followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, December 31, 2011

~~~SELAMAT TAHUN BARU~~~

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA KAWAN BLOGGER SEMUA...

nampak x pada tanda soal tu...?? ingatlah.. semakin hari semakin tahun usia kita bertambah tapi sedarkah kita semua.. adakah di tahun yang mendatang pastikah usia kita panjang @ dapat mengecapi kehidupan ni  lagi..?? apakah sudah cukupkah amal ibadat kita kepada Allah SWT..?? sebabnya.. belum tentu kita akan menikmati tahun tahun yang bakal mendatang... jadi marilah kita sama fikir fikirkan dan renung renungkan bersama...

~~~~~ SELAMAT TAHUN BARU ~~~~~

Friday, December 30, 2011

PULUT DURIAN


kalau tiba musim durian rasanya x sah kalau akak x buat pulut durian ni.. bila dah dapat makan baru rasa puas makan durian ni...
sebenarnya akak beli durian ni kat pasar malam je.. dah puas akak dan somi makan..  barulah akak buatkan pulut durian ni untuk akak makan sorang je .. ahli keluarga khasnya anak anak yang lain usahkan nak makan pulut durian ni.. nk cium bau durian pun dorang x suka.. itulah masalahnyeeeee!!


akak tanak je pulut ni dalam rice cooker.. akak masak 2 genggam je.. cukuplah untuk akak makan sorang..

PULUT DURIAN

durian fresh
pulut - tanak
pati santan + garam
sedikit gula jika durian tawar


2-3 jam selepas makan pulut durian akak minumlah air kelapa fresh ni...
sebenarnya akak bukan tahan makan durian ni, panaazzzzzz...  tapi kerana suka.. akak makan juga..!!
penawar panasnya akak minum air kelapa ni.

Thursday, December 29, 2011

SERI MUKA MENTEGA KACANG


dah lama sungguh akak nk try buat seri muka ni... tapi kalau akak buat untuk makan seorang memang x larat rasanya nk habiskan.. jadi kenalah tunggu bila ade perjumpaan dengan rakan JW akak. rasa mentega kacang yang unik sekali rasanya..


RESIPI SERI MUKA MENTEGA KACANG

bahagian bawah:
3 cawan nasi pulut : (cara akak masak pulut di bawah ni)
                             - beras pulut 1/2 kg
                             - garam 1/2 sudu
                             - santan 1 peket kecil (RM1.50)
                             * tanak pulut dengan sedikit air dan masukkan garam dalam rice cooker. "ON".
                                gaulkan dengan santan kemudian tekan padat dalam loyang 9". kukus 10 minit.

Bahagian atas:
5 sb mentega kacang
1 1/4 cawan santan pekat (akak tukar santan KARA/kotak)
3 sb tepung gandum
1 sb tepung kastad
4 sb gula pasir
1 biji telur
1/2 st garam
1/2 st pewarna kuning (akak tambah - sbb  warnanya agak pudar)



  1. Panaskan kukusan,griskan acuan & lapik dg baking paper.
  2. Kemudian mampatkan nasi pulut ke dlm acuan,kukus selama 20 minit.
  3. Blender bahan2 yg lain hingga halus,tuang ke dlm acuan yg berisi nasi pulut.Teruskan mengukus selama 45 minit.
  4. Panaskan oven 170'c,bakar seri muka selama 15 minit guna api atas sahaja.
  5. Setelah masak,biarkan betul2 sejuk selama 4
  6.  jam baru potong.

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE



Friday, December 23, 2011

MEMBUAT BUBUR ASYURA


grop JW bergabung dengan ahli surau sepakat membuat bubur asyura ni bersama pada minggu lepas.. 
alahai.. baru sekarang akak teringat nak masukkan di sini.. ape ape pun bubur asyura ni memang sedap dan betul betul masak sehingga boleh di potong cantik.. dari segi rasa pada akak ia terlebih pisang sikit.. kalau nak buat tahun depan kena kurangkan sikit pisangnya.. jadikan 2 sikat sahaja..
minggu lepas geng JW sebenarnya dah buat bubur asyura ni juga... dorang telah gunakan resepi yang sama tapi tambah sebiji isi durian dalam resepi ni.. ermm... sedap gak.. ada rasa macam lempuk durian.. tapi bukan semua orang suka rasa durian nikan.. kali ni kami sepakat x mau masukkan durian.


BUBUR ASYURA ♥ 

2 kg santan
2 peket tepung beras
RM1.00 sagu halus
3 sikat pisang
1 1/2 peket gula
RM 3 gula melaka
RM 3 kacang tanah
RM 3 kacang hijau
RM 3 kacang merah
2 peket jagung 
4 ketul keledek
sedikit garam
daun pandan

** isi durian jika suka
** masukkan aisr masak jika pekat sangat


Thursday, December 22, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG BERSAMA PETAI


akak suka sebenarnya masakan yang bercampur petai ni tapi apakan daya.. semua keluarga tidak suka makan apatah lagi baunya.. pernah dulu anak akak cakap "maaaaa.. ape bau masakan ni.." bila dia jergah hidangan akak sepintas kilat dia berkata.. "nape ma masak izotik..." sanggup dia g makan kat kedai... hei.. apalah budak budak sekarang... semuanya x mau mencuba sikit pun.. cubalah dulu barulah tau keenakan dan keunikan rasa petai, jering, kedas dan rakan seangkatan dengannya.. kalau menantu akak balik adalah geng nak makan.. lepaslah kempunan.. akak tibai bersungguh laa.. ngeeee
sebenarnya akak ni pun x boleh selalu sangat makan bende alah ni sebab ada kesan setelah 3 hari akak makan.. rasa loya, pening dan sakit sakit lenguh badan.. anginnn!! kesan sakit sakit badan ni kadang2 berlarutan 3-4 hari.. saat tu yang x tahannnn... bila makan x ingat risiko.... hohohoh..


RESIPI SAMBAL UDANG BERSAMA PETAI
moh weh ke dapur akak

300g udang sederhana besar
tumbuk:
2 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering

sedikit air asam jawa
sedikit belacan
1sd sos tiram
1 sdt sos tomato
sedikit garam
sedikit gula
3 papan petai - di ambil isinya
1 biji bawang - dipotong bulat
sedikit minyak menumis

panaskan minyak
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi
masukkan udang
masukkan air asam jawa kacau hingga garing.
masukkan semua sos, sedikit belacan. kacau sebati.
masukkan isi petai
* jika perlu masukkan sedikit air.
perasakan dengan garam dan gula
akhir sekali masukkan bawang bulat.
gaul rata. bila bawang layu tutup api.

Wednesday, December 21, 2011

SLICE CHEESE CAKE


kek ni sebenarnya selalu sangat akak buat cuma x pernah tayangkan di sini je.. segan.. hehehe. kek ni senang dan ringkas je bahannya.. wp gitu kek ni memang sedap.. percaya atau tidak... pernah akak buat.. hampir 3/4 dari kek ni akak 'ngap' sorang je... hahahaha.. jangan kata akak tamak tau.. sebenarnya kek ni hanya berukuran 20cm je..

Slice Cheese Cake.


Bahan-bahan
  • 5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter (6oz)
  • 70 gram tepung gandum (2/3 cwn diayak)
  • 70 gram gula(1/3 cwn)
  • 4 biji telur saiz
  • beberapa titik esen vanila



Cara-cara
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Tuesday, December 20, 2011

LEMAK TEMPOYAK DAUN KAYU


masakan yang mendatangkan selera... fuhh.. memang sedap sangat.. x cukup nasi di buatnya... alahai.. bila dapat masakan yang kena dengan selera.. punah segala diet.. aduhaiiii.... semuanya secukup rasa.. x rugi mencubanya.. mungkin ada setengah orang serai ni di racik racik halus tapi akak dah biasa buat cara begini je..


LEMAK TEMPOYAK DAUN KAYU
hanieliza


bahan bahan:

3 batang serai
5 helai daun pucuk labu (optional) - akak bubuh
1 ikat pucuk ubi
4 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
10 biji buah belimbing buluh - akak x letak
2 papan petai - di ambil bijinya
1 genggam ikan bilis
1/2 cawan tempoyak
2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar - hiris
garam

Bahan mesin:

1 inci kunyit hidup
20 biji cili api


cara cara:
semua sayuran di potong halus
masukkan semua bahan termasuk ikan bilis, petai dan santan ke dalam periuk.
masukkan tempoyak
masak sehingga pekat.
rasakan garamnya.

Friday, December 16, 2011

ROTI JALA KUAH DURIAN



sekarang ni di Perak Tengah tengah musim durian... tiap tiap rumah di sekeliling area umah akak dah bau macam dusun durian.. kalau kita dok luar umah lagi le x tahan dengan bau yang semerbak sangat. akak ni bukan boleh makan durian banyak tapi cukuplah sekadar merasa orang kata sebab akk ni x tahan.. bila banyak makan rasa sakit badan dan yang paling tak tahannya badan jadi terlalu panas wp x demam pun..
berbalik tentang roti jala ni sebenarnya akak buat sebab dah lama teringin.. kebetulan ada kenalan telah memberikan akak beberapa biji durian fresh.. jadi akak buatlah roti jala di cicah bersama kuah durian yang sengaja akak buat cair sikit..


Roti Jala 
Resipi : Tulip myresipi
Bahan-bahan ( 4 org ) 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 5 sb susu tepung - maz guna susu segar
  • 1 biji telur - xletak, dah slalu buat tanpa tlur
  • beberapa titik pewarna kuning - maz buat warna hijau
  • 1 st garam - maz buh 1/4 sdu kcik je



Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper. (maz tak perap, terus je jala).

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam @ kuah durian.

KUAH DURIAN
moh weh ke dapur akak

1 biji buah durian sedang- ramas untuk buang bijinya
2 cawan susu segar
air - agak agak
1 senduk gula pasir
1 senduk gula merah
sedikit garam
2 helai daun pandan

masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan dan masaklah sehingga mendidih dan sebati ke semuanya.
rasalah manis masin dan lemaknya
angkat dan sejukkan

** bolehlah di makan dengan roti putih @ roti jala

Wednesday, December 7, 2011

NASI LEMAK HUJAN PANAS


pagi ni terlalu rajin pulak memasak nasi lemak hujan panas ni.. hehehe.. bukan ape akak rasa sudah terlalu lama x masak.. teringin nak makan nasi lemak homemade lak.. kebetulan telur masa kenduri kawan banyak pulak dapat jadi kena hari harilah masak berasaskan telur.. huhuhu.. jenuh jugak nak habiskan telur rebus ni..



RESIPI NASI LEMAK HUJAN PANAS

3 cawan beras - di basuh bersih dan toskan

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
3 batang serai
*semua bahan di atas tumbuk/ketuk tanpa lumat

1 cawan santan pekat
1 cawan air
1-2 sb minyak masak
sedikit garam
sedikit gula
2 helai daun pandan - kerat 2
2 titis pewarna hijau dan kuning

masukkan semua bahan di dalam periuk rice cooker dan masak hingga hampir kering. kacau dan tutup periuk dan biarkan ia masak sepenuhnya.
buatkan lubang titihkan beberapa pewarna ke dalamnya. tutup semula periuk dalam 3 minit.
kemudian buka semula dan kacau nasi yang sudah berwarna tu.

** akak x bubuh 3 warna sebab x masak banyak sebab x mau warna bercampur keterlaluan. nasi jadi x cantik nanti.




RESIPI SAMBAL TUMIS BILIS

1 cawan ikan bilis - dibuang kepala dan perutnya - ditumbuk sedikit kasar (x lumat)
10 tangkai cili kering - rendam dan di blend + sedikit minyak
1 1/2 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih      - 
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 sd belacan
2 sb tomato sos
garam 
gula
sedikit pes asam jawa
minyak menumis

panaskan minyak goreng ikan bilis. jangan terlalu garing dan angkat.
dengan menggunakan minyak tadi tumis bawang hingga garing dan masukkan cili kering blend dan belacan. masak hingga wangi dan agak kering.
masukkan ikan bilis goreng 1/2 masak tadi, pes asam jawa, bawang potong bulat, sos tomato, gula dan garam.
masaklah hingga terbit minyaknya dan angkat.

BAHAN SAMPINGAN NASI LEMAK

telur mata kerbau
telur rebus
hirisan timun
kacang goreng 
ikan bilis goreng


Tuesday, December 6, 2011

BIHUN GORENG



RESIPI BIHUN GORENG

1/2 peket bihun - direndam lembut/bilas
BAHAN BLEND:
1 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih

1 peket kecil perencah adabi bihun goreng
1/2 cawan udang kertas
10 ekor udang sederhana
sedikit kobis - hiris halus
1/2 biji karat - dipotong halus dan panjang
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
sedikit air
sedikit minyak tumis
HIASAN:
daun sup/bawang
bawang goreng


panaskan minyak tumis bahan blend hingga wangi dan sedikit garing masukkan udang dan karat. gaul rata. masukkan semua sos dan perencah bihun goreng, air, garam. didihkan sekejab.
masukkan bihun gaul rata hingga bihun lembut. 
tutup api. sedia untuk di hidangkan bersama daun sup/bawang serta bawang goreng.

* ermm..sedap! ** udang dah habis kena kutip(terlewat ambil gambar..heheheh)

Monday, December 5, 2011

KEK COKLAT MOIST PUDING KARAMAL


Ternampak saja kek ni kat fb dan beberapa blog terus tergoda nk cuba.. ternyata x rugi mencubanya... sedap sangat! kek ni akak bawa ke rumah kenduri kawan untuk makan makan setelah penat bergotong royong menyempurnakan majlis kenduri salah seorang dari grop "rakan kenduri muafakat" di tempat kami..


RESIPI KEK COKLAT MOIST PUDING KARAMEL
loyang 9in

BAHAN A: UNTUK KARAMEL
2 sb gula castor

BAHAN B: UNTUK PUDING
1 tin susu cair
3 biji kuning telur + 2 biji telur
70 g gula castor
beberapa titik esen vanila

BAHAN C:
1 cawan tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko*
1 sk baking powder*
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat manis
1cawan susu coklat (akak guna susu plain)
4 kuning telur

BAHAN C:

1/2 cawan gula castor
4 biji putih telur
1 sb cream of tar tar


BAHAN A: masukkan gula dalam loyang, masak atas api biar sampai perang (jangan hangus nanti pahit pulak) bila gula dah perang dan cair tutup api.. lenggangkan loyang untuk meratakan karamel tadi (jangan guna sudu atau senduk kerana karamel akan cepat mengeras terlekat pulak sudu tu nanti) ketepikan.
# cara akak - letak gula dalam loyang terus masukkan dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.. gula akan mencair dengan sendiri.

BAHAN B: satukan semua bahan dalam bekas, gaul sebati (jangan sampai berbuih nanti puding x cantik) gaul dengan garpu dan ketepikan.


BAHAN C: ayak bahan bertanda * satukan semua bahan dalam bekas , pukul sebati (sampai betul betul licin


BAHAN D: pukul telur sampai berbuih, masukkan gula dan cream tar tar (guna high speed) pukul lagi sampai kaku/bertanduk/terbalikkan adunan x jatuh


masukkan 1/2 bahan D ke bahan C gaul rata (kaup balikkan) masukkan sampai habis bahagian bahan D ke dalam bahan C.. gaul sebati (hati jangan kuat sangat nanti kek tak naik)


tapiskan bahan B ke dalam loyang bahan A.. masukkan pula bahan C + D yang telah digaul rata tadi ke dalam loyang yang sama (jangan bimbang adunan tak akan bercampur)


bakar 50 minit (atau hingga masak)
suhu ikut oven masing2 (bakar dengan cara water bath)

Thursday, December 1, 2011

LEMAK SAYUR CAMPUR


masak lemak ni dari adaptasi masak sayur lodeh... tapi bukan di makan dengan nasi impit sebenarnya.. masakan ni dimakan dengan nasi putih biasa je.. sebab en.somi amat suka dengan masak lemak sebegini.. perencahnya akak hanya masukkan udang kertas ke dalamnya.. sebenarnya akak masak ikut stok yang masih ada baki dalam peti ais jer ni... ermm. sedap jugak tau.. kena pulak di gandingkan dengan sambal belacan... usah bayangkan kesedapannya..


RESIPI LEMAK SAYUR CAMPUR

RM 2 udang kertas - di bersihkan ekor dan kepalanya
1 sb udang kering - rendam, basuh dan tumbuk
1 bawang besar - tumbuk
1" kunyit hidup - tumbuk

1 batang karat - hiris nipis
1/4 kobis - hiris
1/4 biji bunga kobis - hiris
2 tangkai kacang panjang - hiris 1''(ikut stok yang ada)
2 cawan santan + sedikit air
sedikit serbuk kunyit - akak yang tambah
garam
sedikit serbuk perasa knorr.

sediakan periuk dam masukkan santan, air dan bahan tumbuk.
masukkan udang kertas
didihkan sekejab dan masukkan sayur yang agak keras dulu seperti karat
bunga kobis, kobis, kacang panjang.
masukkan garam dan serbuk perasa knorr serta serbuk kunyit.
didihkan sekali dengan di kacau selalu

IKAN MASAK KICAP LADA HITAM


Hari ni akak masak kicap ayam lada hitam jek.. dah lama x buat sebenarnya.. teringin pulak.. lagi pun sekarang ni IQ masak kadang2 blur jugak.. kadang sampai berbunga bunga ideanya.. heheheh..


RESIPI AYAM MASAK KICAP LADA HITAM

4 keping ikan - potong beberapa bahagian, bersihkan dan goreng 3/4 masak lalu di ketepikan.
1 biji bawang besar  )
2 ulas bawang putih  ) tumbuk
1 sb lada hitam         ) tumbuk berasingan
sedikit air asam jawa
1/2 cawan kicap manis
sedikit garam
sedikit kulit kayu manis
sedikit bunga lawang
sedikit air

hiasan:
biji bawang besar - potong bulat
1 biji tomato - di belah baji
1 biji cili merah - di potong serong

panaskan sedikit minyak dari minyak goreng ayam tadi.
masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
tumiskan bawang yang di tumbuk hingga wangi.
kemudian masukkan lada hitam. kacau sebati.
tuangkan kicap kedalam kuali.
biarkan mendidih dan masukkan ayam yang telah di goreng tadi.
masukkan air asam jawa secukupnya dan di ikuti dengan sedikit air.
masukkan garam secukupnya bersama bahan hiasan.
masaklah sehingga bahan tadi layu dan mendidih.
siap untuk di hidangkan..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...