Monday, September 22, 2014

MEE SERI MAHARANI


assalamualaikum...
dah lama akak x bsersiaran di blog... jenguk blog kawan kawan pun x berkesempatan..
sejak kebelakangan ini akak agak kurang sihat asyik buat rawatan sahaja.. tapi x tau sakit ape lagi.. tu yang musykilnya... banyak pula jadi tanda tanya,,

ok di sini akak nak kongsikan resepi yang menjadi febret keluarga akak... dulu pun akak pernah buat juga di sini.. selalu menjadi hidangan di hari raya...

MEE SRI MAHARANI
moh weh ke dapur akak

1 kg mee kuning - dicelur
100 g udang kering - basuh, rendam dan blend
100 g daging - potong kecil
100 g udang hidup - dibuang kulit
150 g sotong merah - potong kecil
50 g kacang tanah - di sangai dan blend
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
10 tangkai cili kering  } blend
5 ulas bawang merah } bersama
2 ulas bawang putih - ketuk
5 biji telur
1 pokok sawi
600 g tulang - rebus
minyak untuk menumis

panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning, cili blend hingga naik minyak dan masukkan udang kering.
masukkan kacang tanah goreng hingga naik minyak.
masukkan daging, sotong, udang, air rebusan tulang, sos cili / tomato dan jerang hingga pekat dan mendidih baru masukkan batang sawi. kecilkan api pecahkan telur sebiji sebiji (jangan di kacau) tutup periuk sekejab dan masukkan daun sawi dan tutup api.
kuah mee sri maharani dicurah di ats mee ketika hendak makan.

No comments:

Post a Comment