Wednesday, April 24, 2013

APAM YIS COMEL


dulu pernah buat apam ni.... di sini... baru baru ni juga grop JW beramai ramai membuat apam ni sebanyak 500 pcs sempena hari penamaan calon.. mencabar juga sebab terlalu banyak.. tapi sayang kerana kesibukkan akak terlupa nak ambil gambar... huhuhu...


amboi yang kaler merah tu.. terlalu terserlah... hehehe... akak x sempat nak beli kelapa parut sebab kedai dah tutup..
untuk kali ni akak membuat apam ni sempena jamuan perpisahan staf di office hubby... ada empat jenis 4 semuanya akak buat.. apam sarang semutpuding Laici Kastad dan juga red velvet cake


APAM COMEL YIS

Bahan-bahan ( 30 biji )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam
pewarna ikut suka


Cara-cara

Mesin nasi bersama air sehingga halus .
Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.
Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.
 Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat.
Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas
Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.



6 comments:

  1. amboi...dah jadi macam bendera selangor lak kak ^^

    ReplyDelete
  2. cantiknya apam kukus akak ni...lama fiza x buat apam...sbb x ramai penggemar apam dlm umah ni....

    ReplyDelete
  3. em, memang nampak comel ja apam tu kak norlie..

    ReplyDelete
  4. kreatip nye akak ni..comel belang gitu..

    ReplyDelete
  5. aah.. comel sangat.. memang menjadi lak tu.. pandai wat..

    ReplyDelete
  6. Comelnya apam ni kak...secomel tuan empunya..

    ReplyDelete