Tuesday, March 17, 2015

CREAM CHEESE BAR


sedapnya.... dan sukanya....

CREAM CHEESE BAR
sky blue's kitchen

Bahan-bahan ( 20 keping [approx. 1.5"x3"] )

250g cream cheese (suhu bilik)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil lemon butter atau jus lemon
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 keping puff pastry

Topping
1 sudu besar majerin atau mentega (cairkan)
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar gula halus

Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 180C.
Pukul cream cheese bersama gula sehingga jadi krim. Masukkan lemon butter dan esen vanilla, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
Lapis 8"x8" loyang dgn baking paper, letak satu keping puff pastry yg telah dicucuk-cucuk dgn garpu. Klu takde baking paper, griskan loyang.
Masukkan campuran cream cheese dan rata-ratakan. Tutup cream cheese dgn sekeping puff pastry.
Sapu permukaan puff pastry dgn majerin, biar basah sikit. Gaulkan gula dan serbuk cinnamon, taburkan di atas permukaan puff pastry.
Bakar selama 20 minit atau sehingga perang. Biar sejuk sebelum dipotong. Boleh disimpan dlm peti sejuk, rasa lebih enak keesokan.

Monday, March 16, 2015

BUBUR AYAM


rasa dedor.. inilah pembuka seleranya..

BUBUR AYAM

Bahan-bahan ( 3-4 org )
1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
sedikit garam
1 liter air

 * GARNISH * lada merah daun bawang n daun sup sedikit mninyak bijan * AKSESORI TAMBAHAN * ikan bilis n kacang digoreng lada jeruk telur masin - akak tukar ikan tenggiri masin

Cara-cara

Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit.
** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap...


Sunday, March 15, 2015

TOMYAM +


masak simple je.. x sempat nk masak yang lain.. sebab harini nak menghadiri kelas masakan kek.. untuk en suami... ini je yang sempat disediakan ye... rasanya dah ok kut sebab dalam tomyam ni dah ada perbagai campuran dalamnya.. menu wajib ikan goreng pun telah disediakan.. hehehe..

TOMYAM +

 Bahan-Bahan :

1. Ayam - potong dadu
2. Udang - beberapa ekor
3. Perencah tomyam
4. Kiub tomyam knorr - separuh
(tamak tol, dua2 perencah pon pakai ehehe)
5. Bawang putih 3 ulas - diketuk kuat2
6. Bawang besar holland (kuning) setengah labu - dipotong wedges
7. buah tomato - 1 bijik
8. Carrot - dipotong bulat or manjang
9. Cauliflower / bunga kobis - potong2 gak
10. Baby corn - belah 2
11. 1 batang celeri - potong2
12. Serai - 1 batang - sila ketuk
13. Daun limau purut - 7 / 8 helai
14. Cuka makan / limau nipis  / limau kasturi (agen pemasam)
15. Garam
16. Gula
17. Minyak masak - 1 sudu jek
18. Kalau suka pedas sila tambah cili padi ye (tapi version hari ni can x letak cili padi)
19. air secekupnya

** nampak jek banyak cam berbelas2 bahan tapi eksyen jek tu, yg sebenonye main campak2 aje, jgn risau**

Cara-cara : 

1. Amik satu periuk dan masukkan dlm 1 sudu minyak masak (mmg sikit sgt ye just nk tumis bwg putih 3 ulas tu jek)
2. Tumis bawang putih yg dah diketuk sampai kekuningan n ada bau wangi
3. Masukkan air (sebyk mana korg nak kuah tu)
4. Masukkan perencah tomyam adabi setengah packet
5. Masukkan jugak serai  
6. Tunggu sampai mendidih
7. Dah mendidih kalu, masukkan plak setengah kiub tomyam knorrr
(haaa, jemah guna dua perencah jgn xtau, rasa lebih enak ditekak jemah kalo buat gini)
8. Kacau2 godek2 kasi mendidih lagi
9. Masukkan plak ayam
10. Dah agak nmpk kaler ayam tu dah bertukar, masukkan plak gula & garam
11. Masukkan cuka / perahan limau kasturi / limau nipis (can suka guna cuka)
12. Masukkan plak semua daun limau purut
13. Kemudian, hirisan bawang holland tadi
14. Kasi sebati sekejap sambil kacau2 sket
15. Masukkan udang
16. Then masukkan segala sayuran tadi kecuali tomato
17. Masak kejap jek sayur tu then masukkan tomato, terus tutup api. Takyah lama2 nnt buah tomato hancur

Saturday, March 14, 2015

NASI GORENG BUNGA KANTAN


dah lama x buat nasi bunga kantan salah satu sebabnya kantan sekarang ni mahal.. tp baru baru ni jumpa bunga kantan kat pasar rm1.. dan sebab keduanya malasssss... heheh

NASI GORENG BUNGA KANTAN

Bahan2nya:
1 mangkok nasi sejuk * untuk 2 orang ok,kalau untuk ramai kena tambah lah ya
5 ekor udang besar,kalau kecik pun ok tapi kena tambah sikit lah
3 sekor udang - hiris bulat
1/2 kuntum bunga kantan besar - dihiris
4 biji cili padi - potong kasar
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 biji bawang besar - tumbuk
1 sm udang geragau - tumbuk
sedikit carrot                        }
sedikit kobir ungu - hiris       } boleh jugak sayuran fav lain ya.
sedikit daun bawang - hiris    }
1 sudu sos tiram (jk suka tp akak x letak)
garam secukupnya
sedikit minyak menumis

Cara nya

Panaskan sedikit minyak dalam kuali
goreng sebentar udang dan sotong yang sudah digaul garam kunyit. ketepikan
dan tumislah bahan tumbuk dan bawang sehingga wangi, masukan udang geragau,
masukkan sayuran kecuali daun bawang, kacau rata,
kemudian masukan nasi dan bunga kantan dan gaul rata,
d ikuti dengan udang dan sotong yang telah digoreng terlebih dahulu
rasa garamnya (hati hati sebab dah ada udang geragau) serta akhir sekali masukkan daun bawang
ready untuk dihidangkan taburkan sedikit daun bawang kat atas untuk kelihatan lebih menawan dan sedap dimakan tapi kalau tkde pun ok nasi goreng tu boleh makan jugak

Friday, March 13, 2015

IKAN TENGGIRI MASAK KURMA @ PUTIH


ubah selera kurma ayam kepada ikan pula...
dah lama ternampak resepi Ilahjy ni d fb.. tapi baru sekarang mencuba masak kurma ikan ni.. tu pun setelah dapat ikan yang bersesuaian dengan yang Ilahjy warwarkan..
jom layan resepinya...

IKAN TENGGIRI MASAK KURMA @ PUTIH

Bahan2nya:

4 keping ikan tenggiri
2 sudu besar rempah kurma
Bawang kecil, halia, bawang putih dimayang
2 kuntum Bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga Sedikit jintan manis
Sedikit halba Sedikit biji sawi
2 keping asam gelugor
Santan pekat secukupnya
Daun limau purut
Cili hijau potong serong
Cili merah potong serong

Caranya:

Tumiskan kesemua bahan sehingga kekuningan dan wangi Masukan sedikit air dan serbuk rempah kurma Setelah pecah minyak masukkan santan, ikan, asam, cili2, daun limau dan garam Masak dengan api perlahan sehingga semua empuk.

KETAM TELUR MASIN


malas nk mengomel hari ni.. masakan kegemaran keluarga ni...

KETAM TELUR MASIN

1. Ketam bunga - 3 ekor (potong setengah)
2. Kuning telur masin - 5 biji (direbus)
3. Bawang putih - 3 ulas (dicincang)
4. Cili padi - 8 biji (dicincang)
5. Tepung kanji - 2 sudu besar)
6. Mentega - 2 sudu besar
7. Susu cair - 2 sudu besar
8. Daun kari - 5 helai
9. Garam & lada sulah secukupnya

1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya
2. Gaulkan ketam bersama tepung kanji & goreng di dalam minyak yang banyak. Toskan & angkat. Ketepikan
3. Tumis bawang putih yang dicincang bersama mentega dan kuning telur masin yang juga dicincang dengan api perlahan
4. Masukkan daun kari dan susu cair
5. Masukkan ketam yang digoreng tadi, gaul mesra
6. Perasakan dan sedia dihidangkan

Thursday, March 12, 2015

CREAM PUFF


kali ni akak try resepi yang sedap dari maz abdul... tapi punya terlajak comeyyy la pulakkan.. x seperti maz buat tu sekali ngap je hage 30sen sebiji... hehehe..

 CREAM PUFF
250ml air
100g butter
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
125g tepung gandum
2 biji telur gred A

Cara membuatnya:

1. Satukan air,gula,garam,butter dan esen vanila dlm periuk. Panaskn atas api hingga mendidih.
2. Bila dan mendidih,kecilkn api,masuk tepung dan kacau cepat2 hingga sebati dan tepung tak lekat pd tepi periuk. Angkat dan tunggu hingga adunan sejuk.
3. Bila adunan dah sejuk,pukul telur guna garfu dan masuk dlm adunan. Gaul sebati guna senduk kayu atau putar guna mixer.
4. Masuk dlm piping bag dgn nozel star or nozel semperit.
5. Paipkn atas loyang yg telah dialas dgn baking paper.
6. Bakar pd suhu 180'C selama 30 minit bergantung pd saiz cream puff dan oven masing2.
7. Bila cream puff dah berwarna keemasan baru angkat ye..
8. Tunggu sejuk baru paipkn inti.

Resepi Vanilla Custard

Bahan2:

500ml susu segar
25g tepung kastard
25g tepung jagung
125g gula pasir
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bhn dlm periuk, bancuh sebati dan masak guna api perlahan hingga kastard menjadi pekat dan meletup letup.
2. Sentiasa kacau supaya kastar licin dan cantik.
3. Tunggu kastard sejuk baru paipkn dlm cream puff.
Perhatian:
1.Jika cream puff mengecut selepas keluar dr oven,itu bermakna sukatan telur berlebihan.. Jika menggunakn saiz A,sukatannya 2 hingga 2 setengah biji shj.
2. Kacau rata kastard atau putar guna mixer supaya lebih mudah nak paipkn dlm puff.
3. Cream puff yg sempurna kejadiannya akan berlubang ditengah2 dan sedia utk dipaipkn kastard.

** tabur snow powder

Sekian slmt belajar..

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI


harini dengan hati yang terbuka mengaku... selera betul makan.. x sedar menambah nasi...!! 
memang sedap telur ni digandingkan bersama pucuk ubi..

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI
aroma tradisi

4 biji telur itik - bersihkan terlebih dahulu
10 tangkai cili api - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik
1/2 ikat pucuk ubi - celur
1 helai daun kunyit - ikatkan
sdkt serbuk kunyit (lebih cantik guna kunyit hidup - tumbuk)
sekeping asam keping
garam secukup rasa
semangkuk kecil santan

masukkan santan bersama bahan tumbuk, serai, asam keping, kunyit hidup, garam dan masak sambil mengacau sentiasa hingga mendidih
kecilkan api dan masukkan telur sebiji demi sebiji. tunggu sebentar hingga telur hampir keras dan masukkan pula daun puncuk ubi.
besarkan api dan sentiasa mengacau hingga mendidih sekali lagi
hidangkan

Wednesday, March 11, 2015

KEPAK AYAM PANGGANG HERBA INGGERIS


dah jemu asyik ayam panggang style melayu.. jum kita buat cara omputih pula... jika guna herbs yang segar lebih fresh rasanya.. biasanya tesco berdekatan rumah akak ada jual perbagai herbs inggeris ni tapi malangnya time akak nk cari kat tesco nasib x menyebelahi akak.. kalau akak x nak guna selalu je nampak kat tesco.. terpaksalah guna herbs kering jer..

KEPAK AYAM PANGGANG HERBA INGGERIS

6 keping kepak ayam - toskan betul betul kering
2 ulas bawang putih - cincang
4 jenis herba inggeris secukupnya :
- thyme
- oregano
- rosemary
- sage
sedikit garam
sedikit gula
serbuk lada hitam secukupnya
1/2 biji jus lemon
minyak zaitun / minyak masak - akak guna caratino

gaulkan ke semua bahan di atas hingga rata dan perapkan semalaman @ paling kurang 20 minit dalam ciller.
panaskan oven 190'
keluarkan dari peti ais dan susun atas tray yang di alas aluminium foil.
bakar selama 20 minit @ hingga masak 

SOS HITAM (yang ni akak tambah)
* sos ini juga boleh di siram pada ayam nasi ayam..

250ml stok ayam
kicap manis
1/2cup sos tiram
garam dan gula secukupnya
bancuhan tpg jagung }
serbuk cili               } gaul sekali dengan air secukupnya
serbuk lada hitam    }
cara

dlm periuk satukn stok ayam, kicap, sos tiram dan garam. masak hgga didih dan cmpurkn bancuhan tpg jgg. masak hgga pekat dan tutup api.

AISKRIM ABC


ada yang kata resepi ni dari thailand tapi di Rantau Panjang Kelantan pun popular juga...
sangat sangat sedap ni... 
jom cuba,,

AISKRIM ABC 

pulut
roti potong kiub kecil
sagu merah
sagu hijau
jagung creamer
agar agar kosong yg diwarnakan
aiskrim scop
tabur kacang tumbuk..

di mulakan dengan pulut roti dan seterusnya ikut saja susunan resepi di atas..di akhiri dengan beberapa scoop ais krim serta taburan kacang serbuk
siap bolehlah dinikmati.

CUCUR UDANG GERAGAU


cucur yang sedap di kala ujan...

CUCUR UDANG GERAGAU 

Bahan-bahan :
200 gm udang geragau kering
2 cawan tepung
1 sudu kecil yis
1/2 st b.powder
1 biji bawang besar - dadukan
2 biji cili merah - tumbuk
Daun sup & daun bawang
sdkt serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 1/2 cawan air (kurangkan sikit)
minyak untuk menumis

Cara -cara :

Udang dibersihkan dan toskan.
Dalam sebuah bekas masukkan tepung, yis, baking powder, bawang dan cili. Gaul rata.
Masukkan udang geragau dan kacau bersama air sedikit demi sedikit hingga rata.
Biarkan adunan dalam 10 minit.
Panaskan minyak dan kaupkan dengan jari dan goreng cucur hingga kekuningan dan garing.
Sedia dihidang. Sedap dimakan bersama sos cili atau mayonis.

RENDANG KERANG


menurut yang berkongsi resepi ni katanya resepi ni berasal dari Branang N9..
untuk pengetahuan... memang sedap sangat rendang ni.. wp hampir sama dengan rendang Perak tapi x serupa. rendang N9 ni lebih pedas dan warnanya pun menarik..

RENDANG KERANG
 Chef dapur Panas

400 g isi kerang
2 biji bawang merah }
10 biji cili api          } Blend
2 in halia - hiris
2 in lengkuas hiris
2 in kunyit hidup - hiris
2 batang serai (1 ketuk & 1 hiris)
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 helai daun limau purut - carikkan
1 keping asam keping
2 sb kerisek
50 ml santan
garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

panaskan sedikit minyak dan tumisan bahan blend hingga kering.
masukkan halia lengkuas dan kunyit hidup serta serai yg telah d hiris. gaul rata.
masukkan kerang dan serai titik. sebatikan.
masukkan santan dan asam keping. biarkan ia mendidih sekejab.
masukkan kerisek daun limau purut, garam gula secukup rasa. kacau hingga kering.
akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah d mayang halus.
kacau sebati dan angkat

Saturday, March 7, 2015

MAXICO CHA KUIH (CHURROS)


nampak kurus pulak maxico cha kuih ni... dulu akak buat gebu gebas.. mungkin kerana kali ni akak guna nozel bintang.. dulu akak buat guna nozel bulat tanpa bintang je...
memang sedap kuih mat salleh ni untuk hidangan petang bersama teh tarik... 
resepi ni akak belajar d kelas Chef Han yang akak sertai... dah lebih 10 th yang lalu.. lamanya terperamkan.. hahaha... menurut Chef Han kuih ni berasal dari maxico.. kiranya ni kuih cakoi ala ala maxicolah katakan...

MAXICO CHA KUIH (CHURROS)

A)
250 g air
100 g butter
2 g garam
B)
150 g tepung
2 g serbuk penaik
C)
2 bj telur
D)
20 g caster sugar - hiasan
minyak masak

masak A) sampai didih. tutp api dan tambah bahan B) gaul cepat cepat sampai sebati

pindahkan ke mixer. pukul sampai sebati dan masukkan telur. sebatikan lagi

masukkan campuran ke dalam piping bag dengan menggunakan nozel kesukaan. tekan  keluar ke dalam minyak masakan yang sudah dipanaskan. angkat dan toskan.

taburkan gula caster dan sedia dimakan

** untuk senang masak dalam kuali non stick
** gunakan penyepit besi untuk angkat dr minyak
** paipkan ke dalam minyak dan putuskan ke tepi non stick # jk x biasa boleh gunakan gunting sz sedang untuk memutuskan adunan yang telah dipaipkan

Wednesday, March 4, 2015

JAGUNG MANIS KUKUS


kudapan petang.. yang sedap

JAGUNG MANIS KUKUS
Resepi Asal : KAK AZIE 

 Bahan-bahan ( 4-5 orang )
500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )>>nak guna yg freash pun ok kalau rajin sbb lagi sedap!
 2 s b butter
 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
secubit garam

Cara-cara

Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :) Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..


Tuesday, March 3, 2015

KEK BUAH MULBERRY


buah Mulberry ni pemberian dari rakan setaman...yang sebenarnya untuk kek ni kena guna buah ni sebanyak 250 g tapi yang akak dapat cuma 180 g shj.. jadi baki yang kurang tu akak tambahkan kismis kuning sebab itu je yang ada stok kat umah ni..
dulu akak pernah buat kat sini..


KEK BUAH MULBERRY

Bahan ‘A’ 
90 gm minyak jagung 
150 gm gula castor 
3 biji telur gred A 

Bahan ‘B’
 250 gm tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh soda bikabornat ( semua bahan dicampur dan diayak ) 
1 sudu besar air limau + 3 sudu besar susu segar

Bahan ‘C’ 
180 gm buah melbery segar (stok yang akak ada hanya 135g) 
70 gm kismis kuning
½ sudu teh soda bikabornat ( semua bahan ini di gaul rata )

Cara: -

Putar telor dan gula hingga kembang. 
-Perlahankan mesin tuang minyak jagung sambil diputar perlahan hingga sebati. 
-Masukan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu bercampur air limau kacau rata hingga adunan sebati. 
-Masukan buah-buahan kedalam adunan hingga rata. 
-Tuang adunan dalam tin pembakar yang telah beralaskan kertas pembakar serta digris dengan mentega atau minyak. 
-Bakar adunan kek hingga masak.

IKAN MASAK LEMAK CILI API BERKARI


Memang dah x de idea nak masak ni...

IKAN MASAK LEMAK CILI API BERKARI

3 ketul ikan Nyok Nyok
8 tangkai cili api - tumbuk 
1 batang serai - ketuk 
1 biji tamato - belahkan 
1 sb serbuk kari
3 helai daun limau purut -koyakkan 
sedikit serbuk kunyit 
2 cawan santan pekat 
2 keping asam keping 
sedikit garam

didihkan bahan tumbuk santan asam keping dan serbuk kunyit serta serai. setelah itu masukkan ikan garam serta sernuk kari. didihkan sebentar barulah masukkan tomato dan daun limau purut. sekali lagi didihkan sambil sentiasa dikacau. tutup api.

AIR MATA KUCING


menghabiskan stok buah mata kucing yang akak beli d hadyai.
 cuaca sekarang yang panas terik ni memang sesuai sangat minum air mata kucing ni untuk menghilangkan panas badan.. sebenarnya cuaca mcm ni tekak akak dah mula perit.. bila dapat minum ni lega sikit sakit tekak akak ni..

AIR MATA KUCING

buah mata kucing kering - basuhkan
air untuk merebus secukupnya
gula untuk beri rasa manis secukup rasa
ais kiub secukupnya

masak air mata kucing dengan air secukupnya
bila dah mendidih dan buah mata kucing sudah kembang tutup api.
biarkan sejuk sepenuhnya
tuangkan air rebusan bersama buah mata kucing ke dalam jug.
masukkan gula secukupnya bersama ais kiub

SAMBAL HIJAU


asalnya akak dapat sambal dari gift kelas masak.. sedap sangat.. kemudian akak pun teringin nk mencubanya sendiri tapi x berani nk buat banyak cukuplah sekadar nk rasa dan sama x dengan sambal yang akak dah rasa.. boleh tahan.. memang seakan sama tapi akak punya ni terlebih ikan bilis je.. tapi sedap ehh..

SAMBAL HIJAU

bahan blend: (penumis)

10 tangkai cili api 
2 tangkai cili hijau
5 ulas bawang merah 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

segenggam ikan bilis - bersihkan goreng sekejab dan blend (jangan hancur)
air asam jawa secukupnya
sedikit belacan bakar - hancurkan
garam gula
minyak untuk menumis

panaskan minyak goreng ikan bilis sebentar dansejukkan untuk blend
gunakan minyak yang sama (kurangkan dulu) 
tumiskan bahan blend penumis. masak hingga naik bau dan masak hingga betul betul cili masak supaya ia x mengeluarkan bau cili.
masukkan air asam jawa secukupnya dan belacan
bila hampir kering masukkan ikan bilis. masak hingga kering
masukkan gula dan garam secukupnya.
tumiskan sehingga naik minyak untuk beri tahan lama.