followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, June 7, 2012

KEK BUAH MELBERY


akak memang x bercadang nak buat kek Melbery ni... setiap kali tengok rakan fb poskan gambar kek ni hati gelora nak buat tapi x berupaya sebab x de buah melbery ni..
tapi... semalam tetiba rakan setaman hantar akak buah ni.. huhuhu.. gembira buka kepalang... tapi setelah sukat.. sedikit dukacita sebab buahnya hanya ada 135g sahaja.... huhuhu.. sekali lagi mengeluh... wp gitu.. hati tetap nak buat gak.. sebab nak rasa kek ni.. jika akak x buat  makna akak telah melepaskan peluang ni.


buah melbery segar.
hanya perlu di buang tangkainya, cuci bersih dan lap kering


KEK BUAH MELBERY
fb zaleha yet

Bahan ‘A’
90 gm minyak jagung
150 gm gula castor
3 biji telur gred A

Bahan ‘B’
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabornat
( semua bahan dicampur dan diayak )
1 sudu besar air limau + 3 sudu besar susu segar

Bahan ‘C’
250 gm buah melbery segar (stok yang akak ada hanya 135g)
250 gm buah-buahan campuran kismis
½ sudu teh soda bikabornat
( semua bahan ini di gaul rata )


Cara:
-Putar telor dan gula hingga kembang.
-Perlahankan mesin tuang minyak jagung sambil diputar perlahan hingga sebati.
-Masukan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu bercampur air limau kacau rata hingga adunan sebati.
-Masukan buah-buahan kedalam adunan hingga rata.
-Tuang adunan dalam tin pembakar yang telah beralaskan kertas pembakar serta digris dengan mentega atau minyak.
-Bakar adunan kek hingga masak.


kek yang lembut dan lembab..


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...