followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, February 28, 2011

AYAM COCA COLA

tengok pada gambar ni...alamak mengerunkan! hitam legam.. tapi bukan hitam sebarang hitam tau.. hitam hitam si tampuk manggis...hehehe. ayam ni akak masak seekor tanpa di potong2. pada sesiapa yang ingin mencuba resipi ni patutlah di cuba. dulu Cheff Ismail pernah tayangkan di dalam rancangan masak2 tapi dah lupa tajuk rancangannya.

RESIPI AYAM COCA COLA

1 ekor ayam- di bersihkan  

bahan kisar:

25 bj cili api (ikut kepedasan sendiri)
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
1' halia
1/2" lengkuas
5 batang serai

3 cawan air coca cola  HPA radix
4 sudu minyak
1 sk gula (ikut suka nk lekat ke tidak sbb coca cola dh sedia manis)*sebaik rasa dulu
sedikit serbuk perasa
garam

15helai daun limau purut- di hiris halus

panaskan minyak untuk menumis.tumiskan bahan kisar hingga naik bau harum.masukkan coca cola dan bahan perasa serta garam. balik balikkan selalu ayam agar ia masak sekata. masaklah sampai kuahnya agak agak kering. akhir sekali masukkan daun limau purut.biarkan sekejab tutup api.
* terpulang nak masak lembab lembab gitu @ kering
* balik balikkan ayam ketika memasak.

RENDANG KERANG BULU

Tambah kapsyen
assalamualaikum.... harap semua ceria ceria di pagi isnin ni. harini baru akak berkesempatan untuk memasukkan gambar di blog ini.

pernah tengok kerang ni?kalau di lihat sekali imbas memang x de beza pape pun pada kerang nikan.. semalam akak pegi ke pasar malam ternampaklah kerang ni.akak tanyalah pada penjual ni kenapa pelek je kerang ni? sbb penjual tu ada menjual dua jenis kerang,satu yang biasa kita lihat dan satu yang ini... penjual tu kata kerang ini sedap dibuat rendang dan hanya terdapat di Lekir Setiawan saja.di Pantai Remis pun x de jual kerang ni (kebanyakan ikan ikan yang fresh datang dari Pantai Remis)

akak beli sekilo je sebab kami hanya makan berdua je.. lagipun memang nak 'rasa' kerang ni..kerang ni kena direbuskan dulu sebelum di buat rendang.

menurut kata penjual tu kerang ni di panggil KERANG BULU. lihatlah kulitnya terdapat bulu bulu halus.kerang biasa xde bulu langsung.

                                                              RENDANG KERANG BULU

sedap bila dah di masak rendang ni.memang patut dicuba lagi selepas ini. isinya terasa kita menjamah rendang daging.
jika ada yang nak resipinya.. akak main campak campak je tapi sedap jugak. untuk pengetahuan di sini akak tambah daun limau purut di hiris halus.daun kunyit pun akak letak juga.hiris halus. bahan lain rasanya sama je dengan rendang lain.

Sunday, February 27, 2011

KEROPOK

KEROPOK.
Gambar yang ini saja ditayangkan.keropok ni kalau makan di waktu rehat petang2 memang syok tambah lagi kena cicah dengan sosnya.krup...,krap...,krup...,krap je la..

sebenarnya masih ada resipi yang masih belum di tayangkan di sini tapi kerana atas sebab tertentu...bukanlah masalah apa tapi masalah memory card camera ada masalah sikit kerana baru baru ini anak guna dan bawa ke U.bila di pulangkan pada akak nampak cam OK je.ambil gambar pun ok cuma bila nk masukkan ke pc apa pun xnampak!! huhuhu..geram tol lah.habis semua gambar akak yang akak ambil terpaksa di delate!! frust...gambar macam2 ada lak tu...sayangnya... semangat akak dah hampir hilang untuk berblog sekarang ni.

Friday, February 18, 2011

MENU RAKAN KENDURI-DAGING MASAK HITAM (DAGING 60 KG)

60 kg daging - dipotong nipis dan kecil
5 botol kicap (lemak manis kipas udang)
1 1/2 kg halia
3 kg bawang besar
15 batang serai
2 kg lengkuas
300g buah keras
500g rempah biji
150g jintan manis (rm1.00)
150g jintan putih (rm1.00)
300g kulit kayu manis
200g bunga lawang )
1 kg cili kering        )buang biji
200g buah pelaga   )
1 kg asam jawa
2 roll gula kabung
1 botol (2 kg) minyak masak utk menumis
8-10 kg kerisek

MENU RAKAN KENDURI-WAJIK PERAK

2 gantang beras pulut- rendam 1malam,kukus dan di arun dengan santan lain dulu supaya wajik pulut tidak keras nanti.
16 kati gula pasir - asingkan 1 mangkuk kecil untuk di jadikan gula hangus
8 biji kelapa parut (pati shj)
sedikit garam
daun pandan - di masak sekali dgn gula hgga air gula seakan berbenang baru di buang.
*sedikit gula batu_dihancurkan dulu (jika suka)

MENU RAKAN KENDURI-MASAK ACAR MANIS (RAMPAI)

RESIPI KENDURI ORANG LAMA-masih mengguna sukatan lama
20 kati timun *potong              )
10 kati karat -*memanjang      ) di rendam dgn air kapur selama 6 jam
2 kati cili hijau -di belah           )
3 kati kacang panjang
3 tahil biji sawi
1/2 kati bijan  ) di sangai
3 kati kacang ) di sangai dan di tumbuk kasar
1/2 kati cili kisar
1 kati bawang kecil ) di biar bulat
2 kati sos tomato (brand puteri/shaa)
garam
minyak menumis
* kapur untuk merendam

MENU RAKAN KENDURI-RENDANG TOK (DAGING 60 KG)

MASAKAN ORANG PERAK:

60 kg daging -sebenar daging di potong kiub yg besar.utk hidangan buffey kena di potong kecil.
1 guni bawang besar-}
1 kg bawang putih   -}
6 kg serai                -} di hiris kasar dan di blend
3 kg halia                -}
3 kg lengkuas          -}
1 1/2 kg cili kering ) di blend
1/2 kg rempah biji )
100g jintan putih   )
100g jintan manis  ) di sangai dan kisar kering
100g lada hitam    )
100g buah pelaga )
100g bunga lawang
100g bunga cengkih
100g kulit kayu manis
1 botol (2 kg) minyak *
garam
10 kg santan
10 kg kerisek
10 roll gula kabung

*terpulang samada rendang tok ini ditumis dulu @ pun terus lebur ke semua bahannya dan masak hgga kering.
*bila hampir kering barulah di masukkan kerisek dan garam-untuk mengelak daging jd keras dan liat.

MENU RAKAN KENDURI-AYAM MASAK MERAH ROS (30 EKOR)

30 ekor ayam - 1 ekor potong 20 ketul.bersihkan dan di goreng.
300g badam -rendam air panas untuk buang kulit
1 3/4 botol cili sos *(botol berat 1 kg)
300g kas kas -rebus dan kisar
3 tin susu cair
4 tin tomato puri
1 1/2 botol kicap cair
rm 2.00 cili kering -di rebus baru di blend
1 kg bawang besar   ) hiris kasar dan
3" halia                    ) blend
2 sd makan lada hitam - di blend kering
1 senduk kerisek
1 kg santan
minyak menumis dan goreng ayam
garam

hiasan
*daun sup/daun bawang
*lobak merah
*daun pudina

* mak anjang/k.cik penang mari..

MENU RAKAN KENDURI-NASI MINYAK JUS OREN (1 KAWAH)

meh.. sini akak nak cerita sikit.. resipi MENU RAKAN KENDURI ni akak punya grop untuk masak masak kenduri. ahli ada 20 pasang bermakna ada seramai 40 oranglah. rakan rakan yang ada dalam RAKAN KENDURI nilah sebagai adik beradik dan sahabat handal yang rapat. adikberadik kita sendiri semuanya jauhkan! pada siapa lagi yang kita nak harapkan selain dari kawan yang tinggal rapat dengan kita. adikberadik yang datang xyah la bertungkus lumus sangat, hanya tolong2 yang mana patut saja. kesian dorang datang jauh dari semua pelusuk negeri! terutama adikberadik ipar akak semua jauh jauh, akak pula xde adikberadik- tunggal.
bila ada di antara ahli nak buat kenduri semua ahli yang lain "wajib" turun padang. antara kenduri yang patut di raikan oleh rakan kenduri seperti kenduri kahwinkan anak, bertunang, majlis mencukur jambul (lepas pantang). kenduri yang lain tidaklah di tekan dalam mesyuarat rakan kenduri kecuali hadir atas jemputan ahli kenalah hadir tolong serba sikit mana yang patut. keahlian juga dikenakan yuran bulanan bertujuan untuk meringankan bebanan tuan punya kenduri itu nanti. setakat ini kami juga sudah mempunyai serba sikit aset peralatan kenduri seperti dapur memasak,periuk/ kuali besar(boleh baring dalamnya), pinggan 600pcs, gelas 500pcs,tray buffey dll. semua kami gunakan duit tabung rakan kenduri.
kami akan bermula turun padang sehari sebelum kenduri hinggalah selesai semua majlis pada petang hari kenduri. maknanya dua hari tonggeng piuk belangga di umah, makanan semua di taja oleh tuan punya kenduri.
wp keje kenduri ni orang cakap banyak keje yang perlu di bereskan tapi kami buat semua ikut pecahan grop. yang berat sama di pikul,yang ringan sama di jinjing. sebab itulah setiap kali ahli nak buat kenduri kami bermesyuarat beberapa kali sebelum di adakan kenduri.
bermuafakat membawa berkat!!

resipi resipi di sini adalah hak milik RAKAN KENDURI. ahli kami terdiri dari profesion guru,polis,ustaz,pesara,pengusaha catering kenduri/kantin dll. boleh di kata kami x perlu mencari tukang masak sebab ahli kami pun terdiri dari pakar/chef yang pandai memasak.

NASI MINYAK JUS OREN
rakan kenduri bandar U

15 kg beras
2 tin besar minyak sapi
1 kg planta
4 tin susu cair
5 ketul kiub ayam
10 bungkus sup bunjut
1 botol besar pati oren sunquick
bahan menumis:

bawang goreng                )
kismis                              )
bunga lawang                   )
bawang merah dan putih  )  agak agak saja
kulit kayu manis               )
cengkeh                          )
halia                                )

1 peket besar sayur campur
1 botol pewarna kuning
garam kasar secukup rasa

* tumis dalam kawah.
* bila nasi kering tutup dengan beberapa helai daun pisang

sumbangan ~ cikgu Sazaili ~

Thursday, February 17, 2011

ATVT KELAS JW - AGAR AGAR KASTAD

sumber resipi ini juga dr kelas JW.agar agar ini telah d ajar oleh puan NORA NORDIN dr 16 U5 bandar U. agar agar kastad ni senang jek... ok jom masuk jenguk ke dapur kelas kami untuk menyemak resipi puan Nora ni.

RESEPI AGAR AGAR KASTAD

1 kampit Agar agar (RM 3.00)
8 gelas air
1 mangkuk gula
1 tin susu cair )
2 bj telur )              di bend
4 sudu tpg kastad )

masakkan air dalam periuk sebanyak 8 gelas.
kemudian masaklah agar agar sampai larut.setelah agar agar larut barulah masukkan gula sebanyak 1 mangkuk.
bila gula larut masukkan adunan yang telah di blender tadi.
biarkan agar agar tadi betul betul mendidih.
setelah itu masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk.

#  untuk membuat corak di atasnya senang je, ambil sedikit adunan agar agar + kan sedikit milo @ koko sebatikan lalu di titiskan ke atas agar agar yang telah siap.
OK siap... jumpa lagi daa...

Wednesday, February 16, 2011

ATVT JIRAN WANITA (KRT)

S/U JW puan Kamariah(yah) sedang menerangkan tip masakan untuk resipi yang telah di ajarnya.
puan Marliah sedang mencatitkan kedatangan dan mengira bajet setiap kali kelas di anjurkan. mesti ada kiraan wang keluar/masuk dan simpanan tabung.

                                  sama sama menyiapkan kueh yg di ajarkan


ini adalah ATVT kelas memasak 
JIRAN WANITA (KRT) 
BANDAR UNIVERSITI 
SERI ISKANDAR.

gambar di atas adalah sebahagian dari ATVT JIRAN WANITA di tempat kami. pada hari sabtu dalam minggu ke tiga dan ke empat kami akan berkumpul jam 9.00pagi untuk menjalinkan siratulrahim di antara jiran tetangga setempat.dengan adanya ATVT ini maka dapatlah kami bertemu dan beramah mesra serta bertukar tukar fikiran. kami akan bergilir gilir untuk mengajar setiap kali ada kelas memasak. tiada had untuk sebarang menu.sesiapa pun boleh mengajar,cuma setiap kali kelas saya akan tekankan.... "tiada siapa di antara kami seorang chef atau pakar memasak jadi jangan sesekali kondem setiap kali kawan kawan mengajar.." tujuannya hanya satu untuk menjalinkan ukhwah di antara kami,
                          motto-"Berganding Bahu Berkongsi Tenaga.Idea di utamakan" 

oklah....setakat ini saja yang dapat saya ceritakan.. x perlulah bercerita panjang nanti ada yang tutup tenet pulak..hihihi..jangan mare ye...
*kelas ini di kelolakan oleh saya dan puan marliah(Pengerusi Biro Sajian).
*baju oren ini adalah baju seragam JW.

KEK CHIFFON COKLAT


KEK CHIFFON COKLAT

A)
4 kuning telur sz A
135 ml air
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)

1/4 st garam
100g gula halus
135g tepung gandum }
15g serbuk koko      } di ayak
1 st baking powder   }
1 st vanila

B)
4 putih telur sz A
80g gula halus
secubit garam 
cream of tartar

panaskan oven pada suhu 175C. satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanila, kacau hingga sebati. ketepikan.
putar putih telur hingga kembang, masukkan gula (bahan B), cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
campur putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45-50 minit @ sehingga kek masak. keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul betul sejuk.
bila kek sejuk sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk di hidangkan

* hanamemories.


ATVT KELAS JW - BADAK BERENDAM



resipi telah di ajar dalam kelas JIRAN WANITA oleh puan Kamariah Kamardin no17-U6 bandar U-jawatannya sbg s/u JW.
menurut kata beliau resipi ini telah di ajar oleh bonda mertua tersayang dr N9.sapa yg teringin nk mencuba kueh ini bolehla melihat resipi di bawah ni.

RESEPI BADAK BERENDAM

 bahan utama:
1 kg tepung pulut
air secukupnya
masukkan tepung ke dlm bekas,masukkan air.
gaul rata dan uli sampai jd doh.

inti:
1 bj kelapa parut (di ambil putihnya saja)
2 cwn gula merah (dimasak dan ditapis)* 3 cwn air
1/2 cwn gula pasir
masukkan kelapa putih,gula merah,gula putih,garam,daun pandan dalam kuali,masak atas api,kacau selalu supaya tak melekat.*jangan masak terlalu kering

kuah santan:
2 bj kelapa parut (di ambil santan)
2 sudu tepung gandum
sedikit garam
kelapa parut yg diambil santannya,masukkan ke dalam periuk.masukkan garam,tepung dan dikacau sampai rata.

cara menyediakan:
panaskan pengukus,sambil tu bolehlah digentel gentelkan adunan td.
ambil sedikit adunan di bentukkan memanjang,kemudian di leperkan sedikit dan masukkan inti.bentukkan memanjang semula.
aturkan jarak jarak di dalam loyang.
masukkan santan dalam loyang lalu di kukus 20minit @ hgga masak*mengikut kesesuaian pengukus.

DADIH


                                  
sumber resipi dari kelas KEMAS.
dadih ni memang peberat seisi keluargaku.sejuk anak tekak waktu menjamahnya..
aku buat tiga perisa.


RESEPI DADIH 3 RASA

1/2 cwn agar agar kering yg telah direndam
1 cwn gula pasir
2 cwn air
4 cwn susu segar (1L)
perisa* strobery+pewarna merah/coklat emulco+coklat/plain+vanila 

agar agar dimasak dgn air,bila hancur, masukkan gula.setelah larut masukkan susu.
*jk nk buat tiga perisa asingkn adunan dan campurkan dgn perisa pilihan.
tuangkan selapis adunan yg siap berperisa kedalam bekas dan biarkan sejuk(boleh masukkan dalam peti ais sekejab).
langkah seterusnya tuang perlahan lahan perisa yg berlainan rasa.sejukkan.
*terpulanglah pada anda samada nk buat berapa perisa.

 sedap tau makan masa cuaca panas

I LUV ICE CREAM GORENG



ONDEH ONDEH/BUAH MELAKA

ondeh ondeh ni sememangnya dah forfular beno.sapa yg x kenal kueh ni kan..kueh ni memang peberat ku sejak dari aku cenonit lagi..akulah yg akan perabiskan setiap kali mak aku buat.sekelip mate je lesap!! hahaha..tu al kesah zaman aku kanak kanak le..
di tempat aku terkenal dgn panggilan buah melaka.

RESEPI ONDEH ONDEH/BUAH MELAKA

bahan untuk adunan pun senang bangat

tepung pulut
air suam secukupnya
pewarna hijau dan sedikit perisa pandan @ daun pandan di blend ambil jusnya

inti
gula melaka di potong kiub

salut luar:
kelapa parut putih
sedikit garam
-di gaulkan bersama garam hgga secukup rasa.
-kukuskan sebentar untuk mengelak cepat basi.

bancuh semua adunan hgga x melekat di tangan dan sebati semua warnanya.
ambil sedikit adunan sebesar guli masukkan inti kiub gula melaka dan bulatkan semula.buatlah hgga habis sambil tu taburkan sedikit tepung supaya x melekat di antara satu sama lain.
sediakan air di dalam periuk dan panaskan hgga mendidih.
masukkan buah melaka td.tunggulah sehingga buah melaka timbul,angkat dan tuskan dan golekkan pada kelapa parut bergaram.

emmm..sedap!!

Tuesday, February 15, 2011

HADIAH CENDEHATIKU..


                                                                                   
hadiah pemberian seorang kawan..pangkat "adik".terima kasih nini.akak terharu dan amat gembira menerima hadiah mu ini.

RENDANG DAGING



KUEH KERIA/KUEH GELANG


hahaha...kueh ni semua orang kenalkan... rasanya x perlulah di letakkan resipinya di sini kerana semuanya dah pandai pandai belaka. ni projek nk perabiskan ubi keledek..cukuplah untuk kami berdua minum petang ni..

ppssstt...kalau nk tau..kan, kueh ini dan donut yang mula mula akak belajar masa muda remaja bergelar anak dara sunti dulu sebab nilah kueh yang paling senang!! nk buat kueh lain ketika itu..hampeh...

HOMEMADE CHOCOLATE KU...



ini adalah homemade chocolate.
chocolate ini boleh diperbagaikan citarasa mengikut permintaan customer.
chocolate ini juga boleh dibuat mengikut pilihan hati.gambar di atas hanya contoh chocolate box- di dalamnya boleh di isikan 3biji lg chocolate.

*sesiapa yang nk menempah untuk besday..hadiah/hantaran petunangan/perkahwinan/cendehati untuk tetamu/majlis cukur jambul baby(majlis lepas pantang) dan sebagainya.

*untuk tempahan boleh menghubungi saya- 017-5220076/ fb: Norlie Harumaini.

MOIST CAKE



resipi kek moist dan cupcake ini adalah resipi kursus dengan MARA...

PUDING BUAH PEACH


resipi ini pemberian dr seorang kawan..grop masak masak puan Hamizan.terima kasih kak Mizan.kami ni sering bertukar tukar resipi. meh.. tengok resipi yang simple ini.

RESEPI PUDING BUAH PEACH

200g gula pasir
37g agar agar
1tin buah peach
1/2 tin susu cair
1L air

masak gula bersama air hgga larut gula.
masukkan agar agar dan masak hgga larut sekali lg.
tuangkan susu cair biarkan mendidih sekejab sambil di kacau dan masukkan 1/2 bhgn buah peach bersama airnya sekali.kacau sekejab dan tutup api.
susun 1/2 lg buah dalam loyang dan tuangkan agar agar td.
siap.

TALAM SAGU WARNA WARNI

                                                                                        


sumber resipi ini dr cikgu bersara iaitu puan Yun Abdul Rahman...beliau ni pakar dalam membuat kek fondant. dulu gambar puan Yun sering menyerikan majalah SAJI, mengisahkan kek kek fondantnya yg memang cantik dan tiada bandingan. kueh talam ni telah di ajar beberapa tahun yg lalu. dah beberapa kali akak buat talam sagu ni sbb ia cantik dan rasa pun ok!.yang terbaru akak buat ketika gotong royong di surau di tempat akak.. ai..melalut lak akak bercerita.jom kita lihat resipi...!!

RESEPI TALAM SAGU WARNA WARNI

adunan ini untuk 1 bhgn warna shj:*boleh dibuat 1warna jk suka.

350g sagu                  *(1 kg sagu bhg 3 untuk bt 3 lapisan warna)
250g santan pekat      *(1 bj kelapa perah dgn kain)
200g gula caster-jk guna gula biasa kena kurangkan gula. *(600g)
50-100g kelapa parut *(1 bj kelapa bhg 3 utk 3 lapisan)
1 st garam          
pewarna kuning/hijau/merah

sagu direndam 5minit,toskan airnya.
gaul sagu bersama santan pekat,gula caster,kelapa parut,garam dan pewarna.
acuan disapu minyak supaya kueh tidak melekat bila di potong.
tuang dalam acuan kukus.setiap 1 lapisan kukus 1/2jam. *3lapisan bermakna kukus 1 1/2jam/bergantung mengikut saiz kukusan.
biar sejuk 1-2jam baru di potong.
*setelah di potong boleh sekali lagi digaul dengan kelapa parut bergaram jika suka.

MOIST CAKE

                                  
                                      tempahan dari customer untuk besday anaknya.

                                      
ok.. jangan buang masa lagi,kalau nk tau resipi jom ikut akak ke dapur...ok jom sekarang.....

RESEPI MOIST CAKE

1 cwn koko powder
1 1/2cwn gula halus
2 bj telur
2 cwn tpg gandum
1 cwn minyak masak
1 cwn susu pekat
2 sk baking powder
1 sk soda
1 cwn air panas

cream coklat:
1 cwn koko
1 tin susu pekat
1 cwn air
1/2 cwm minyak

*tepung di ayak bersama koko,soda dan baking powder.
*telur di pukul bersama gula hgga kembang kemudian masukkan susu dan minyak sambil di kacau rata.masukkan tepung lalu di gaul rata.
*akhir sekali tuangkan air panas dan kacau sebati.alaskan loyang dengan dengan kertas nipis.tuangkan adunan dan bakar selama 45-1jam
*sejukkan dan hias

Sunday, February 13, 2011

ATVT KELAS JW - KEK MERIE

resipi ini diajar oleh pn Azizah U5 bandar U. glamer dgn panggilan Ju.juga salah seorang geng masak JIRAN WANITA di tempat kami.dia mengajar kek meri...sape yg nk belajar bt mari kita semak resipi ini; Layannn....!!

1 peket biskut meri -patah patahkan
1 1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn milo
1 1/2 cwn marjerin
1 tin susu pekat
1 /2 tin susu -Air
4 bj telur -pukul sedikit

cara:

panaskan kuali dgn api sederhana.
masukkan marjerin kacaukan dan masukkan susu pekat,serbuk koko serta milo.kacau sehingga sebati.
masukkan air dan biarkan mendidih selepas itu masukkan telur.masak sehingga sederhana pekat.
akhir sekali masukkan biskut meri dan kacau sehingga rata.
kemudian setelah siap  masukkan ke dalam loyang dan di tekan sehingga rata.sejukkan sekejab,selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk.
tunggu 2-3jam barulah di potong.

**sesuai di buat untuk majlis besdey anak anak,pasti dorang suka!

ATVT KELAS JW - POPIA GORENG

Resipi ini juga dr kelas ATVT JIRAN WANITA KRT.
pengajarnya puan Wahidah Rohani no5 U7 bandar U. OK..,jangan buang masa lg..jom kita semak resipinya..
ppssstt..jgn sekadar menyemak je..buatlah,sedap ni.

10-20 keping kulit popia (sebungkus)

inti popia:

2 bj lobak merah )
1/2 bj kobis bulat ) di parut
1 bj sengkuang )
50g taugeh
2 cwn minyak masak - utk goreng

gaulkan semua sayur yg telah di parut dan masukkan garam.
ambil kepingan kulit popia,isikan sayur, bungkus secara gulung dan lekatkan hujungnya dgn air.buatlah sehingga habis.
panaskan minyak masak dan gorenglah popia gulung td dgn api yg sederhana sehingga garing.angkat dan toskan.
susunlah di dalam pinggan dan tuangkan sos.
taburkan bawang goreng.

sos popia:

1/2 botol cili sos
1/2 botol tomato sos
sedikit gula
1 sudu garam
air secukupnya (nk cair tambah byk air/nk pekat kurangkan air)

sos di atas hendaklah di masak mengikut kesesuaian sendiri.

ATVT KELAS JW - SOS ROJAK

sumber resipi dr kelas masakan JIRAN WANITA KRT- setiap ahli mengajar secara bergilir gilir.ini adalah ATVT mingguan di tempat kami.tenaga pengajar sos rojak ini adalah puan MARLIAH AWANG 24-U8 Bandar U- dia kami lantik sebagai Pengerusi Biro Sajian Jiran Wanita kami.ok..xperlulah sy nk membebel panjang..jom kita lihat resipi yang senang ni...pe lagi...,JOM.. lah

600g gula merah
600g gula putih
1 botol kicap manis jalen
1 botol sos cili samano
50sen belacan
3sm tpg jagung + 4sm air
2sm serbuk cili
100g kacang tanah - disangai/kisar kasar
RM1.00 bijan - di sangai/*kisar separuh
                                       *separuh lg untuk di tabur

cara:

gula merah di campur dgn 2 cawan air- dimasak dan ditapis.
belacan dibakar dan dibancuh dgn 1cwn air.
masukkan gula merah td,belacan,gula,kicap,sos cili dan serbuk cili ke dalam periuk.
masak sambil dikacau selalu.
bila hampir pekat,masukkan tpg jagung dan bijan kisar.kacau lg.tutup api.
**pabila nk makan baru taburkan kacang tanah dan bijan

Friday, February 11, 2011

ATVT KELAS JW - LAKSA MEE

sumber resipi dr rakan KELAS JIRAN WANITA
Puan Norhayati Abd Hamid
36 U19 Bdr U

bahan utama:

2 ikat laksa mee- direbus hgga lembut dan toskan.

A) bahan untuk kuah

1/2 kg ikan kembong(jk besar potong 3 bhgn)/udang/ketam
2 labu bawang merah )
1 labu bawang putih ) -dihiris
1  ikat daun sup/daun bawang )
asam keping/garam/serbuk perasa-jk suka
cara cara:
tumis bawang merah dan bawang putih yg telah dihiris hgga kekuningan.
masukkan air dan biarkan mendidih.
kemudian masukkan ikan, biarkan seketika dan masukkan asam keping,garam,serbuk perasa dan daun sup/bawang.

B) bahan untuk sambal

100g cili kering-d kisar
2 labu bawang merah )
1 labu bawang putih ) -dihiris
1/2 cawan air asam jawa
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk tumis
cara cara:
tumiskan bawang merah dan bawang putih hgga kekuningan.
kemudian masukkan cili yg dikisar tadi dan masak hgga pecah minyak.
bila sudah pecah minyak,masukkan air asam jawa,gula dan sedikit garam.

C) bahan untuk sayur

1/2 kg kacang panjang )
200g lobak masin ) -dipotong dadu
1 labu bawang merah )
3 ulas bawang putih ) -dihiris
sedikit kicap manis
sedikit garam dam perasa.
cara cara:
tumis bawang merah dan bawang putih hgga kekuningan.
masukkan lobak masin dan digoreng seketika.
masukkan kacang panjang,kicap,garam dan perasa.

CARA MENGHIDANG:
masukkan laksa mee dalam pinggan.letakkan sambal dan sayur yg ditumis td besebelahan dan tuangkan kuah bersama sepotong ikan/udang/ketam,sedia untuk dimakan.

Tuesday, February 8, 2011

BISKUT JEJARI KEJU

ni biskut raya...tp xsemestinya kena makan waktu raya raya je..xraya pun boleh ngap!heheh.....nk resipi? nk boleh je..biskut ni sedap tau.namanya sebenarnya biskut jejari keju tp di upgarade keacuan lain ngeeee...

                                     biskut jejari keju
                              sumber dari buku resepi
A-
170g mentega
30g cream cheese
B-
1bj kuning telur
80g gula caster
1/2sk esen-fruit cake paste(sy guna esen vanila jek)
secubit garam
C-
280g tpg gdm halus-
50g tepung jgg-        ayak
1/8sk baking powder-

30g gajus kisar
20g hawflake-kisar
40g tropikal cheese mix/cheese pwdr-sy  xguna pn tp tambah tpg gdm je.(sbb xtahu pe ke bendenye!)

hiasan
kacang-di panggang
croquant- di tabur
kuning telur

*putar bahan A) hgga sebati,masukkan bahan B) dan putar lg.
*masukkan bahan C) dan gaul sehingga menjadi doh.
*canai doh antara dua keping plastik dan terap dgn acuan.
*sapu kuning telur dan hias dengan croquant dan sebiji kacang
  bakar 170'C selama 10-12 minit.

# rasanya lemak masam masam manis(menurut buku resipi)
# gambar di atas biskut yg belum di bakar lg ye..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...