followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, June 26, 2011

DONUT BALL PANDAN


Donut ball yang sedap.. lembut dan gebus... akak buat 1 adunan pun dapat banyak..Di sini akak campurkan perisa pandan dan pewarna hijau.. bila di gigit nampak cantik je warna hijaunya.. sory.. akak lupa pulak nak ambil gambar di bahagian dalam donut ni.. tapi amat cantiklah warnanya..


RESIPI DONUT BALL

bahan-bahan:


  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • 1/2 sk pes pandan @ pandan emulco (akak tambah)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)




Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis, pandan emulco dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...