followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 27, 2012

MEE SERI MAHARANI


pernah dengar mee seri maharani..? rasa mee ni sedap sangat. sebab apa di panggil mee sri maharani? mungkin kerana mee ni macam macam ada di dalamnya... mungkin sebab tulah agaknya dia di beri nama Maharani.. raja segala mee..
mee sri maharani ni adalah menu masakan keluarga kami setiap kali ada jamuan atau pun open house ketika raya... memang akak x mis masakkan mee ni untuk menjamu selera tetamu apatah lagi keluarga kami sendiri sebab 100% semua sukakan mee ni.. sebab utamanya keran mee ni sedap.. 

MEE SRI MAHARANI
moh weh ke dapur akak

1 kg mee kuning - dicelur
100 g udang kering - basuh, rendam dan blend
100 g daging - potong kecil
100 g udang hidup - dibuang kulit
150 g sotong merah - potong kecil
50 g kacang tanah - di sangai dan blend
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
10 tangkai cili kering  } blend
5 ulas bawang merah } bersama
2 ulas bawang putih - ketuk
5 biji telur
1 pokok sawi
600 g tulang - rebus
minyak untuk menumis


panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kuning, cili blend hingga naik minyak dan masukkan udang kering.
masukkan kacang tanah goreng hingga naik minyak.
masukkan daging, sotong, udang, air rebusan tulang, sos cili / tomato dan jerang hingga pekat dan mendidih baru masukkan batang sawi. kecilkan api pecahkan telur sebiji sebiji (jangan di kacau) tutup periuk sekejab dan masukkan daun sawi dan tutup api.
kuah mee sri maharani dicurah di ats mee ketika hendak makan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...