meh cuba resepi yang berbaloi untuk dicuba.. x nyesal punyaaa..
bersama ini akak sertakan resepi chef Joha iaitu sos pedas (merah) dan resepi sos manis (hitam) di gabungkan dengan resepi chee Cheong fun dari Razzizz. bahan (D) terpulanglah ikut selra masing masing
RESIPI : A) SOS PEDAS (MERAH) / B) SOS MANIS (HITAM) / C) CHEE CHEONG FUN
Chef Joha fb dan Razzizz myr
Chef Joha fb dan Razzizz myr
A) RESEPI SOS MANIS (HITAM)
chef Joha fb
Bahan-bahan : -200gm taucu ( Dikisar )
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar tepung jagung ( Dibancuh dengan sedikit air )
Gula secukup rasa
- Panaskan minyak, masukkan taucu dan tumis sekejap.
- Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
- Masukkan pula kicap dan gula secukup rasa..
- Akhir sekali pekatkan dgn bancuhan tepung jagung dan kacau sebati..
B) RESEPI SOS PEDAS ( MERAH)
chef Joha fb
20 biji cili merah - ( Dikisar )
1 cawan air
2 sudu besar bijan
2 sudu besar kacang tanah - ( Ditumbuk )
1 sudu besar tepung jagung - ( Dibancuh dengan sedikit air )
Cuka
Garam dan gula ( secukup rasa )
- Masukkan air dlm periuk dan biar mendidih
- Masukkan cili dan biar hingga cili masak.
- Masukkan sdkt cuka, garam n gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tpg jagung utk pekatkan kuah.
- Sebelum hidang, tabur bijan dan kacang tanah yang ditumbuk tadi.
C) CHEE CHEONG FUN
Razzizz myr
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
150g Tepung beras
20g Tepung ubi
20g Wheat starch- tak tahu pulak nama melayunya
20g Tepung jagung
1 sudu makan minyak
600-650ml Air
1/8 sudu teh Alkaline solution
Bahan taburan:
Minyak bijan
Chili sauce-saya guna kimball
Sweet sauce-bukan kicap manis tau
Bijan-bakar dalam oven sebentar
4sdm Petis udang
125ml Air panas
Cara-cara
Satukan bahan,tapis dan biar 30min
Petis dan air panas disatukan.Panas pengkukus
Loyang disapu minyak,saya guna 6 kali 6inch dan hanya 1inch tinggi-panaskan dalam kukus.
Setelah panas, masuk 1 senduk kecil adunan tepung-layer kuih ini memang nipis-kukus diapi tinggi 1 atau 2 minit-setelah masak keluarkan dan gulung masa panas,saya guna spatula kecil-sapu minyak sikit seluruh kuih supaya tak kering
hingga habis-jangan lupa kacau adunan tepung setiap kali-jika adunan jadi pekat tambah air sikit lagi
Menghidang-ambil 2 keping dan digunting-renjis sikit m.bijan-1sdm of petis,sweet sauce,chili sauce dan tabur bijan
D) BAHAN SAMPINGAN (terpulang bahan YTF pilihan anda) - celur & gunting
yang penting mesti ada sotong basah - celur & gunting
sayur kangkung kampung _ celur & gunting
bijan - disangai
kacang tanah - tumbuk (jika suka)
Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
ReplyDeletetapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe
Jemput ke blog saya
http://norzuryati.blogspot.com
~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..
Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..