followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Wednesday, July 8, 2015

MASAK LEMAK NANGKA MUDA IKAN MASIN KURAU


masak lemak nangka ni ada beza sikit dari masak lemak yang biasa akak masak sebelum ni.. akak ambil style masak rakan dalam grop Rakan Kenduri akak.. setiap kali dia masak lemak namgka untuk kenduri kendara grop kami dia pasti masukkan sedikit belacan untuk beri rasa kelainan lemak yang ummpphh.. dan lada hitam sebagai penghalang dri angin masuk badan..
jom lihat resepinya...

MASAK LEMAK CILI API NANGKA MUDA & IKAN TALANG MASIN

Bahan-bahan:-

1/2 kilo nangka muda
100 gm ikan masin kurau - dipotong dan direndam sekejap
10 biji cili padi          }
1/2 biji bawang besar } tumbuk
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Garam (hati sebab ada ikan masin)
secubit garam
sedikit lada hitam tumbuk halus (petua nak buang angin)
1 sudu besar gula
1 keping asam gelugor

Cara-cara membuatnya:-

Nangka muda dipotong ikut suka,kemudian dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk.
Masukkan air asam keping dan 1 sudu besar gula...tujuan memasukkan gula adalah untuk mempercepatkan proses merebus nangka...(ni petua orang2 tua..nanti nangka cepat empuk dan sedap) Biarkan nangka empuk dan toskan airnya
Kemudian,masukkan semua bahan ke dalam periuk termasuklah nangka yang direbus tadi. 
Kacau sentiasa agar santan x pecah minyak...garam ikan masin serta secubit belacan (jangan banyak)
Bila kuah dah mendidih dan ikan masin tadi pun dah masak, taburkan lada hitam. didihkan sekejab je
bolehlah ditutup api..emm sedappp nyee...

Thursday, March 12, 2015

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI


harini dengan hati yang terbuka mengaku... selera betul makan.. x sedar menambah nasi...!! 
memang sedap telur ni digandingkan bersama pucuk ubi..

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI
aroma tradisi

4 biji telur itik - bersihkan terlebih dahulu
10 tangkai cili api - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik
1/2 ikat pucuk ubi - celur
1 helai daun kunyit - ikatkan
sdkt serbuk kunyit (lebih cantik guna kunyit hidup - tumbuk)
sekeping asam keping
garam secukup rasa
semangkuk kecil santan

masukkan santan bersama bahan tumbuk, serai, asam keping, kunyit hidup, garam dan masak sambil mengacau sentiasa hingga mendidih
kecilkan api dan masukkan telur sebiji demi sebiji. tunggu sebentar hingga telur hampir keras dan masukkan pula daun puncuk ubi.
besarkan api dan sentiasa mengacau hingga mendidih sekali lagi
hidangkan

Saturday, February 14, 2015

ROTI NAAN AYAM TANDOORI N DHAL TELUR (MASAKAN INDIA)


Resepi yang akan akak pamerkan kali ini adalah resepi dari kelas masakan india yang akak ikuti akhir tahun lepas.. Anjuran sepenuhnya oleh JABATAN PEMBANGUNAN kEMAHIRAN BERTEMPAT dI KOLEJ KERIS IPOH  2 hari berturut turut.. rezeki akak dapat belajar Free jer.. biasanya 2 hari RM250..
seronok dapat join kelas ni kerana boleh membuat sendiri masakan ala india dan dah tentu terjamin kebersihannya, halal tanpa ragu ragu sebab kita dah tahu cara membuatnya sendiri


kami semua berpuas hati belajar di kolej ni..resepi yang di ajar semuanya sedap sedap dan kena dengan selera kita.
ayam tandoori yang secukup rasa. roti naan yang lembut dan gebu.. x perlu guna mesin @ uli dengan sekuat hati serta dhal telur yang sedap.. sebab selama ini kita hanya dihidangkan resepi dhal yang berempah tapi ini hanya gunakan telur shj tapi sedap.. family akak semua suka dengan set ni..
Di kelas ini juga akak belajar membuat cheese sendiri.. dalam bahasa indianya Paneer (homemade cheese) dalam bahasa antarabangsanya cottage cheese tapi sesuai untuk masakan paneer kofta dan tabur atas pizza shj

ROTI NAAN AYAM MASALA N DHAL TELUR
MASAKAN INDIA

TANDOORI CHICKEN

3 ketul peha ayam ] kelar
30 ml lemon jus (2 sd)
1 biji bawang           ]
2 ulas bawang putih ] blend
5 cm halia               ]
1 sb garam masala
150 g yogurt (tairu) - *natural
1 sk cili serbuk
1/2 sk serbuk kunyit
sedikit gula
sedikit garam
pewarna merah

ayam diperap bersama tairu, cili, pewarna merah, serbuk kunyit, garam masala lemon jus, garam, gula bersama bahan blend. setelah sebati pada ayam perapkan semalaman dalam peti ais @ 1 - 2 jam
keluarkan dan bakar sdengan suhu 180-200'C sehingga ayam masak kemerahan

** sedap tandoori ni

NAAN BREAD

600 g tepung high protin
10 g yis kering
30 g gula caster
40 g marjerin / butter
10 g baking powder
240 ml fresh milk / full cream
140 ml air
2 st garam

gaul rata tepung high protin, yis, gula garam dan baking powder
masukkan air sedikit demi sedikit
uli hingga jadi doh sebati adunan.
akhir sekali masukkan  butter sedikit demi sedikit dan uli dan doh tadi hingga licin serta bulatkan.
rehatkan 1/2 - 1 jam sehingga kembang 2x ganda
tumbukkan doh untuk keluarkan angin
timbang 80 g setiap doh
panaskan kuali leper @ non stick dengan sedikit planta
taburkan tepung di atas permukaan meja, ambil doh bulat dan gelekkan bulat leper.
balik balikkan dengan tangan kenudian cucuk dengan garpu permukaan roti naan dan bakar 1 - 2 x balik balikkan

** sedap naan ni

EGG DHAL

150 g dhal - rebus empuk
2 sk serbuk kunyit
1 biji karat (anggaran)
3 biji kentang (anggaran)
kacang panjang - patah patahkan
4 biji telur
150 ml santan
sedikit garam 
sedikit gula
sedikit serbuk Knorr

BAHAN PENUMIS:
2 st jintan manis
2 st jintan putih
1 1/2 sb lada hitam (whole)
5 g daun kari
5 biji cili kering - tak potong
5 g biji sawi
20 g halia - hiris
10 ulas bawang putih - hiris
10 biji bawang kecil - hiris
80 g butter + ghee

panaskan minyak sapi bersama ghee
tumiskan bahan hiris, cili kering tanpa potong hingga garing. 
masukkan jintan manis, jintan putih, garam masala, serbuk kunyit dan masak hingga wangi.
tuangkan bahan yang ditumis ke dalam rebusan dhal, pastikan air sederhana., masukkan karat, kentang, kacang panjang dan santan serta lada hitam.
setelah sayur masak pecahkan telur ke dalam dhal. jangan dikacau keterlaluan agar telur tidak terlalu hancur.
perasakan garam gula dan Knorr.

** kuah x terlalu pekat dan terlalu cair
** dhall yang sangat sedap

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mint sauce dan coconut chutney akak x buat sebab semua seisi keluarga kurang menggemarinya.. jadi sesiapa yang berminat nak buat secara set yang lengkap ada akak sertakan resepi bonus d bawah ni...

MINT SAUCE (sos pudina)

1 mint leaf (daun shj) - blend
100 g yogurt (tairu)
10 g bird eyes chilli - opt
sedikit garam
sedikit gula - opt
sedikit serbuk lada putih
sedikit air

blend dengan sedikit air sebab ia pekat baru sedap.
siap

COCONUT CHUTNEY (chutney kelapa)

150 g kelapa parut + air - blend
5 g cili kering - hiris kasar
5 g  biji sawi - sangai
sedikit garam 
sedikit gula
air (utk blend)

** ada juga yang beri kelainan dengan mencampurkan sedikit tomato dan letak sedikit pewarna oren / merah (terpulang)

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, February 10, 2015

SAYUR KOBIS GORENG IKAN KURAU


adaptasi dari resipi taugeh tumis ikan masin. selalunya kita goreng kobis guna udang @ ikan bilis tapi kali ni akak tukar guna isi ikan kurau.. ermmm.. sedap juga...

SAYUR KOBIS GORENG IKAN KURAU

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

250 g taugeh akak guna kobis - hiris halus / dibersihkan
100 g isi ikan kurau kering - (atau lebih kurang) potong kecil2 dan goreng garing
1 biji tomato - belah baji
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 tangkai cili merah - hiris
3 tangkai cili padi (opt) - belah 2 jangan putus
sedikit lada sulah serbuk
garam dan perasa secukup rasa (jika perlu)
daun kucai atau daun sop/bawang - hiris
sedikit kicap manis
sedikit minyak masak - untuk menumis

bawang goreng - untuk tabur

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga wangi dan masukkan cili merah dan cili padi dan gaul.Masukkan juga lada sulah serbuk, garam dan perasa secukupnya jika perlu.
Kecilkan api, masukkan ikan kering, tauge, hirisan daun kucai atau daun sop/bawang. Balek2kan sekejap lalu matikan api supaya taugeh tidak layu sambil direnjiskan sedikit kicap manis.
Ketika menghidang, tabur sedikit bawang goreng.
Lauk tauge ini enak juga ditambah hirisan tomato.

Sunday, January 25, 2015

LABU AIR MASAK BENING


masak sempoy tapi sedap juga

LABU AIR MASAK BENING

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu air sederhana besar
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
sos tiram secukupnya
1 liter air
Garam secukup rasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Kupas labu air, cuci dan belah dua, kemudian belah lagi dua setiap bahagian, potong serong setiap belahan dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan udang kering, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga perang dan harum. Masukkan sos tiram dan air serta juga lada hitam, biar mendidih.
Masukkan labu air, soo hoon dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga labu air lembut. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan segera....

Wednesday, January 14, 2015

PAJERI NENAS


 RESIPI PAJERI NENAS

1/2 biji nenas ]- dipotong sekeping dan di belah tengahnya x putus

bahan penumis:
kulit kayu manis
bunga lawang

tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1" halia - hiris panjang rempah

2 sb rempah kari daging
2 sb udang kering
2 sb udang tajam
1 cawan santan  sedikit air
1 sb kerisek
garam
sedikit gula melaka
minyak menumis

panaskan minyak tumiskan 2 sekawan, masukkan bahan tumbuk hingga wangi baunya masukkan rempah yang telah di campur sedikit air. masaklah sehingga terbit minyak dan masukkan udang kering. masaklah hampir kering sedikit kemudian masukkan santan, nenas yang di potong nipis. bila mendidih baru masukkan udang, biar sekejab hingga udang bertukar warna. masukkan gula merah, kerisek, garam gula secukup rasa. didihkan sehingga nenas masak dan terbit sedikit minyak. sedia untuk di hidangkan.


TERASEK KACANG PANJANG


TERASEK KACANG PANJANG
resepi dari 5 rencah 5 rasa yang sedap..

Sedikit kaki ayam, pedal n bhgn ayam bertulang
Semangkuk kecil kacang panjang - hiris serong

Blend:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup

1 sb cili pes
Serbuk kari
Santan pekat
Kerisek
Garam gula

Tomato - belah 6
Bawang besar - hiris bulat

Masukkan bahan bleng ke dalam kuali dan masukkan bahagian part part ayam tadi.
Masukkan juga cili pes masak hingga kering.
Setelah itu masukkan santan, renihkan sekejab masukkan serbuk kari.
Masak hingga kering dan sebati.
Bila kuah tinggal sikit masukan kacang panjang, kerisek, garam gula.
Akhir sekali untuk naikkan seri masukkan tomato dan bawang besar. Masak hingga kering.
Siap

Thursday, October 2, 2014

SAYUR GORENG BERSAMA AYAM DAN TELUR MASIN


terlebih bubuh kicap cair la pulak.. jadi gelap pulak tumisan akak ni... tapi x pe.. jika korang nak try akak dah adjust dh resepi di bawah ni.. ikut saja..
ketika menumis masakan ini.. masyaallah.. aromanya cukup mengamit selera.. baunya pun dah tau pasti sedap..
akak ambil resepi ni di salah satu rancangan masakan d tv, nampak menarik sangat sebab ia d letakkan parutan telur masin di atasnya. untuk pengetahuan.. masakan ini x perlu kita letakkan garam kerana sos ikan dan kicap cair serta telur dah memberi secukup rasa pada masakan ini

SAYUR GORENG BERSAMA AYAM DAN TELUR MASIN

250g ayam potong kiub kecil
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 biji cendawan butang - hiris
1/2 biji lobak merah - potong mancis
4 batang kacang panjang - 1 "
2 in kunyit - hiris
1 rumpun syur kailan -  hiris & celur sekejab shj
10 g tepung jagung yang dibancuh dgn 30 g air
1-2 helai daun limau purut
2 sb sos ikan
2 sb kicap masin ( 1 sb seeloknya)
3 sb stok ayam
sebiji telur masin rebus
minyak untuk menumis

panaskan minyak tumis bawang dan kunyit dahulu hingga wangi
masukkan cendawan butang
dan diikuti dengan ayam, gaul hingga ayam masak
masukkan lobak merah, kacag panjang dan batang kailan serta cili merah gaul rata
masukkan daun kailan yang dah dicelur sebentar
masukkan kicap masin, sos ikan stok ayam dan air secukupnya, masak hingga mendidih
curahkan air tepung jaging untuk memekatkan kuahnya dan gaul rata
angkat dan tuangkan di dalam bekas yang telah disediakan
akhir sekali parutkan telur masin ke atas sayur goreng bersama ayam ini

selamat mencuba

Tuesday, July 15, 2014

SAYUR MASAK LEMAK POKOK TUNJUK LANGIT


ada yang kenal pokok ni..? akak beli kat orang jual sayur kg.. rm 2 seikat.. sangkaan akk pokok ni bila dimasak ia pahit rupanya meleset jangkaan akak.. sedap rupanya.. daun dan batang yang lembut sesuai untuk masak lemak dan akarnya cuci bersih dan boleh buat sup bersama ayam. 
bukan itu saja.. sebenarnya pokok ini.. jika di amalkan dapat mengubati sakit yang berkaitan pinggang.. kebetulan akak pun mengalami masalah pinggang dan masih menerima rawatan.. tapi sayang pokok ni jarang jumpa di pasar pasar..


SAYUR MASAK LEMAK POKOK TUNJUK LANGIT

1 ikat sayur tunjuk langit
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
sedikit udang putih - bersihkan
rm 2 santan + air jika perlu
garam secukup rasa

campur semua dan masak hingga mendidih..
siap

Saturday, May 31, 2014

SET NASI TOMATO


Rasanya dah lama sangat nak buat set nasi ni... teringin nak masak selalu tapiiii... akak terpaksa berdiet sikit sejak kebelakangan ni..

RESIPI NASI TOMATO

4 pot beras (akak guna beras biasa je) - di bersihkan campur air secukupnya untuk tanak nasi seperti biasa dalam rice cooker hanya kurangkan sikit air saja untuk masuk bahan penumisnya nanti.

penumis 4 sekawan:
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit kulit kayu manis

1/2 cawan mentega + sedikit minyak untuk menumis
beberapa helai daun pandan - di kerat 3 bahagian (akak x suka simpul)

2 biji bawang besar } di mayang
3 ulas bawang putih } halus
2" halia - tumbuk dan ambil airnya saja +- 1/4 cawan

3 sudu garam @ secukupnya

1/2 botol kecil tomato sos- akak guna life brand (akak x suka + tomato puri sebab warna nasi jadi gelap)
2 biji tomato segar - belah 4/6 tapi kali ni akak dadukan

hiasan:(pilihan sendiri)
kismis
bawang goreng - tabur
daun sup - hiris

panaskan minyak campurkan planta.
tumiskan bawang hiris bersama 4 sekawan, daun pandan masak hingga wangi dan masukkan garam secukupnya.
setelah itu angkat kuali dan tuangkan terus semua sekali ke dalam rice cooker (ketika nasi sedang di tanak)
masukkan tomato sos dan buah tomato segar. kacaukan nasi dan tutup periuk.
bila nasi hampir kering masukkan kismis, karat/sayur campur jk suka dan gaulkan sekali lagi nasi yang hampir masak.
tutup periuk dan tunggulah hingga masak.
ketika menghidang taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup di atas nasi.

*sedap di makan dengan ayam masak merah,dalca,jelatah, acar, daging masak hitam dll.

AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam - potong dan bersihkan. tabur garam kunyit dan goreng 1/2 masak

bahan penumis :
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga

bahan blend :
3 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih
segenggam cili kering (15 tangkai _ rendam dulu)

1 senduk cili sos
1 senduk tomato cili
2 sm sos tiram
sedikit air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak goreng ayam dan sedikit minyak goreng ayam (dari lebihan goreng ayam)

hiasan : 
bawang besar - hiris bulat

panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam.
campakkan bahan penumis dan di ikuti bahan blend. masak sehingga hampir kering.
masukkan semua bahan sos, ayam goreng, air asam jawa serta gula garam. 
masak sambil gaul rata dan sedikit kering.
akhir sekali masukkan bawang besar.
bila bawang dah layu boleh angkat.

JELATAH

1/2 biji nenas - hiris dan buang empulurnya
1 biji timun - lorek dengan garfu dan hiris nipis
gula garam secukup rasa
 renjiskan 2-3 titik cuka

gaul hingga rata, rasa asam garamnya

SAYUR KHAILAN GORENG IKAN MASIN SOTONG


SAYUR KHAILAN GORENG IKAN MASIN SOTONG

1 ikat sayur kailan - potong dan bersihkan (asingkan batang yang keras - hiris nipis)
5 ekor sotong - bersihkan dan keratkan
sedikit karat - potong panjang
1/2 biji bawang besar - potong 1/2 bulat
1 ulas bawang putih - ketuk
5-8 biji cili api - belah x putus
sepotong ikan masin tenggiri - potong/ketuk sikit
sedikit sos tiram
sedikit air
sedikit garam *jika perlu
sedikit minyak tumis

panaskan sedikit minyak.
goreng ikan masin yang diketuk sikit hingga wangi dan ketepikan di tepi kuali.
kemudian terus masukkan bawang bersama cili dan sotong. bila hampir layu gaulkan sekali ikan masin tadi.
masukkan pula sos tiram serta sedikit air. biarkan mendidih sekejab.
masukkan batang sayur kailan, gaul sekejab dan di ikuti daun kailan. gaul sebati.
masukkan garam jika perlu.
angkat

sedia dihidangkan makan panas panas...



MASAK LEMAK TUMIS BERKUAH


dah lama x update blog akak ni.. sebenar akak sejak kebelakangan ni kurang sihat sehingga di tahan di wad kerana tekanan darah tinggi di katakan terlalu tinggi 192/130. wp doc test akak makan ubat semasa chekup tapi still tinggi dan x mahu turun. akhirnya akak di injet tapi turun pun x banyak.. akhirnya di tahan. asalkan akak pun x sangka Bp akak terlalu tinggi sebab akak hanya nak pergi hospital kerana akak rasa pinggang akak terlalu sakit..  akak x pun rasa sakit kepala atau pening serta loya disebabkan Bp tinggi.. itu yang menghairankan.. akak syak kerana sakit pinggang ni yang menyebabkan Bp akak melompat tinggi..
okla x mau la akak bercerita lebih panjang hal tu.. harapan akak.. doakan akak sihat dan kembali aktif yee.. mudah mudahan doa kalian termakbul.. ehh.. bukan meraih simpati yee... hehehe...
jom kita tengok apa menu yang akak muatkan di blog ni...

MASAK LEMAK TUMIS BERKUAH

10 ekor udang segar - bersihkan
sedikit kacang panjang - keratkan
cili cameron hijau - hiris
cili cameron merah - hiris
daun kunyik - koyakkan
sedikit santan
sedkit serbuk kunyit
garam secukup rasa
 sedikit minyak menumis

bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
6 tangkai cili api

panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga berbau wangi.
masukkan santan biarkan mendidih dan di ikuti udang.
masukkan semua bahan bahan sayuran yang lain serta garam secukup rasa. didihkan sekali lagi.
angkat dan hidangkan.

Wednesday, April 23, 2014

BROKOLI n MUSHROOM GORENG SOS TIRAM


kesukaanku...

BROKOLI n MUSHROOM GORENG SOS TIRAM

1 ketul brokoli - potong ikut suka
1 peket mushroom putih organic - kecil tangkai panjang - kerat
sedikit udang sederhana
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
 cili api - belah x putus
sedikit sos tiram
sedikit minyak menumis
sedikit air sedikit garam

panaskan minyak tumiskan bawang cili masukkan udang, sos tiram air secukupnya. didihkan sekejab.
masukkan brokoli gaul rata. masukkan cendawan. balik balikkan dan angkat.



Wednesday, April 16, 2014

MASAK LEMAK SAYUR CAMPUR


sayur yang ada baki serba sikit jadi akak masakkan je sekali harung...

MASAK LEMAK SAYUR CAMPUR

sedikit sayur kobis
sedikit sayur bayam
sedikit kacang panjang 
sedikit kacang peas - buang empulur
sedikit karat - hiris memanjang
1-2 keping tauhu
bawang besar - hiris
cili merah - hiris
udang kecil / ikan bilis
1 1/2 cawan santan
garam secukup rasa

masak sehingga mendidih dan sayur lembut

Monday, March 31, 2014

MASAK LEMAK SAYUR MERANTI BERSAMA KELEDEK


MASAK LEMAK SAYUR MERANTI BERSAMA KELEDEK

secara jujurnya akak baru pertama kali makan sayur meranti ni.. bukan x suka atau memilih tapi akak x pernah nampak orang berjual sayur ni.. entah macam mana terjumpa kat pasar malam tempat jual sayur kampung.. akak tanya sayur apa dan masak apa sedap sayur ni.. dia kata sayur meranti.. dan sedap masak lemak.. terus x fikir panjang.. beli RM2 cukuplah untuk kami makan berduakan..
x sangka pulak mr hubby akak cukup suka.. mulanya dia komplen x yah beli banyak banyak... bila dah masak ada pulak sambal belacan.. ermm memng memikat seleranyooo

BAHAN-BAHAN:

200gm pucuk meranti - akak celur sekejab
100gm ubi keledek - rebus sekejab
4 biji bawang merah | ditumbuk
10gm ikan bilis | ditumbuk
2 biji lada merah | dihiris kasar
10gm udang basah
sedikit karat - hiris halus *(akak tambah)
500ml santan
1 helai daun kunyit | disiat-siat kasar
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan yang ditumbuk, ubi keledek dan santan ke dalam periuk. Didihkan.
2. Apabila ubi keledek separuh lembut, barulah dimasukkan pucuk meranti, lada merah, daun kunyit dan udang basah. Kacau seketika.
3. Akhir sekali perasakan dengan garam.
4. Sedia untuk dinikmati.

Thursday, January 9, 2014

SAYUR CAMPUR SEDAP


hari ni buat sayur untuk makan meratah jer... akak seorang x cukup ni tau.. hehehe

SAYUR CAMPUR SEDAP

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 bungkus kacang sepat (atau 12 btg)
1/2 batang carrot hiris
sayur kobis - hiris halus
Bunga kobis -hiris
putik jagung - akak lupa beli
cendawan telinga kera (cendawan organik / black jelly) - hiris
seketul ayam - dipotong kecil (gaul garam kunyit)
7 ekor Udang size M ( buang kulit/ tinggalkan ekor)

BAHAN2 UTK DITUMBUK

- 4 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah

BAHAN2 UNTUK MEMASAK

- 1/2 sudu teh gula
- 1/2 labu bawang besar holland - hiris kasar
- 7 tangkai cili merah/api - ketuk
- Garam secukup rasa
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu teh perasa knorr secukup rasa
- sedikit air
- 1 senduk minyak masak

Cara-cara

panaskan minyak tumis bawang yang ditumbuk.
masukkan ayam. gaul hinnga masak.
masukkan udang bersama bawang holland serta cili api masak hingga naik bau.
masukkan sos tiram dan sedikit air. biarkan mendidih sebentar.
kemudian masukkan semua sayur sayuran.
perasakan dengan garam gula dan perisa knorr. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi 'empuk'.

Tuesday, January 7, 2014

KERABU TIMUN


semalam beli timun dengan harga RM0.69 sekilo.. murahkan... akak pun apa lagi... x lepaskan peluang ni... inilah hasilnya... akak buat Kerabu Timun.. tapi akak x letak santan sebab x tahan lama dan berair...

KERABU TIMUN

Bahan nya

2 biji timun di buang kulit dan potong buang tengah nya
2 labu bawang di mayang halus
2 biji cili merah di mayang halus
1 biji cili hijau di mayang halus
5 biji cili api di mayang halus
buah tomato yang kecil potong dua (kalau yang besar iris halus2 dalam 1 biji)
sedikit lada hitam di tumbuk  halus - jk suka
2 ekor ikan kembung atau (ikan yang banyak isi nya) di bakar dan ambil isi nya
1/2 biji kelapa ambil santan nya (pekat) - akak x bubuh
perahan limau atau lemon dalam sesudu besar
sedikit garam dan gula

santan di campurkan lada hitam, isi ikan, garam dan gula masak di atas api yg perlahan bila dan mendidih angkat dan campurkan semua bahan2 yang di atas tadi.

Friday, January 3, 2014

BROKOLI CAMPUR SOS TIRAM


rasa dah terlalu lama x masak brokoli ni.... pebret akak ni...

BROKOLI CAMPUR SOS TIRAM

1/2 Pokok brokoli - hiris kecil (asingkan batangnya)
sedikit kobis - hiris kecil
sedikit sotong 
sedikit ayam
1/2 biji bawang besar holland - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
beberapa tangkai cili api - ketuk
2 sb sos tiram
sedikit air - jika nak sedikit kuahnya
sedikit kicap
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

panaskan minyak.
tumiskan semua bawang hingga wangi dan masukkan ayam. gaul rata dan masukkan sotong dan batang brokoli serta cili api. gaul sekali lagi.
masukkan air dan didihkan sekejab.
masukkan semua sayur hiris diikuti dengan sos tiram dan kicap.
bila sudah sebati semuanya dan sedikit kering masukkan garam secukup rasa.

Friday, October 4, 2013

HATI AYAM SAYUR CAMPUR LADA HITAM


HATI AYAM SAYUR CAMPUR LADA HITAM

4-5 ketul hati ayam - gaul garam serbuk kunyit goreng
1-2 bbiji kentang - potong 4 dan goreng dengan garam kunyit
1/2 biji bawang besar - tumbuk 
2 ulas bawang putih - tumbuk

sos cili
sos lada hitam

bahan hiasan
kacang panjang - kerat
tomato - belah 4
bunga kobis 
karat 
cili api 
bawang besar - potong kasar

garam secukupnya
 minyak mengoreng

panaskan minyak.
tumiskan bahan tumbuk.
masukkan sos.
masukan hati ayam yang telah digoreng dan kentang goreng.
masukkan terus karat dan kacang panjang. gaul rata masak hingga karat lembut.
masukan bahan lain seperti bunga kobis, cili api, bawang, tomato serta garam secukup rasa.
masak sehingga semua sebati. angkat

Friday, September 6, 2013

SAYUR LODEH HATI AYAM BERTUMIS


nak habiskan stok hati ayam... yang tidak digemari oleh ahli keluarga.. adoiii... setiap kali beli ayam memang dapat hati pedal bagai ni.... sayang nak dibuang.. sedangkan ia x mendapat tempat dihati seisi keluarga.. akhirnya akak buatkan sayur masak lodeh... bukan makan dengan nasi impit tapi buat untuk hidangan tengahari jer...

SAYUR LODEH HATI AYAM BERTUMIS

bahan A
1/4 kg hati ayam
50 ml minyak masak

bahan B - kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai - ketuk

bahan C - di sangai dan blend
15 g ketumbar
10 g jintan manis
10 g jintan putih
1/2 st serbuk kunyit

bahan D
30 g udang kering
40 g cili kering - kisar
1 L santan
2 helai daun kunyit
1 st gula
garam secukup rasa

bahan sayur: (ikut suka)
50 g karat
30 g kacang panjang
30 g bunga kubis
30 g kubis bulat
1-2 keping tauhu - goreng sekejab
20 g fucuk
20 g suhun
1 keping tempe

panaskan minyak dan tumis bahan B dan bahan C sehingga naik bau.
kemudian masukkan cili kering, serbuk kunyit dan udang kering lalu ditumis sehingga cili masak. masukkan pula hati ayam dan masak hingga empuk.
setelah itu masukkan pula santan dan semua bahan sayuran yang telah dipotong. 
apabila santan telah mendidih masukkan garam secukup rasa.
angkat dan hidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...