Friday, November 30, 2012

BIFSTIK KENTANG


terimakasih kak ruby dengan resepi yang sedap ni.. dah x tau nak masak ape...  setelah buat lawatan mengejut ke rumah kak ruby.. hati terpaut dengan resepi yang di kira senang menyediakannya.... lagipun nak habiskan stok kentang.. sekarang ni pun dah x boleh nak memerap lama lama kat dapur.. banyak keje lain yang perlu di uruskan.. 


BIFSTIK  KENTANG

 Bahan :
5 biji kentang
50 gm udang kering
2 cawan air asam jawa
Garam secukupnya
 Sedikit  gula
Minyak untuk tumis

Bahan tumis :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 cili kering

Bahan untuk hiasan :

Daun bawang
Daun sup

Cara :

Bersih kentang, kemudian rebus hingga empuk, kupas kulit dan potong memanjang, ketepikan.
Udang kering ditumbuk hancur,  ketepikan.

Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga naik bau wangi..…masukkan udang kering yang ditumbuk tadi, kacau sebati, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga pekat, masukkan kentang rebus tadi kacau sebati, tutup api.

Hidang dan hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.* (dah hiris tapi lupa letak masa sesi bergambar.. huhu..)

Thursday, November 29, 2012

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - KEK SPAN COKLAT II


dalam kesibukkan yang melanda akak sejak kebelakangan ni Alhamdulillah... sempat juga akak menyiapkan kek ni..


KEK SPAN COKLAT
RECIPE BY : Aunty Yochana
REFERENCE : Zack (Aku.Zack)
TRIED BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan A:
3 biji kuning telur saiz A ATAU 4 biji kuning telur saiz B
100 gm gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp soda bikarbonat
50 gm minyak jagung
1 tsp esen vanilla
~ Campurkan semua bahan di atas dan gaul rata menggunakan senduk kayu atau ballon whisk hingga sebati.

Bahan-bahan B:
3 1/2 putih telur saiz A ATAU 4 1/2 putih telur saiz B (Naz guna 3 biji putih telur saiz A jer)
1/4 tsp cream of tartar - optional (Naz tak guna)
60 gm gula kastor
~ Dalam sebuah mangkuk yang bersih (pastikan tiada kesan minyak atau kuning telur), pukul putih telur bersama cream of tartar selama 2 minit hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga adunan bertanduk (adunan perlu menjadi ringan, gebu, putih dan bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak meleleh atau jatuh). Tapi jangan terlebih pukul.

Bahan-bahan C:
30 gm serbuk koko
120 gm air panas
~ Campurkan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.


* kek bentuk buku

Cara penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan dan lapik loyang 8 atau 9 inci dengan kertas kalis minyak. Ketepikan. (Naz guna loyang 8 inci)
Masukkan adunan C ke dalam mangkuk adunan A. Gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati.
Masukkan pula adunan putih telur (adunan B) ke dalam mangkuk di atas dan kaup balik menggunakan spatula perlahan-lahan. Jangan terlebih kacau! Nanti kek yang dimasak akan mengecut atau mendap. Kalau rasa macam dah lama mengaup balik tapi masih kelihatan putih telur yang belum sebati dengan adunan coklat, berhenti mengacau. Ini bermakna putih telur telah terlebih pukul di atas tadi. Tapi jangan risau, terus tuang adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya mengikut oven masing-masing.
Sejukkan kek yang telah masak di atas redai.
**Naz buat kek ni untuk dihias menjadi kek Black Forest (dalam entry seterusnya).


butter cream yang sedap... cukup untuk sebiji kek 8" & 9"

BUTTER CREAM
Sumber:Kembangkempis

Bahan:
250g butter atau shortening (kalau nak icing putih & tahan panas,guna shortening,tapi kalau nak
                                                lebih sedap,baik guna butter lah).
125g marvello/supertact/krimwell
125g gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul-ketul)

Cara:
1.Pukul butter + marvello hingga putih,ayak gula aising,masukkan ke dalam butter,pukul lagi
   hingga kembang dan putih.Sesuaikan warna untuk hiasan kek.
2.Tips:Pukul dengan kelajuan minima.Makan masa lah sikit,tapi insyaallah,aisingnya nanti
   lebih cantik dan muda dilepa.

Tuesday, November 27, 2012

Ovalette



pinjam gambar dari pak google

telah berkongsi gambar Sahabat Halal Jakim.

PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

OVALATTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75.

Mono and diglycerides (E471 - Pengusaha tidak menggunakan label E471), rujuk note tentang E Code bagi yang belum jelas.

Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.

PASTIKAN OVALATTE YG ANDA BELI MEMPUNYAI STATUS HALAL YG SAH DAN DIIKTIRAF.

JIKA BAHAN TERSEBUT DI REPACKING, MINTA BUNGKUSAN ASALNYA SERTA SALINAN SIJIL HALAL. PASTIKAN NAMA SYARIKAT DI SIJIL HALAL DAN DIBUNGKUSAN ADALAH SAMA!

Antara produk yg selalu diadun menggunakan ovalatte ialah (BUKAN bermaksud produk-produk ini haram- cuma perlu berhati2) :

1. Sponge cake
2. Muffin
3. Akok/Bahulu
4. Apam/apom
5. Cup cake
6. Kek Lapis
7. Aiskrim — bersama Wardhani Haidir dan 15 yang lain.

Monday, November 26, 2012

MEE KUAH BEBOLA DAGING


akak x tau ape nk buat untuk makan petang jadi akak sediakan mee kuah ni untuk santapan keluarga.. kebetulan anak akak yang sulung (Along) sedang menunggu hari dah pulang... sekarang ni waktu akak agak terhad sikit sebab mungkin akan menjaga dia selama dalam pantang nanti... x lama lagi insyaallah akak bakal menimang cahayamata cucu sulung... doa doakan yee.. semoga semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. aminn..
berbalik kita tentang mee ni.. wp nampak kuahnya pucat lesu.. tapi rasanya pasti memikat selera... x percaya cubalah...


Mee Kuah Bebola Daging.
Joha Hassan fb

Bahan2nya:

mee kuning - akak guna mee jenis leper
1 paket Bebola Daging
1 bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inch halia - dihiris
1 cili hijau - dihiris
1 cili merah - dihiris
1 lobak merah - dipotong dadu kecil
2 sudu bawang gorengMEE KUAH BEBOLA DAGING
1 cub Knorr - Ikan Bilis
200gm Udang Hidup - dibersihkan dan tepikan kepalanya dan buang ekornya
4 Cawan Air - Boleh di lebihkan
Sayur Sawi - Di hiris kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara2nya

Panaskan minyak diperiok, masukan bawang besar, goreng hingga lembut,
masuk, cili hiris,bawang goreng,halia, goreng buat seketika, bila harum nya
mula terbau,tuangkan air secukup, knorr ikan bilis, lobak merah dan garam secukup rasa. Bila kuah mula mendidih masukan kepala udang(gunakan tapisan) biarkan seketika untuk mengambil rasa udang, kemudian keluarkan dan buang kepalanya. Masukan bebola daging dan isi udang dan sayur sawai yang dihiris. Rasa kuahnya secukup nya. Di periok yang lain, celurkan Mee Kunning dan kemudian tos dan tepikan. Sajikan Mee kuah bersama bebola daging taburkan sedikit bawang goreng, limau dan daun sup sebagai hiasan dan sos kicap pedas.

Sos Kicapnya - Potong cili hijau dan merah dan 2 ulas cili padi.Letakan jus limau dan sedikit bawang putih yang ditumbuk.

Sunday, November 25, 2012

THAB THIM KOOB


terlalu ramai yang berjual durian.. akak pun x ketinggalan membeli... akibat terlalu banyak makan durian... suhu badan akak seperti ada yang x kena... sakit semua urat urat... suara pun kian parau...apatah lagi sejak akhir akhir ni keadaan cuaca di tempat akak huuu... x boleh nk cakap... duduk di rumah pun dah macam sauna.. apatah lagi nk g riadah di luar... memang x sanggup... akak kena cari menu yang boleh menyejukkan tekak yang kering... pernah dengar satu dessert ni..? akak pun baru pertama kali mencuba.. anak kata sedap... berulang dorang makan..


THAB THIM KOOB


BAHAN BAHANNYA

1  biji ubi sengkuang [di ptong dadu                  
3 sudu tepong ubi                                              
1 tin susu cair /santan                                        
1 sudu perwana merah                                      
1    ,,        ,,   hijau                                            
air gula dan secubit garam        
                 
       
CARA MEMBUATNYA                       

 Gaul sangkuang yang di potong dengan perwarna kemudian      gaulkan pula dengan tepong ubi rebus sangkuang tadi hingga
timbul angkat dan toskan kemudian campurkan sangkuang    
yang telah siap direbus tadi dengan santan ,air gula dan garam
kacau rata dan tambahkan dengan ais batu siap untuk diminum

Saturday, November 24, 2012

IKAN KUKUS SWEET SOUR


setelah penat menjelajah blog kayumaniskorner akhirnya akak terpikat nak buat masakan ni...

hari ni akak kongsikan resepi dari kak ruby.. memang sedap sangat cuma akak buat ikut ikan yang ada di dalam peti ais je.. malas pulak nak keluar membeli.. nak habiskan stok ikan mana yang ada saja.. 
pada yang berminat nk mencuba resepi ni akak syorkan ikutlah seperti resepi asal kak ruby.. ia menggunakan ikan bawal.. pasti lagi bertambah ummmph...


IKAN KUKUS SWEET SOUR

Bahan Untuk Kukus
2 ekor ikan bawah (dicuci bersih dan gaul garam) * akak try ikan talapia
2 batang serai (diketuk2 sikit) * x de stok
2 inci halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar (di potong besar)
1 biji lemon (dibelah 2, diperah air)

Semua bahan diatas dikukus hingga ikan masak.  Ketepikan.



Bahan Untuk Kuah

3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
(* ditumpuk halus)
1 sb sos tiram
½ cawan cili sos
½ cawan tomato sos
1 ½ cawan air
½ batang carrot (dipotong memanjang)
1 biji cili kapal, hijau, merah & kuning (dipotong memanjang)
2 biji buah tomato (dibelah 4)
bunga kobis * akak tambah

Garam
Gula

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau.
Masukkan air, cili sos, tomato sos biar hingga mendidih, masukkan carrot, garam dan gula.  Biarkan hingga carrot lembut sedikit masukkan cili kapal, gaul kacau sebati rasa manis masam nya, tutup api.  Dan tuang dalam ikan kukus tadi.

Friday, November 23, 2012

KERABU TAUGEH BERSAMA PERUT


selera nak makan kerabu pula... kali ni akak buat ikut ape yang ada dalam peti ais je.. sejak akhir akhir ni kami semua suka makan kerabu x kiralah kerabu ape pun.. asalkan kerabu.. semuanya sedap...


RESIPI KERABU TAUGEH BERSAMA PERUT

50 sen Taugeh - (celur dlm air panas kejap)
400g perut - rebus dan hiris
1 bawang besar - dihiris halus
3 cili hidup - dihiris halus

bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
5-7 tangkai cili api
Udang kering - dlm satu genggam (ditumbuk kasar)
sebesar ibu jari belacan
1 batang serai

2-3 sm kerisek
2-3 sm beras - goreng kekuningan dan tumbuk kasar
2-3 sudu santabn pekat (akak panaskan dulu.. takut cepat basi)
jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Gaulkan semua bahan dlm satu mangkuk besar dan hidangkan bila dah cukup rasa nya.

Wednesday, November 21, 2012

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI RAMAI



acara tahunan yang kedua telah berjalan lancar di tempat akak.. memang mendapat sambutan ramai dari penduduk persekitaran tempat tinggal akak.. sebenarnya acara berkhatan beramai ramai ni telah di anjurkan oleh surau Al-Ikhlas Bandar U
memang seronok bila acara sebegini dibuat sebab ramai yang akan hadir.. sekurang kurangnya dapat menjalinkan silaratulrahim... kerana peserta yang menyertai ini tidak terhad pada penduduk setempat sahaja.. malah ada penyertaan dari taman taman yang berhampiran..


bergotong royong mengadakan kenduri di surau Al-Ikhlas



sambutan ketibaaan YB. DRS. Mohd Nizar B Hj Zakaria AMP
ahli Parlimen Parit dengan paluan rebana..


YB bersalam dengan peserta dan ibubapa peserta di dewan JKP Bandar U


peserta di barisan hadapan, diikuti dengan penjaga


ketua JKP en Mohamad Mustafa
YB Nizar
pengerusi surau Al-Ikhlas cikgu Saizali Ibrahim
KC en Syed


hidangan ayam bulat untuk peserta berkhatan


pulut kuning


peserta menerima cenderhati dari YB dan Ajk Surau


sumbangan untuk YB


bergambar kenangan bersama peserta dan ibubapa / penjaga


raja kecil di julang..


mandi bomba.. tapi dorang ni malu malu nak mandi la pulak...


sedang menunggu giliran...(no telah di buat undi terlebih dahulu dalam mesyuarat) tali juga sudah siap digantung...


di sinilah tempat anak anak berkhatan.. ada 3 katil disediakan di sini..  ia telah dijalan oleh pihak jabatan kesihatan

Tuesday, November 20, 2012

BLUEBERRY MUFFIN


selepas akak dapat resepi ni terus akak cuba... ermmmm.. woww.. sedap bangat muffin ni cikgu /chef izma.. memang sedap yang terlampau.. hehehe.. akak sorang je.. sekali makan x cukup 5pcs.. mesti nak lebih.. ekekeke...
tapi akak ni heran texturenya seperti kek lembut dan gebu x seperti muffin... wp begitu.. akak amat suka! bukan akak saja tapi seisi keluarga suka!
cikgu izma ni adalah tenaga pengajar sebagai chef Giat Mara di tempat akak.. anak akak pun pernah belajar selama enam bulan dan akak sendiri pun pernah mengikuti kelas anjuran Giat Mara ni.. membuat roti dan kek.. memang kelas kek keknya.. pape pun terimakasih buat cikgu izma..


BLUEBERRY MUFFIN
chef Izma
Giat Mara Parit

250 g butter
250 g gula castor
5 biji telur A
1/4 st garam
3 st blueberry filling
1 st esen vanila
265 g tepung protin tinggi }
1 st baking powder           } ayak

filling: (jika suka)
blueberry filling secukupnya

cup saiz: 325 oz
dapat 21 cup (3/4 cup)


packing untuk staf ofis hubby
cara cara:

pukul kembang butter dan gula hingga bertukar warna pudar.
masukkan sebiji demi sebiji telur sambil di putar sebati.
masukkan garam dan blueberry filling dan gaul sebati.
di ikuti esen vanila.
akhir sekali masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dengan kelajuan yang tinggi.
masukkan dalam cup hingga 3/4 penuh.
bakar 180'C selama 15 minit @ hingga masak (pastikan oven telah di panaskan terlebih dahulu)


* jika nak letak filling: letakkan separuh adunan dalam cup / inti / letakkan lagi adunan hingga paras 3/4 penuh.
* jika nak buat chocolate muffin letak cocoa powder sebanyak 30g. untuk hiasannya: chocolate chip (jangan letak blueberry di dalam adunan)
*  jika x nak bagi seroi jangan pukul adunan lama lama
* kalau kek mengecut sebab pukul butter terlalu lama.


First Giveaway by Gulai Tempoyak Ikan Patin

jom join..


syarat syarat wajib penyertaan


1. buat satu entry bertajuk First Giveaway by Gulai Tempoyak Ikan Patin atau Fisrt Giveaway by Meuzangelo (kalau rasa yang first tu panjang sangat tajuk dia).

2. dalam entry ringkas korang tu sila sertakan sekali banner untuk giveaway ni. jangan lupa letakkan sekali link ke entry ini
DONE

3. letakkan banner sponsor berserta link dorang untuk giveaway ni.
DONE

4. sila follow blog dan like facebook page senarai sponsor giveaway ni.
DONE

5. last sekali, letakkan url entry korang tu kat bahagian comment entry ini sahaja.
DONE

tarikh tutup 30 Nov 2012

di bawah ni sponsor sponsor Giveaway







SAMBAL TUMIS LEMAK UDANG


menjamu selera dengan udang.... tergoda tengok resepi dari chef joha fb.. terus abadikan resepi air tangan akak pula di sini.... sodap ni tau.. jomlah cuba..


SAMBAL TUMIS LEMAK UDANG

Bahan2nya

600gm udang segar
3 sudu besar cili kering kisar * akak guna 2 sb cili powder
2 labu bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3/4 inch halia dikisar
10 tangkai cili api -kerat kasar * akak letak
1 biji bawang besar - hiris kasar * akak letak
1 kuib knorr ikan bilis
2 sudu besar santan krim
1 sb sos tomato
1 batang serai dititik * x de stok tukar karat hiris nipis
1 biji tomato - belah 6
Garam secukup rasa,
Gula, lebihkan gula supaya manis sedikit sambal nya
1/2 cawan minyak sayur/kacang untuk menumis


Cara2nya

Panaskan minyak 1/2 cawan dikuali, letakan bahan2 yang sudah di kisar, bila bawang nya wangi, letakan cili kisar, gaulkan dan goreng supaya sebati. Letak batang serai yang di titik, cili api dan bawang besar. Letakan 1 kuib ikan bilis, garam dan gula secukup rasa serta sos tomato. Lebih dan gula supaya sambal nya manis sedikit. Letakan udang yang sudah di bersihkan. Gaulkan bersama sambal nya, letakan 2 sudu besar santan krim, dan tomato gaulkan supaya udang nya masak, goreng sambal nya