalam peti ais. Goreng hingga masak, angkat dan sejukkan.
Panaskan kuali dengan api kecil, tuang sedikit minyak dan goreng ayam yang di perap tadi


 * (yang ni akak x buat..) - Masukkan cili dan tomato sos. Biarkan panas baru masukkan ayam goreng. Balik-balikkan hingga rata dan kering. Angkat. [jangan lelama]

RENDANG PULAU PINANG


resepi dari kawan belasan tahun yang lalu yang dah lama tersimpan.. hingga hari ni kawan akak yang bernama Sanita dah lama x ketemu.. apa khabarlah dia sekarang ni.. dari kejauhan akak doakan dia sihat dan telah mempunyai cahayamata agaknya.. jika Sanita terbaca akak mohon izin ye.. sharekan resepinya di sini... resepi ini adalah salah satu masakan dari Penang yang simple tapi sedap

RENDANG PULAU PINANG
resepi kawan lama.. katanya dari kakak iparnya yang menetap di PP

1/2 kg daging - hiris nipis dan bersihkan.
bahan perapan pada daging:
1/2 cawan kicap kipas udang -perap pada daging
2 sm gula kasar

300g bawang merah - blend dan hiris (simpan sikit untuk goreng dan tabur bila dah masak & ambil sedikit untuk menumis)
6 ulas bawang putih - blend dan hiris sikit untuk menumis
1/2" halia - blend
20 tangkai cili kering (buang biji) - blend halus
sedikit air asam jawa
1 st serbuk yang sudah di blend (jintan manis, jintan putih dan ketumbar - yang disangai)

penumis:
kulit kayu manis
bunga lawang
minyak untuk menumis

cara:

daging diperap selama 1/2 jam - 1jam( lagi lama lagi baik)
panaskan minyak dan gorengkan bawang untuk dijadikan bawang goreng hingga keperangan dan ketepikan.
panaskan pula minyak untuk menumis.
masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang serta sedikit bawang merah dan bawang putih sebagai penumis. goreng sehingga naik wangi.
masukkan baki bawang yang telah di blend hingga agak layu masukkan cili kering blend. masak hingga terbit minyak
masukkan daging yang telah diperap tadi.
perhatikan: jika daging belum empuk masukkan air. biarkan ia mendidih dan daging lembut.
kacau hingga sebati dan masaklah sehingga naik minyak.
apabila dah kering tutup api dan masukkan bawang goreng. gaul hingga rata.